Thursday, December 14, 2006

Tol naik lagi

Lepas satu, satu naik. Inilah hadiah yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan pimpinan Pak Lah.

Apabila harga minyak (petrol, diesel dan bahan api lain) naik, kerajaan beri jaminan keperluan lain tidak akan dinaikkan. Kerajaan jamin inflasi akan dikawal.

Apa yang jadi selepas itu? Bil elektrik naik, bil air naik, kebanyakan harga bahan makanan naik dan kini bayaran tol di sekitar Lembah Klang naik. Lepas ini, tol di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan akan turut naik. Ayo yo Samy!

Bagi penghuni dan pemastautin di Lembah Klang yang sememangnya menghadapi kos hidup yang tinggi, kenaikan tol di semua jalan tol seperti LDP (naik 60 sen), Shah Alam (naik 70 sen), Cheras-Kajang (naik 30 sen), Kl-Karak (naik RM1) dan Koridor Guthrie (naik 40 sen). Ini bermakna kos hidup turut naik dan entah apa lagi yang akan dinaikkan akibat daripada kenaikan tol itu.

"Marilah bekerja bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya..." masalahnya, macam mana nak bekerja bersama-sama Pak Lah jika kerajaannya tiada kerja lain melainkan naikkan harga.....bilakah pilihan raya umum nak diadakan? Nak pilih kerajaan barulah!

2 comments:

Anonymous said...

kalau kerajaan baru perkara yang sama takkan berlaku lagi ke?
pemerhatian saya sendiri, semasa pemerintahan Tun dulu banyak projek diberi kepada kroni, zaman Pak Lah pula beliau cuba untuk memansuhkan projek kroni Tun, apabila tidak berjaya projek yang tak berkenaan pun diwujudkan. sedih sebab terlibat secara direct dalam mengendalikan perkara sebegini rupa.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ini, di manakah survival kita nanti

Syed Imran said...

Yang menjadi mangsa keadaan adalah rakyat. Bagi golongan yang berpendapatan tetap, sekurang-kurangnya ada jaminan pendapatan, tetapi bagi pekerja kampung, petani, nelayan dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap... bagaimana kelangsungan hidup mereka....

Kita sedar bahawa perubahan dalam dasar dan pendekatan pentadbiran berlaku selepas tragedi 13 Mei dan pengenalan dasar baru ekonomi, semuanya itu dibolehkan kerana rakyat hampir-hampir memilih pembangkang untuk mentadbir. Umno dan Perikatan tiba-tiba dikejautkan daripada kealpaan mereka.

Apakah tidak mungkin satu perubahan akan berlaku apabila rakyat memilih parti atau gabungan parti politik yang lain daripada BN pada pilihan raya akan datang?

Bermula daripada Almarhum Tunku hinggalah ke Tun Mahathir, tidak seorangpun terlepas daripada kesilapan dalam mengepalai pentadbiran negara. Tetapi, dalam tempoh tiga tahun pentadbiran Pak Lah, banyak perkara yang membebankan rakyat telah berlaku.