Wednesday, December 13, 2006

Masalah sosial di kalangan remaja

Persidangan Dewan Negara semalam hangat seketika apabila seorang senator mempersalahkan kaum ibu moden yang bekerja yang mengakibatkan timbulnya masalah moral dan sosial di kalangan remaja atau anak-anak.

Kenyataan tanpa bukti, tanpa perangkaan dan tanpa kajian yang sah itu sudah tentu dibantah oleh senator yang mewakili kaum hawa. Siapa yang tidak akan melenting sekiranya sesuatu tuduhan dibuat secara sedap mulut sahaja?

Senator berkenaan juga berkata kaum ibu moden yang bekerja membiarkan soal asuhan dan penjagaan anak kepada pembantu rumah dari Indonesia dan menurut beliau fakta itu juga menyumbang kepada masalah yang dibangkitkannya.

Kita tidak tahu sama ada senator berkenaan menggaji pembantu rumah dari Indonesia atau tidak, atau berapa orang pembantu rumah yang bekerja dengannya. Mungkin lebih daripada seorang memandangkan inilah yang menjadi kebiasaan atau kebanggaan di kalangan golongan tertentu di negara ini.

Senator tersebut gagal menyebut gaya hidup moden golongan seperti beliau yang turut menyumbang kepada masalah sosial dan moral di kalangan remaja. Mereka sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak-anaknya dan ini merupakan satu faktor penyumbang. Walaupun isteri mereka tidak bekerja tetapi gaya hidup mereka yang "sibuk" ke sana-sini termasuk butik pakaian, salon kecantikan dan beryoga juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Kemewahan hidup yang diberikan kepada anak-anak sering mengakibatkan mereka lupa diri dan terpengaruh dengan minat rakan sebaya sehingga ada yang terjebak dengan pengambilan pil khayal.

Untuk mempersalahkan ibu moden yang bekerja untuk menampung keperluan hidup keluarga adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali. Ramai pasangan yang bekerja telah menghasilkan anak yang berguna dan berjaya. Mereka bijak mengurus masa dan mengurus rumah tangga.

6 comments:

terompah kayu said...

Saya bersetuju penuh dgn pandangan tuan. Perbahasan yang tidak bersandarkan kepada emphirical study biasanya akan mengundang banyak kritikan. Saya ingin mencadangkan kpd senator yg berkenaan supaya membuat research keatas maudhuk tersebut di perpustakaan Parlimen. Sindrom 'gatal mulut' akan lebih banyak mengundang keburukan dari kebaikan. Adalah lebih baik berdiam diri sahaja daripada bercakap perkara yg kita tidak arif tentangnya. Senator ini mungkin jenis yg suka kepada publisiti murahan agar namanya sentiasa terpampan di dalam media2 tempatan hatta mendedahkan tahap 'keintelektualan' dirinya yang sebenar.

Syed Imran said...

Parlimen telah menyediakan khidmat perpustakaan dan kemudahan penyelidikan tetapi berapa kerat ahli yang berhormat mengambil faedah daripada kemudahan-kemudahan itu?

Hanya dua bulan terdahulu, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan bercakap mengenai "Gejala Sosial: Hakikat Masa Kini" pada konvensyen pendekatan Islam hadhari belia peringkat kebangsaan di IKIM. Mungkin isi ucapan beliau tidak penting dan tidak perlu dihayati oleh ahli yang berhormat.

Musa berkata perangkaan indeks jenayah di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga September 2006 menunjukkan peningkatan sebanyak 12.57 peratus iaitu 170,481 kes berbanding 151,444 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 4,414 kes melibatkan golongan juvana dan 1,436 kes melibatkan pelajar.

Antara jenayah tertinggi melibatkan juvana dan pelajar adalah jenayah kekerasan yang antaranya melibatkan kecurian motosikal, kereta, ragut, pecah rumah dan mencuri yang melibatkan 2,660 juvana dan 908 pelajar dalam tempoh tersebut.

Musa berkata antara punca gejala sosial adalah masalah keluarga yang tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak, kemerosotan moral remaja, peningkatan pusat hiburan yang dijadikan tempat maksiat dan peningkatan kadar pengangguran yang mempengaruhi ketidakstabilan masyarakat.

Anonymous said...

Sanator(Datok Syed Ali Alhabshi?) yang menyalahkan ibu moden yang bekerja itu menyumbang kepada gejala social sekarang amatlah malang sekali kerana berfikiran demikian.KOLOT dan BEKU.

Senator itu terdahulu kenalah peka bahawa keadaan sekarang ini amat berbeza dari dahulu semua barangan mahal sebab selalu mengalami kenaikan harga barangan dan kos sara hidup semakin tinggi.Lantaran puak puak bapa atau abah abah yang meraih pendapatan yang terhad dan tak seberapa terpaksalah merelakan kaum ibu keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan untuk menyara hidup yang semakin tertekan.

Apabila si ibu bekerja di zaman moden ini banyak faedah nya:
1)Pendapatan keluraga bertambah dan beban sara hidup berkurangan.
2)Anak anak bolih menikmati system pelajaran yang lebih baik dengan menghantar mereka bersekolah di institusi sekolah asrama penoh seprti maktab sains Mara dan sebagainya.Dengan ini pelajaran anak anak terjamin dan berkuality.Berbagai tuisyen pun dapat di bagi pada anak anak yng belajar dekat dengan rumah.
3)Dengan menghantar anak anak ke sekolah berasrama penoh itu ibu ibu moden ini mempunyai masa yang lebih untuk menjaga anak anak yang lebih keciL lagi supaya asas asas budi pekerti yang baik dapat di didik dengan sempurna.
4)Dengan ibu moden bekerja mereka bergaul luas berinteraksi luas tidaklah terhad kepada jiran jiran sebelah rumah mereka.Akibat berinteraksi luas ini pandangan mereka tentang hidup mengenai social, politik dan ekonomi amat baik berbesa jauh daripada mentality ibu ibu yang tidak bekerja.Upat mengumpat berkurangan sebab banyak lagi perkara yang lebih baik lagi bolih di bicarakan.

Mengapakah gang mat rempit ini terjadi?,kalau tuan sanator ini buat kajian sedikit sudah tentu dia akan mendapati malaun mat rempit ini datang dari keluarga dimana ibu ibu mereka tak bekerja.hari hari dudok dirumah asyik menonton cerita cerita bollywood sahaja di masa lapang sambil menunggu suami suami balik dari kerja.Lihat betul betul mat rempit datang dari kawasan pinggir banda dan luar banda dan pelajaran mereka masing masing amat lah rendah.Sebab itulah parangai mereka sangat di ragui.Kalau mereka bekerja pendapatan mereka tak lumayan hanya sekadaer setakat pakai motosikal Kris dan Honda sahaja.Sudah tentu budaya membaca dikalangan mereka tidak ada lantaran masa luang yang ada di guna untuk merayau di jalanan sampai terjadi mat rempit yang menyangat dan meragutorang ramai.Haru biru masyarakat di buatnya.

Gang penyangat macam ini tak datang dari pemuda pemuda yang mendapat pelajaran maktab sain MARA atau maktab asrama penoh seperti Maktab melayu Kuala kangsar,Maktab asrama Alam Syah,SDelangor dan sebagainya.Bolih dikatakan semua remaja keluaran ini sedang berada di dalam berbagai institusi institusi pengajian tinggi sekarang.Lepasanya menjawat kerja kerja yang baik dan berpendapatan yang lumayan.

Gang mat rempit ini sah akan menjadi sampah masyarakat.Kalau tidak mana lah puak putra umno bersunguh sunguh hendak membela mereka dengan menerapkan akhlak akhlak yang baik(Social Rihabilation and Correction)

Pada hemat saya sanator ini patutlah luangkan masa nya bersama Putra umno mendidik mat rempit supaya kembali ke jalan yang di terima masyarakat.

Anonymous said...

Sanator ini mengundang bahana besar dari puak puak kaum hawa.Sudah pasti dia akan di"gasak" literally olih berbagai NGOs kaum hawa.

Sangat memalukan seluroh kaum adam mempunyai sanator fikiran cetet macam ini.Dalam Dewan Sanate pula tuh.

Syikin said...

salam,

biar terlewat, saya nak bagi pandangan juga

hasil kenyataan senator tu, saya membayangkan yg beliau fikir, DIDIKAN AKHLAK ANAK2 hanyalah terletak PADA IBU SEMATA2.

Tidakkah beliau terfikir yg BAPA JUGA MEMAINKAN PERANAN mendidik anak2?

Tidakkah beliau terfikir yang PARA IBU ada yang kena BEKERJA sbb nak MEMBANTU PARA BAPA untuk MENYARA KELUARGA?

itu baru ibu yg masih mempunyai suami. bagaimana pula ibu tunggal yg kematian suami atau bercerai? terutamanya yg bercerai, dan bekas suami gagal membayar nafkah anak wlwpun telah keluar perintah mahkamah? jdnya, si ibu terpaksa bekerja lebih kuat utk memastikan anak2 dpt disuapkan nasi sesuap dua. bahkan ada anak2 yg terpaksa, samaada buat part time kerja atau berhenti belajar utk tolong ibu mereka disebabkan keggagalan bapa mereka membayar nafkah (ini hasil kajian disertasi master saya).
mmg ibu yg bekerja keras terpaksa menghadapi kekurangan masa bersama anak2, tapi saya percaya mereka TERPAKSA menghadapinya, tiada pilihan, terutama ibu2 yg berpendapatan rendah.

saya terfikir, bagaimana pula bapa2 yg kaki joli di luar sana (suka keluar masuk kelab malam, dangdut, berjudi, minum arak dsb), susah nak melekat kat rmh membantu isteri melihat prestasi pelajaran anak2, menjadi pendengar yg baik utk permasalahan anak2 dan seterusnya menjadi role model yang baik pada anak2 ??? kenapa golongan suami dan bapa seperti ini tidak dikaitkan sekali kepada faktor penyumbang masalah sosial anak2?

saya teringin nak sarankan, kalau satu ketika dulu heboh disuruh tutup cyber2 cafe utk anak2 yg masih bersekolah, kenapa tidak ditutup segala jenis pusat hiburan utk mengelakkan bapa2 n suami melekat kat sana? so, ini sedikit sebanyak boleh membantu para bapa rajin pulang rumah dan mempunyai aktiviti kekeluargaan dengan cara yg bersih dan sihat bersama keluarga, koman2 boleh jadi imam solat utk keluarga, koman2 boleh tolong anak2 buat homework dna ibu yg bekerja boleh mengemas rumah, memasak (ni bagi yg tak de maidlah)dngn senang hati, sbb urusan anak2 bapa tolong monitor. ke guane?

Anonymous said...

saya berpendapat mat rempit dan minah rempit patut di hantar ke pondok-pondok untuk mendalami agama terutamanya yang beragama islam.daripada menghantar ke kem plkn baik hantar ke pondok sekurang-kurangnya wujud juga perasaan malu dikalangan mereka apabila mereka merempit