Friday, September 14, 2007

Radio 24 masih meraba-raba

Saya mengikuti dengan penuh minat siaran Radio 24 yang dikendalikan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan mendapati bahawa hampir semua juruhebah (saya tak gemar guna istilah DJ) yang bertugas masih 'lemah' dari segi penyampaian maklumat, sebutan bahasa dan sering teragak-agak mencari perkataan yang sesuai untuk disampaikan.


Pihak pengurusan perlu mengadakan panduan sebutan nama orang, terutama pemimpin asing supaya sebutannya betul, nama tempat yang sering disalah sebut seperti Bedong dan Alor Merah atau nama negeri seperti Sarawak.

Kepada Pengarah Radio 24, saya harap jangan dok asyik 'garu belakang' dan mundar-mandir di pejabat. Bila dah diberi kepercayaan, walaupun tanpa pengalaman dalam bidang penyiaran, buktikan 'kebolehan' anda kepada mereka yang mempercayai anda.

8 comments:

Anonymous said...

Ape nak buat Labuuuuuuuuu

Anonymous said...

Saudara Kuda Ranggi,

Perhatian saudara terhadap Radio 24 membuktikan bahawa saudara adalah pemerhati setia Bernama walaupun sudah beberapa tahun pencen. Memanglah banyak kekurangan bagi sesuatu yang baru. Semasa kita menyertai Bernama dulupun banyak yang kurang tapi pengalaman mendewasakan kita. Dahulu kita bernasih baik kerana tak ada internet dan bloggers untuk hentam kekurangan kita. Paling terukpun kita ditukarkan dari satu negeri ke negeri lain. Sayapun pernah menghadapi 'hukuman' itu tetapi ia membuka peluang untuk saya mendapat pekerjaan lain di tempat baru. Sebagai bekas petugas Bernama, saya rasa eloklah sama-sama kita beri peluang kepada Radio 24 untuk 'hidup'. Setidak-tidaknya anggaplah juruhebah yang ada itu sebagai anak-anak kita yang perlu diberi bimbingan. Walaupun saya tidak lagi berkhidmat dengan Bernama namun saya tetap bangga dengan perkembangan di Bernama. Saya berharap Radio 24 akan sampai ke kawasan saya dalam masa setahun dua lagi. Apalah gunanya untuk kita terus memusuhi mereka yang tidak kita senangi. Hidup kita bukannya berakhir di dunia.

Unknown said...

Seperti yang saya katakan, saya mengikuti kemajuan R24 dengan penuh minat. Saya masih mengikuti siaran R24 apabila memandu dan apabila tidak menonton tv. Saya membuat teguran dan memberi cadangan untuk mengatasi kelemahan terutama dari segi sebutan bahasa. Kelamahan ini bukan sahaja dilakukan oleh stesen-stesen baru tetapi yang dah dianggap lama. Sebab itu saya cadangkan kepada pengurusan supaya menyediakan senarai sebutan yang betul, umpamanya, Bedong sering disalah sebut sebagai Be-dong sedangkan sebutan yang betul ialah Bi-dong. Teguran dibuat untuk kebaikan R24.

Anonymous said...

Pengarah Radio?? Eeemmmm Hapah pon dia tatau pasal radio.

Yang dia tahu pusing sana sini, ambik pejabat orang sikit demi sikit macam belanda dapat tanah..jadi dgn itu R24 begitulah jadinya.

Orang yg terlibat tak tahu lansung macammana nak handle sebuah stesen radio. DENGAQ radio tau la..!

Petugas2 Radio24 pun 80% belagak..bukan nak tegoQ orang, depa ingat depa baguih ka dgn gaji besaQ..tapi stori mintak kat editorial...PODDDAAAHHHhhh cit!

Anonymous said...

dengaq kata sebelum ni Bessar yg dok handle R24..lepai tu bernama ambik R24 ..lah ni citer yg terbaghu bernama serah balik kat Bessar ..hish...hish...hishh..apahal..

Anonymous said...

APa NAk BuaT.. PuaN SERRi Muniyati MAnDerem PowER , tu YG BESSAR dpT Balik R24 TuR..! GM Bernama X reti apa,,elok la bg kat MUNiyati,,bulih beSAq kan lagi Banglo Baru dia..

Anonymous said...

betoi ka dejay r24 ni belagak nak mampoi..ada member aku bagitau kat r24 ada pompuan2 yg ranggi semacam isap rokok berkepoi-kepoi macam serombong asap ketapi...

Anonymous said...

siapa sebenarnya pendengar sasaran R24 ni, nampak pada gaya penyampaian para dj (gaya huhah-huhah), golongan sasarannya macam budak remaja. Budak reamaja kita nak dengar ke radio bercorak berita dan isu semasa ni? Apa tah lagi kini ruang udara di Malaysia ini, siaran radionya, khususnya yg berbahasa Melayu, penuh dengan hiburan.

Satu lagi, kenapa harus dicarcamarbakan dengan siaran berbahasa Inggeris. Ini satu lagi tanda kecelaruan sekali gus siaran rojak. Biasalah yg rojak dalam siaran radio di Malaysia ini, nampaknya selalu berlaku pada siaran radio berbahasa Melayu. Jarang sekali kita dengar siaran radio, misalnya yg berbahasa Inggeris merojakkan siarannya dengan bahasa Melayu.