Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) hari ini menafikan laporan media Turki bahawa beliau telah menempah sebuah kapal pesiar mewah (yacht) berharga 8 juta dolar Amerika (RM30 juta) dari sebuah limbungan kapal di negara itu.
Menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan, Pak Lah berkata beliau hanya akan meminta mereka membuat pembetulan.
Berita mengenai penempahan kapal pesiar mewah itu telah dikutip dan disiarkan oleh beberapa blog tempatan termasuk blog ini.
Saya terima sahaja penafian Pak Lah tetapi ingin menambah dan memetik apa yang pernah disuarakan oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin yang lebih kurang begini bunyinya ...jika tiada angin masakan pokok bergoyang tetapi di bawah ada beruk yang menggoncang pokok itu....
5 comments:
Lemah aje bunyi penafian tu. Enggak bisa memadam kesangsian gue...!
Memang lemah, cukup lemah.
Sebagai PM dan pengerusi OIC, memandangkan Turki adalah anggota OIC dan Setiausaha agung OIC orang Turki, maka paling kurang Pak Lah mesti meminta akhbar berkenaan memohon maaf, bukan membuat pembetulan.
Bahkan Wisma Putra seharusnya meminta kerajaan Turki memohon maaf. Perkara ini melibatkan seorang ketua kerajaan yang berdaulat dan merdeka.
Sebab itu saya kata takkan pokok bergoyang secara sendiri....
setan pakai ketayap, beb!!!!
Ish, ish, ish, jangan la kata setan, katalah serigala ka, musang ka yang berbulu ayam. Setan tu teruk sangat. Sebut mengenai serigala, di Malaysia cukup banyak... Tan Serigala, Datuk Serigala...lambat lepa nak nyap sayot...
Mungkin jika Pak Lah berterus terang, jika dia berkata begini
" Saya telah bertahun-tahun menyimpan wang, berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli sebuah kapal layar. Ini hasil kejayaan saya dan saya harap in menjadi contoh kepada rakyat Malaysia untuk tekun bekerja dalam mencapai cita-cita masing-masing".
Kalau lah begitu yang dicakapkan Pak Lah, mungkin rakyat dan saya pun boleh menerima.
Saya bukan pakar, tapi penafian Pak Lah yang saya lihat melalui televisyen tidak sama dengan gerak badannya atau body language.
Tetapi Pak Lah pun rakyat Malaysia juga. Ini juga untuk rakyat.
Takut-takut kalau jadi kudeta di Malaysia seperti di Thailand, bolehlah Pak Lah lari naik kapal.
Untuk pengetahuan, akhbar Turkey tidak menarik balik laporannya atau membuat sebarang analisis tambahan lagi. Lagipun, itu akhbar Turki, apa kepentingan untuknya membohong Perdana Menteri Malaysia??? Pelik!
Post a Comment