Wednesday, January 22, 2014
A Malaysian woman suffering from "mental illness" manage to 'infiltrate" fortress Singapore for three days!
Wednesday, November 27, 2013
"I Spy"......now its Singapore's turn
Friday, March 08, 2013
Kes liwat II - bapa Saiful Bukhari minta ma'af kerana ia fitnah
Terkini: Dalam satu sidang berita kemudian, Saiful tetap dengan dakwaannya itu dan bertegas yang tidak akan menarik baliknya. Dia tidak tahu kenapa bapanya berpendirian sebaliknya.
Persoalannya sekarang - siapa yang boleh dipercayai? Bapa atau anak? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Saturday, September 08, 2012
Istana Kampong Gelam kini Taman Warisan Melayu Singapura
Friday, June 24, 2011
TUDM perlu miliki pesawat AWACS
Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS?
Tuesday, June 21, 2011
Pesawat perang Singapura ceroboh ruang udara Malaysia sebanyak 2,508 kali
Wednesday, May 11, 2011
Ahli politik Singapura undur pabila kalah, ahli politik Malaysia lain ceritanya
Monday, June 28, 2010
Tanah KTMB di Singapura
Dalam penjelasan di Dewan Rakyat hari ini oleh seorang tiimbalan menteri, Dewan diberitahu bahawa sekiranya perkhidmatan rel tidak dijalankan, maka tanah tersebut akan dikembalikan kepada pihak Singapura tanpa apa-apa pampasan. Dewan tidak diberitahu bahawa selagi KTMB mengendalikan perkhidmatan rel, Singapura tiada hak untuk meminta KTMB berpindah ke Woodlands atau ke mana-mana dari Tanjong Pagar.
Ada pihak di Malaysia yang berkata persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin, Datuk Seri Najib dan Lee Hsien Loong, di republik itu sebagai 'menang-menang' atau 'win-win situation' bagi kedua-dua pihak.
Siapa yang menang dalam erti kata sebenar?
Jawapannya sama seperti kes Batu Putih yang juga disifatkan oleh Menteri Luar ketika itu, Dr Rais Yatim sebagai 'menang-menang', dan kes dua blok telaga minyak di luar pantai Limbang, Sarawak yang diserahkan kepada Negara Brunei Darussalam.
Malaysia Boleh!
Thursday, June 18, 2009
Menjunjung Kasih Tuanku Sultan Johor
Saturday, June 13, 2009
Pasir Johor untuk sokong bina jambatan

Kuan Yew juga menemui MB Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Apa yang pasti ialah dia ingin "meramal" hubungan masa depan antara Malaysia, terutama kepimpinan Melayu, dengan Singapura. Ke mana hala tuju kepimpinan baru Malaysia, pandangan mereka terhadap Singapura dan hubungan ekonomi serta kemasyarakatan.
Pelaburan yang diharapkan dari Singapura dalam Iskandar Malaysia juga menjadi "syarat" kerjasama jangka panjang.
Saturday, May 23, 2009
Perlukah sebuah lagi jambatan di Selat Tebrau?
GAMBAR HIASAN DARI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG yang sedang dinaik taraf.Lain padang lain belalang, lain pemimpin lain pula cadang(nya). Itulah yang dapat saya katakan apabila cuba mengamati cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina sebuah jambatan baru menghubungkan timur Johor dengan timur-laut Singapura.
Sekiranya kedudukan Pelabuhan Pasir Gudang terjejas, sudah tentu ia menguntungkan pelabuhan di Singapura. Ini yang harus difikirkan, iaitu keutaman negara.
Kita tahu bahawa pihak Singapura telah merasai kesan daripada keberkesanan Pelabuahn Tanjung Pelepas (PTP) dan mereka telah mengambil tindakan tertentu termasuk manambak laut luar pantai Jurong dengan harapan dapat mengurangkan saingan daripada PTP, jadi kenapa kita pula mahu membina jambatan yang mungkin menjejas Pasir Gudang?
Thursday, December 04, 2008
Ke mana perginya pasir Malaysia? Tentulah ke ....
Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan jelas mendedahkan perbuatan khianat yang amat sangat oleh pihak tertentu yang sanggup menggondol bumi Malaysia untuk tujuan tertentu.

Perbuatan menjual pasir secara "haram" ke Singapura bukan perkara baru. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan kesedaran mengenainya pada tahun 2006.
Untuk rekod, Malaysia melarang pengeksportan pasir ke Singapura pada tahun 1997. Ekoran daripada itu, Singapura mengimport pasir dari kepuluan Riau, Indonesia. Tetapi, atas kesedaran nasional, Indonesia pun melarang pengeksportan pasir ke Singapura pada tahun 2007.
Akibat larangan oleh Indonesia, harga pasir untuk industri pembinaan di Singapura melambung sehingga 15 peratus. Singapura mengimport pasir bernilai antara RM145 juta dan RM330 juta setahun untuk menampung keperluan pembangunannya.
Saya masih ingat iaitu pada tahun 2006, ketua pembangkang di Parlimen Malaysia ketika itu, Lim Kit Siang pernah menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir mengenai pembabitan pemimpin tertentu dalam pengeksportan pasir ke Singapura. Tidak tahu pula saya sama ada BPR berbuat demikian atau tidak. Besar kemungkinan tidak kerana sebab-sebab tertentu.
Untuk mengembalikan ingatan, Tun Dr Mahathir mendakwa pihak tertentu di Malaysia mempunyai rancangan untuk mengeksport pasir bernilai berbilion ringgit ke Singapura untuk satu tempoh menjangkau 20 tahun. Katanya, perbuatan itu merupakan satu percanggahan kepentingan pemimpin tertentu dan ada kaitan dengan isu pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa pasir berkenaan akan di ambil dari dasar laut seluas satu bilion meter persegi dan akibat yang akan diterima oleh Malaysia ialah kepupusan ikan dan kesengsaraan hidup untuk para nelayan.
Pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di Johor.
Kita asyik dengan pembangunan Iskandar Malaysia dan dalam keasyikan itu bumi kita digondoli untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Apa nak jadi dengan negara kita jika kerakusan dan kegelojohan terus menguasai pihak tertentu terutama yang bergelar pemimpin dan pentadbir.
Nak harapkan siapa untuk menyiasat?
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Wednesday, July 23, 2008
As expected, Singapore to claim territorial waters and EEZ
As expected, Singapore is to claim its new extended territorial waters and exclusive economic zone (EEZ) after it succeeded in obtaining ownership of Batu Puteh or Pedra Branca (white rock or batu puteh in Portuguese). The International Court of Justice (ICJ) awarded Batu Puteh's ownership to Singapore while confirming Malaysia's authority over Middle Rocks.
According to the 1982 United Nations Convention on the Law of the Sea, territorial waters, or a territorial sea, as a belt of coastal waters extending at most 12 nautical miles from the baseline (usually the mean low-water mark) of a coastal state. The territorial sea is regarded as the sovereign territory of the state, although foreign ships (both military and civilian) are allowed innocent passage through it, this sovereignty also extends to the airspace over an seabed below.

The baseline from which the territorial sea is meaured is the low-water line along the coast as marked on large-scale charts officially recognized by the coastal state. This is either the low-water mark closest to the shore, or alternatively it may be unlimited distance from permanently exposed land, provided that some portion of elevations exposed at low tide but covered at high tide is within 12 nautical miles (22 km) of permanently exposed land.
A state's territorial sea extends up to 12 nautical miles from its baseline. If this would overlap with another state's territorial sea (as in the Malaysia-Singapore case), the border is taken as the median point between the states' baselines, unless the states in question agree otherwise.
Singapore's present territorial sea (excluding Johor Straits) is 3 nautical miles (5.6 km) while Malaysia covers 12 nautical miles (22.2 km).
An exclusive economic zone (EEZ) extends for 200 nautical miles (370 km) beyond the baselines of the territorial sea, thus it includes the territorial sea and its contiguous zone. The contiguous zone is a band of water extending from the outer edge of the territorial sea to up to 24 nautical miles (44 km) from the baseline, within which a state can exert limited control for the purpose of preventing or punishing infringement of its customs, fiscal, immigration or sanitary laws and regulations within its territory or territorial sea.
A coastal nation has control of all economic resources within its EEZ, including fishing, mining, oil exploration, and any pollution of those resources. However, it cannot regulate or prohibit passage or loitering above, on, or under the surface of the sea, whether innocent or belligerent (war-like, within that portion of its exclusive zone beyond its territorial sea.
The NST correctly described Singapore's claims of its "territorial waters and EEZ" as "Lion's share". The Singapore Lion or Merlion is claiming its share of the meat.
It is very clear that the ICJ's judgement was never a "win-win situation" for Malaysia but a major victory for Singapore. From a territorial sea of 3 nautical miles or 5.6 km, the island republic is now claiming a 12 nautical-mile or 22 km territorial sea, not from main its main island, but from Batu Puteh and 200 nautical miles or 370 km EEZ, also from Batu Puteh.
The question now is to clarify whether Batu Puteh is an island as defined by international laws. If it is not an island, can Singapore lay claim to extend its territorial sea and EEZ? The ball is now in Wisma Putra's court.
Friday, June 13, 2008
Singapura nak wujud pusat budaya dan warisan Arab
Foto (bawah) masyarakat Arab Pulau Pinang semasa merayakan Aidil-Fitri di rumah Almarhum Sheikh Al-Hasawi, Cantontment Road (Jalan Pemenang) sekitar tahun 1950-an.
Makam Almarhum Syed Noh bin Muhammad bin Abdul Rahman Alhabshee (Habib Noh) di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Habib Noh berhijrah dari Pulau Pinang ke Singapura.
Friday, May 23, 2008
ICJ sahkan Pulau Batu Puteh milik Singapura



Keputusan penghakiman itu diumumkan di Belanda hari ini dan disiarkan secara langsung oleh RTM (TV1), enam bulan selepas kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura, menggulung hujah masing-masing.


