Thursday, December 28, 2006

Bagi Pak Lah cuti lebih penting dpd kebajikan rakyat

Sedih, cukup sedih melihat tindak-tanduk pemimpin yang kononnya mesra rakyat dan selalu mengambil berat mengenai masalah rakyat.

Macam mana tak sedih.... Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) bermain sandiwara di khalayak ramai dan dipancarkan oleh semua stesen tv dan disiarkan oleh semua akhbar.

Kononnya Pak Lah membatalkan cutinya dan bergegas pulang untuk meninjau nasib rakyat yang dilanda banjir besar di Johor dan Melaka, khususnya. Pak Lah digambarkan sebagai seorang yang benar-benar mengambil berat tentang untung nasib rakyat jelata.

Tetapi, ke mana Pak Lah selepas "lakonannya" itu tersebar luas? Kenapa Pak Lah tidak hadir pada majlis rumah terbuka Malaysia sempena Krismas di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh Agong?

Rupa-rupanya Pak Lah sedang bercuti di Perth, Australia. Masya Allah.

Pak Lah berlepas dengan menaiki pesawat VIP Global Express yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Nampaknya Pak Lah memilih untuk berehat dan beriadah di Perth sedangkan hampir 70,000 rakyat Malaysia hidup dalam serba kekurangan di pusat-pusat pemindahan banjir dengan tidur beralaskan tikar arau tilam nipis, makan dan minum ala kadar dan melalui urusan peribadi (untuk mandi-manda dan membersihkan diri serta ke tandas) dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Di mana sifat insaniah? Ke mana pula perginya amanah sebagai pemimpin? Selaku pemimpin Pak Lah bertanggungjawab terhadap rakyat. Pak Lah tidak seharusnya ke luar negara untuk bercuti sedangkan sebilangan besar rakyat menderita akibat banjir.

Dalam tempoh tiga tahun menjadi PM saya dapati jumlah cuti yang diambil oleh Pak Lah telahpun mengatasi jumlah cuti yang diambil oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh 10 tahun.

Benar, Pak Lah berhak mengambil cuti tetapi bukan semasa rakyat dan negara menghadapi bencana seperti banjir. Pak Lah nampaknya tidak sensitif terhadap masalah rakyat. Macam mana rakyat nak kerja bersama-sama Pak Lah?

16 comments:

terompahkayu said...

pak syed, telah banyak artikel2 yg ditulis dalam ruang siber yg memfokus kpd stail kepimpinan yg agak pelek pm pklah. contohnya terlalu banyak yg kita semua telah maklum. saya rasa tidak ada apa yg dapat kita lakukan utk memperbetulkan kondisi ini. kita terpaksa terima dan akur seadanya sebab rakyat kita mudah lupa. kalau tak percaya kita tengok sajalah keputusan dalam pilihanraya kecil DUN Batu Talam, Pahang nanti. takziah kpd ahli keluarga allayarham yb datuk tengku paris tengku razlan. al fatihah

Syed Imran said...

Batu Talam sudah tentu dalam tangan BN. Dalam menghadapi mana-mana pilihan raya kecil, keseluruhan jentera BN termasuk jentera kerajaan akan dikerah untuk memastikan kemenangan.

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil seperti Batu Talam tidak boleh dijadikan ukuran terhadap sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang.

Saya mempunyai sedikit pengalaman dan tahu sangat mengenai muslihat dan pengaturan strategi termasuk penggunaan kuasa dan jentera kerajaan untuk meraih undi.

Apa yang jelas sekarang ialah sikap dan pendirian para pengundi muda terhadap kewibawaan kerajaan sekarang terutama kewibawaan Pak Lah. Rata-rata tidak menyokong kerajaan.

Sama ada golongan muda menyokong kerjaan atau tidak hanya akan dapat dilihat apabila pilihan raya umum diadakan kelak, kemungkinan hujung tahun 2007.

Anonymous said...

Kalau dia balik dan berada di negara ini pun, bukan banjir boleh surut. Begitulah agaknya perkiraan siapa pun.

Syed Imran said...

Betul, tapi dia dah pun balik dari lawatan ke Venezuela dan mula bercuti. Dia pulang semata-mata nak tunjuk muka dan dirakamkan oleh kamera tv dan jurufoto akhbar. Itu saja. Lepas itu, dia terus ke Perth, Australia untuk sambung cutinya.

Kenapa perlu berlakon untuk menunjukkan simpati?

Selaku pemimpin, PM mesti memperlihatkan sifat kepimpinan sebenar. Pemimpin mesti bertanggungjawab kepada rakyat pimpinannya.

Teringat saya akan kata-kata almarhum Tun Hussein Onn:

"Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sehari-hari kepada rakyat, kejujuran dan keikhlasan hendaklah diletakkan di atas segala kepentingan lain."

Bagi Pak Lah kepentingan cutinya adalah lebih mustahak. Itulah gambaran yang saya perolehi.

dukperati said...

orang yg tak ikhlas...

tuhan akan tunjuk....

jgn ingat kuasa itu boleh diperthan selama lamanya....

kalau Allah nsk bagi pengajaran...
sekejap saja hilang semuanya...

pak syed...aku sudah menyampah tahap tertinggi kat pak lah........

Syikin said...

salam,

susahnya nak dpt pemimpin negara yg berakhlak spt akhlak Rasulullah dan khalifah Islam terutama Saidina ABu Bakar n Umar.

saya jadi takut dngn suasana politik semasa tanah air, banyak sangat kontroversinya pada pendpt peribadi saya dngn kepimpinan Pak Lah ni, itu lum ditambah ngan hal menantu paklah, dgn sokongan kuat anak pompuan paklah menyokong SIS yang penuh kontroversi (SIS pun penyokong kuat IFC), hal scomi lagi dll..menakutkan.

lubok melayu said...

bro syed,
saya tak pernah ke perth. apa yang istimewa sangat di sana. saya dengar bukan main hebat masyarakat malaysia di perth. tanah beratus ekar, rumah besar 10 kali ganda mansion datuk zakaria, gaya hidup bebas-lepas mengalahkan mat saleh.
bro syed pernah ke perth?

Syed Imran said...

Terima kasih saya ucapkan kpd Syikin atas komen sdri. Saya sependapat dgn sdri. Kalau pemimpin yang dikatakan "kuat" agama bersikap sedemikian, entahlah pemimpin jenis apa yang bakal muncul. Saya benar-benar bimbang akan masa depan cucu-cucu saya di bumi bertuah ini.

Kpd Lubok Melayu, benar ramai rakyat Malaysia membina harta di Perth. Jumlah orang Melayu juga cukup hebat. Banyak ladang ternakan lembu di sana adalah milik orang Malaysia termasuk beberapa pemimpin politik.

Saya belum ke Perth sebab tak aba sebab nak ke sana. Urusan niagapun tiada sebab saya bukan orang niaga, terutama niaga jenis Ali campur Baba, Mutu atau John.

Dengar khabar, kediaman keluarga Pak Lah di Perth cukup hebat.

picit said...

Wahai Penulis.
Apa salahnya jikalau Pak Lah bergegas kembali untuk melihat mangsa banjir?
Adakah anda ada berbuat demikian menuju ke tempat mangsa banjir?

Adakah Pak Lah betul-betul perlu turun ke bendang "personally" untuk mencatuan barang-barang keperluan untuk mangsa banjir?
Adakah anda berada di tempat banjir untuk menagihkan barang keperluan?

Adakah salah sangat Pak Lah tidak menghadiri majlis perayaan natal? Bukankah itu juga merupakan tugas untuk Najib?

Syed Imran said...

Pak Lah pemimpin, saya tidak. Sebagai pemimpin dia memegang amanah, mempunyai tanggungjawab.

A Voice said...

In-competent, In-sulated, in-different, and in-denial. Thats the description of Pak Lah's leadership.

Even Ronald Reagan, the line reading President of America does have a human side. The flood exposed his "couldn't care less" attitude. It is "complimentary" to say his attitude is exactly as Bush during the flooding of New Orleans.

I am just wondering whether the Johorian knows abt this. I bet they will be spinned by negative remarks to accuse of Tun's inavailability during an obscure event somewhere sometime in his 22 years. COnveniently Kelantan will be used.

ALready a Johor Ketua Bahagian is already defensive of Dolah running off to Perth Christmas evening since he already made his customary visit.

From my sources in perth, he went for golf Boxing Day morning, deep sea fishing the next day. Friday and Saturday was spent promoting a Nasi Kandar restaurant interest of his brotehr to the Perth Malay community. Two doors away is a Tganu owned cafe and 6 doors away is Mahsuri Satay House.

For Malaysians deception, he made remark from KL on saddam's killing. There was a pre-recorded New Year message.

No one notice the PM did not launch the VMY 2007 on new years nite, rite? It will be on 7th Jan, after he return tonite Thurday.

Get ready for a year of ridiculous crap coming!!!

Syed Imran said...

Well said, my friend. I salute you.

A Voice said...

FYI

After Caracas, Dolah already started holidaying in Greece for 3 days, cut short by a 5 hour stopover to Malaysia.

Yes, it was a 5 hour stopover. Stopped at Senai, heli to Sri Gading, driven to Muo and finally Jasin.

In Jasin, he was doing a photo op hugging a baby, which ridiculously is like a General Election campaign photo op instead of a flood victim visit. Quietly, he left for Perth.

Dolah seems to go so often on overseas trips, more than Tun's. During Tun's time, he goes for one of his overseas sales pitch oevery other 2 month.

This man need to be stopped and rid off. He is destroying the Malays and Malaysia.

He even got his sanctuary and refuge ready in Perth. Late wife was the inspirator to his home in Perth, curently somewhat held back.

I am not making it up but based on my inteligence work.

Syed Imran said...

That is why I said that he was "acting" for the cameras. It is not in line with his own "Islam Hadhari" spirit.

kawan said...

Pak Tuan,

Sdra ada ramai kenalan media di merata tempat, termasuk di Johor Baru. Cuba tanya mereka apa yang penasihat2 PM bagi tau pada media selepas melawat banjir. Saya difahamkan, penasihat2nya memberitahu media supaya JANGAN melaporkan pemergiannya bercuti sebaik sahaja tamat lawatan kilat ke kawasan2 banjir tertentu. Sebenarnya, PM tak kisah tentang penderitaan rakyat/pengundi akibat banjir. Yang penting baginya - aku cuti dan cuti ini dah dibayar lebih awal. Jadi rugi kalau tak manfaatkan. Siapa yang bayar? Ngapa penasihat2nya tak memberi nasihat supaya pemimpin kita bersama rakyat ketika mereka dalam kesusahan?

Sebenarnya, tak sesiapapun dalam pentadbiran PM boleh memberi alasan yang kukuh mengapa PM lari ke tempat percutian ketika rakyat menderita. Rakyat dan pengundi mungkin boleh terima kalau PM dinasihati doktor untuk bercuti. tapi PM tak sakitkan? Sebenarnya, PM kita sekarang tidak bikin apa yang dia cakap. Dia pernah berkata 'work with me' dan bukan 'work for me.' Nah! sekarang bagaimana? Kewibawaan seseorang pemimpin terletak kepada pada kata-katanya yang dikota. Dari episod cuti dalam banjir ini, jelas kewibawaan ini semakin merosot. Dan masih ada juga suara2 sumbang yang cuba menegakkan benang yang basah dalam hal ini..

Syed Imran said...

Benar kata saudara. Media dilarang melapornya, tapi masakan pekung di dada boleh disembunyikan?