
Majoriti negara-negara Islam mula berpuasa pada hari Khamis, 13 September termasuk kebanyakan negara Arab dan hampir semua negara Asia Tenggara - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Negara-negara Arab yang mula berpuasa pada hari Khamis adalah Arab Saudi, Bahrain, Amiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Jordan, Mesir, Iraq, Lubnan, Palestin, Algeria dan Syria.
Negara-negara bukan Arab yang mula berpuasa Khamis adalah Turki, Tajikistan, Kazakhstan, Iran, Trinidad & Tobago, Amerika Syarikat, China dan negara-negara Eropah.
Negara-negara yang memulakan puasa pada hari Rabu (Sept 12) adalah Libya, Maghribi, Sudan dan Filipina sementara India dan Pakistan pada hari Jumaat, 14 September.
No comments:
Post a Comment