Friday, March 08, 2013

Kes liwat II - bapa Saiful Bukhari minta ma'af kerana ia fitnah

Lambat laun kebenaran akan muncul dan adakah ini satu kebenaran? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Apa yang dimaksudkan ialah pengakuan bapa Saiful Bukhari yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya dalam kes yang heboh diperkatakan sebagai - kes liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohamad Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

Untuk berita sepenuhnya, sila lungsuri laman sesawang malaysiakini.com atau themalaysiainsider.com

Terkini: Dalam satu sidang berita kemudian, Saiful tetap dengan dakwaannya itu dan bertegas yang tidak akan menarik baliknya. Dia tidak tahu kenapa bapanya berpendirian sebaliknya. 

Persoalannya sekarang - siapa yang boleh dipercayai? Bapa atau anak? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
  
Azlan, 60, memohon maaf kepada Anwar Ibrahim sambil berkata anaknya telah diperguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memfitnah mantan timbalan perdana menteri itu dalam kes liwat II.

Dia juga mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya (Saiful Bukhari) dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan oleh pegawai berkenaan dan seorang peguam.

Azlan berkata mereka adalah dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar, dalam kes yang melibatkan anaknya, Saiful Bukhari.

Kata orang politik itu kotor, sebenarnya politik bersih, yang kotor dan menjadi najis ialah manusia yang menjadikan politik satu permainan yang amat kotor, lebih kotor daripada najis khinzir.   


1 comment:

Wali Selipar said...

Salam Pak Syeikh,
Mula2 saya rasa elok Pak Syeikh pi baca apa komen org kuat PKR pasai bapak si Saipol satu masa dulu kat sini --> http://chegubard.blogspot.com/2010/05/bapa-saiful-kaki-judi-pernah-cuba.html

Mana letak maruah depa. Dulu bapak si Saipol nie jadi manusia paling hina, tapi la nie dah suci murni.

Serupa dgn kes liwat Anwar. Manusia yg memberi gelaran Al-Juburi kpd Anwar adalah Mat Sabu. Benda nie saya dengaq sendiri masa dia ceramah dgn Wee Choo Keong & Sabri Chik (masa tu Semangat 46) kat Taman Melewar. So, ada 2 kemungkinan di sini, samada dulu Mat Sabu fitnah Anwar atau skrg demi kuasa dia bersubahat dgn peliwat. Dua2 merupakan dosa besar, tapi org yg mcm tu diangkat jadi Timbalan Presiden sebuah parti Islam.

Pikir-pikirkan lah....