Saturday, April 09, 2011

Isu Al-Kitab

Seorang kawan berhujah bahawa isu apa yang disebut sebagai Al-Kitab dalam bahasa Melayu atau lebih tepat dalam versi Bahasa Indonesia tidak sepatutnya berbangkit atas beberapa fakta termasuk kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan. 

 Berasaskan hujah Perlembagaan dan amalan sejagat, kenyataannya itu benar. Dia juga berhujah bahawa bukankah kitab suci Nasrani, iaitu Injil diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s. dan diakui oleh Islam?

Soal ini perlu diperjelaskan kerana ramai umat Islam yang mungkin keliru mengenai kedudukan kitab Injil.

Sebelum itu, saya perlu mengakui bahawa saya bukanlah seorang ilmuan Islam yang waraq, atau seorang ulama yang alim ataupun tokoh berkelulusan doktor falsafah seperti mantan mufti atau mufti muda yang ada sekarang. Saya hanyalah insan yang masih belajar untuk mengisi ilmu di dada.

Umat Islam tahu bahawa Allah menurunkan empat buah kitab kepada empat orang nabi atau rasul, iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran.


Taurat yang juga dirujuk sebagai  'The Old Testament'  mengandungi lima buah karangan iaitu  1. Pentateuch - Genesis 2. Exodus  3. Leviticus, 4. Numbers dan 5. Deuteronomy

Zabur pula diturunkan kepada Nabi Daud a.s. atau disebut sebagai 'Psalms Scripture' manakala  Injil atau 'Gospel of Jesus' diturunkan kepada Nabi Isa a.s..

Umat Islam percaya bahawa kita-kitab tersebut tidak lagi wujud dalam bentuk asal kerana sebahagian daripada kandungan dimasukkan dalam 'The New Testament' atau Perjanjian Baru yang ditulis oleh Peter, Mark, Luke dan John,  iaitu selepas Isa a.s. wafat.

Al-Kitab adalah terjemahan daripada 'The New Testament' yang turut memuatkan kitab karangan manusia yang menokok-tambah isi kandungan 'The Old Testament'.

Oleh itu, adalah tidak betul jika kita merujuk kepada Al-Kitab atau 'Bible' itu sendiri sebagai kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.  




4 comments:

Anonymous said...

Sekadar pendapat:-

motif mereka menggunakan Istilah Al-Kitab, Allah dsb & membangkitkan isu ini ketika PM mengumumkan pilihanraya Sarawak..

Jelas menunjukkan agenda golongan melaga2kan masyarakat..bukannya ingin mempromosi akhlak & Agama yg baik itu sendiri..

Sepatutnya Istilah GOD, The Book lebih western & melambangkan kemajuan & yg dimimpikan..

tak tahulah apa Agenda mereka..Perang, rampasan kuasa, Harta dsb..orang2 ini hanyalah golongan kaya & tamak.

Unknown said...

Kepada orang Sarawak dan Sabah, ia bukan satu masalah. Dalam sesebuah keluarga orang Kadazan, Iban, Melanau, Murut atau Orang Ulu, umpamanya, ada yang beragama Islam dan ada pula yang menganut Kristian. Ia bukan sesuatu yang ganjil dan menjadi masalah. Itu yang saya tahu. Benar kata saudara, ia dijadikan isu yang kena mengena dengan pilihan raya dan politik. Yang pasti dan apa yan saya ketengahkan adalah Al-Kitab atau 'Bible' yang diperkatakan itu bukanlah Injil.

Anonymous said...

Kita orang islam memang bodoh. Kita ada dalam bahasa kita injil untuk merujuk kepada bible pakailah injil. Al kitab bawa maksud "the book" iaitu kitab yang paling unggul. Mana boleh. Al kitab Di Malaysia hanyalah quran dan bukannya injil. Quran ialah terunggul dan kitab terakhir mengatasi kitab terdahulu. It is THe BOOK. It is the Al kitab. Kenapa nak confusekan orang ramai?

Unknown said...

Bernama, agensi berita kebangsaan Malaysia, dalam laporan dari Seri Aman, Sarawak hari ini memetik PM Najib sebagai berkata isu kitab 'Injil' telah selesai. Jika PM sendiri tidak sedar yang kitab Injil tidak wujud dalam bentuk asal seperti yang diyakini Islam, tak tahulah saya apa nak dikata. Mungkin Najib tidak mendapat nasihat daripada Penasihat Agama atau Menteri bertangungjawab mengenai hal ehwal Islam atau mungkin wartawan Bernama yang mengandaikan bahawa 'Bible' itu adalah kitab Injil sedangkan umat Kristian atau Nasrani Nusantrara merujuk kepada kitab itu sebagai 'Al-Kitab' dan bukan Injil. Rakyat akan terus keliru.