Thursday, September 27, 2007

Keadaan kesihatan Tun Mahathir semakin baik

Berkat doa rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama serta ketabahan dan semangat juang yang kental yang dimilikinya, keadaan kesihatan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bertambah baik. Alhamdulillah.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Institut Jantung Negara (IJN) serta maklumat terknini daripada pegawai khas yang ta'at dan setia kepada mantan perdana menteri, Saudara Sufi Yusoff hari ini, Tun terus memperlihatkan banyak kemajuan empat hari selepas menjalani pembedahan kedua Sabtu lepas selepas pembedahan pintasan jantung terdahulu.

Sejak petang semalam (pukul 2 ptg), Tun tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan dan para doktor kini memberi tumpuan kepada pemulihan pasca pembedahan. Ini termasuk kaedah fisioterapi ke atas dadanya untuk mengoptimumkan fungsi respiratori (organ-organ pernafasan) serta senaman ringan membabitkan tangan dan kaki untuk kekuatan otot.

Tun masih ditempatkan di Unit Rawatan Intensif.

No comments: