Tuesday, December 05, 2006

UMNO Sabah bakal bergolak?

Satu perkembangan yang mungkin mengakibatkan kekebalan UMNO Sabah menjadi rapuh sedang berlaku di negeri di bawah bayu itu.

Menurut sumber-sumber di Sabah, rasa kurang senang dan tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO terutama Datuk Musa Aman sedang memuncak dan jika tidak dibendung, kekuatan UMNO Sabah akan terjejas dan akan memberi kesan negatif apabila pilihan raya diadakan kelak.

Beberapa orang pemimpin akar umbi yang cukup berpengaruh dikatakan telahpun mula berkempen untuk meninggalkan UMNO secara beramai-ramai (en masse). Khabar terkini berkata sekiranya ini berlaku, ia bermakna ketua UMNO Sabah merangkap Ketua Menteri hanya akan mengetuai tujuh bahagian sahaja. Musa Aman akan hilang kekuatan untuk memimpin Sabah.

Pihak yang terlibat dikatakan akan mengadakan persidangan media selepas satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 6hb Januari 2007. Tempatnya - KL International Hotel.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak.

3 comments:

Anonymous said...

Politik Sabah memang begitu, ba. Orang politik pula macam katak, lompat sana, lompat sini. Masa depan Umno di Sabah gelap, ba, memang gelap.

Anonymous said...

Begitulah jadinya apabila perjuangan asal UMNO dipinggirkan hanya berkobar-kobar semangat dalam dewan PWTC semasa PAU sahaja. Kilauan pangkat (kuasa) dan silauan wangringgit sudah barang tentu akan menjahanamkan perjuangan asal UMNO.

Unknown said...

Oleh kerana saudara terompahkayu bangkitkan isu wang ringgit dan persoalan merebut kuasa, saya ingin memberi ulasan berikut.

Saya pernah bertanya kepada seorang ahli perwakilan PAU semasa pemilihan pucuk pimpinan lepas kenapa dia menerima sogokan.

Tanpa segan silu dia dan seolah-olah satu kebanggan dia berkata ..."tiga tahun sekali, apa salahnya. Mereka bagi saya terima sajalah. Semua orang buat macam tu."

Perwakilan yang saya maksudkan adalah seorang kakitangan awam bergaji rendah. Dia mengambil cuti semata-mata untuk menghadiri PAU selaku perwakilan salah sebuah bahagian di KL setelah bekerja keras dan melobi untuk dipilih sebagai ahli perwakilan.

Pada PAU itu, dia memperolehi sogokan agak lumayan. Ramai yang bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi dan Naib Presiden memberi sogokan melalui pengurus kempen atau ejen masing-masing. Ada yang serendah RM300 dan ada yang sebanyak RM1,000.

Yang kena dakwa dan dipecat jawatan dalam parti dan kerajaan hanya seorang sahaja...Tan Sri Isa Samad. Adakah yang lain bersih? Jawabnya TIDAK! Oleh itu, kenapa tiada tindakan? Jawabnya PILIH KASIH dan TIADA KESUNGGUHAN UNTUK MEMBANTERAS RASUAH POLITIK dalam UMNO.

Perwakilan UMNO Sabah juga terkenal dengan isu politik wang untuk memberi sokongan kepada calon yang bertanding kerana UMNO Sabah memiliki jumlah undi yang besar.