Tuesday, July 15, 2008

Shabery Cheek gagal dan mengecewakan dalam debat

Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek yang mempertaruhkan jawatannya apabila berdebat dengan penasihat Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini (15 Julai), jelas telah gagal mempertahankan institusi yang diwakilinya iaitu kerajaan.

Ahmad Shabery bukan sahaja gagal tetapi cukup mengecewakan dalam perdebatan yang dipancar secara langsung ke seluruh negara oleh dua buah stesen tv, TV9 dan Bernama TV.

Ahmad Shabery gagal menyentuh, menjawab dan memperincikan topik yang ditetapkan tetapi lebih cenderong menyindir dan menghentam peribadi Anwar termasuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah hampir 35 tahun berlalu.


Nampaknya, Ahmad Shabery menggunakan peluang debat untuk tujuan politik murahan dan sikapnya itu tidak memberi faedah atau kelebihan kepada kerajaan yang diwakilinya selaku menteri penerangan. Tepukan dan sorakan yang diberi oleh para penyokongnya bukan bermakna ianya betul. Biasalah, itu kerja penyokong dan sekiranya pegawai dan kakitangan di Angkasapuri memujinya, itupun sesuatu yang biasa. Di depan menteri cakap lain, di belakang lain bicara.


Ahmad Shabery jauh menyimpang daripada tajuk atau persoalan pokok yang diperbahaskan dan ini adalah satu kesilapan. Yang jelas, dia bukan seorang pemidato apatah lagi pendebat atau pembahas yang baik. Nampaknya dia gagal menimba ilmu dan mempelajari sesuatu daripada mantan bosnya, Tengku Razaleigh Hamzah semasa cergas dalam Semangat 46.


Syabas dan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang walaupun sedang menghadapi ancaman untuk ditangkap oleh pihak berkuasa, masih mampu tenang dan tersenyum menerima serangan peribadi dan tidak pula menyerang balas. Anwar tidak banyak lari daripada topik dan hujah-hujahnya mudah difahami oleh majoriti rakyat yang menonton siaran langsung itu.


Oh ya, Ahmad Shabery juga kurang bijak dalam memilih "wakil" untuk mengemukakan soalan. Dr Nordin Kadri, mantan Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan kini Naib-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan orang yang sepatutnya dilantik.


Perdebatan ini tidak sama dengan kem-kem motivasi dan sesi untuk mempengaruhi orang supaya mengubah pendirian atau menghapuskan kepercayaan lama yang saya percaya salah satu bidang kepakaran beliau, tetapi satu perdebatan yang membabitkan dua orang tokoh politik yang memperkatakan satu isu yang penting dan genting.


Cara Dr Nordin mengajukan soalan selepas membuat sedikit syarahan adalah tidak kena pada tempat dan majlis. Ini bukan satu program Biro Tata Negara. Mungkin dia terbawa-bawa dengan cara kerjanya semasa di BTN.

23 comments:

Unknown said...

betul sangat tu tuan syed. saya dan isteri tergelak besar di hadapan tv tadi. kekadang rasa malu dengan kebebalan seorang menteri penerangan lantikan pak lah dan mewakili kerajaan hadhari. dahlah begitu, wakil yang dibawanya juga hempeh!

oney_chan9 said...

Saya sangkakan debat ini syok giler...tapi akhirnya syok sebelah jer...saya pasti org lebih syok tgk DSAI dr Shabery.Shabery patut letak jawatan dah ni...bak kata DSAI kalau tak paham isu, baik jgn jd YB...ihikihik

shastrishah said...

Tuan,

Under the circumstances, Shabery Cheek did reasonably well against someone like AI, who's a seasoned campaigner. Will we see more debates like this?

MEDIA WATCH
shastrishah.blogspot.com

Anonymous said...

nampaknya kami yg bernaung di bawah kempen ni akan dpt menteri baru la.
Shaberii mmg lauk pada Anwar..!

Cokodok said...

Salam,

mmg memalukan.. Menteri Penerangan perlu diterangkan lagi... ternyata beliau gagal... persoalan kemana hilangnya 4 billion ketika harga minyak dinaikkan pada 2006 tidak dijawab... ttp memilih utk menyerang keperibadian DSAI... apa yg rakyat ingin dengar adalah 'justification' mengapa harga minyak perlu dinaikkan... bukan ingin mendengar rentetan sejarah 35 tahun yg lalu...

sepanjang berlangsung debat tersebut.. saya cuba utk berfikiran terbuka... cuba utk menerima hujah bagi kedua2 belah pihak... ttp amat malang.. wakil kerajaan ternyata terlalu daif dgn fakta dan cuma dipenuhi dgn retorik2 politik seolah2 mendengar satu ceramah politik... amat berbeda dgn DSAI yg bercakap dgn fakta dan statistik rasmi... ini baru namanya debat... Tahniah buat DSAI... Tahniah juga buat AgendaDaily... diharap dpt diperbanyakkan lagi aktiviti sihat seperti ini...

Salam

Anonymous said...

Jikapun kita menutup mata terhadap serangan peribadi yang dibuat oleh SC terhadap AI, AI tetap terserlah menang atas dua perkara (i) isi hujahnya sendiri (ii) kelemahan hujah SC.

Memanglah formula AI belum dicuba dan masih di atas kertas, tetapi nampak ia boleh berjaya kerana angka serta dana yang disebutkannya itu memang wujud, bukaan rekaan atau agakan, dan hanya menanti arahan pihak berkuasa sahaja memindahkannya sebagai subsidi membantu rakyat.

SC ternyata berhujah dengan amat lemah. Dia langsung tidak menjawab soalan kenapa hanya RM800 juta sahaja dibelanjakan dari penjimamatan sebanyak RM4 bilion yang dibuat?

Mendengar hujah SC sama seperti membaca Utusan Malaysia sahaja yakni tiada sesuatu yang baru dan jika begitu kenapa berani masuk gelanggang.

saptria

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam.

1. Membawa N.Kardi sebagai wakil YB Shabery untuk debat ini adalah satu kesilapan YANG BESAR. Sebagai NC UUM, memang menjatuhkan nilai akademik dan institusi UUM.

2. YB Shabery pada awal memang menyerlah cuma pada sesi kedua, beliau mengambil pendekatan untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan ini membuatkan orang ramai bosan kerana lari tajuk.

3. DSAI walaupun diserang peribadi, beliau tetapi tenang. Namun cadangan/formula untuk menurunkan harga minyak itu tak berapa jelas. Mungkin beliau tak nak cerita semuanya dan akan melaksanakan apabila jadi PM (WALLAHUALAM).

4. Sebagai generasi muda, saya bersyukur kerana ada debat sedemikian dan sejarah ini akan saya ingat selamanya. YB Shabery berani untuk berdepan dengan DSAI. Saya kagum dengan YB Shabery.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

hmmmm

Dengan ayaq lioq YB Shaberi Cheek yang bertepek semasa debat, saya rasa ini satu kesilapan besaq yang dilakukan oleh kerajaan.

Ibarat baling batu kena 2 burung, di sini kita melihat:

a) Kelemahan MENTERI yang mewakili KERAJAAN dalam mempertahankan hujah beliau sekaligus menjejaskan kredibiliti KERAJAAN sendiri. Seperti yang banyak diperkatakan, hujah shaberi banyak menyimpang, menyentuh soal personal dan juga soal lapok zaman tok nadoq dulu kala menampakkan seolah2 beliau tak bersedia dan tak membuat homework yang sewajarnya. KERAJAAN harus ingat, yang diajak berdebat bukanlah ketua kampung, pengerusi JKKK ataukan ketua cawangan tetapi seorang yang terkenal dengan kelantangan berhujah serta pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ;

b) Kesempatan yang diguna oleh anwar untuk bersuara dan sekaligus menjadi platform percuma untuk publisiti beliau. Dalam hal ini, beliau seolah-olah diberi punching bag untuk bebas mengasak dan melepaskan segala apa yang terbuku selama ini TANPA SUNTINGAN. Mahu atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat MUNGKIN ada rakyat yang selama ini perpendirian 50-50 akan terpesona dengan hujah "simple tapi padat" anwar.

Itu saja coretan picisan saya pak syed.... Apa yang pasti saya bersetuju dengan coretan dlm blog brader Rockybru yang memetik kata-kata Tun Saleh Abbas bahawa pemenang debat itu adalah sebenarnya kita; rakyat yang marhain.

Anonymous said...

bro syed,
apa yang dapat dibuat kesimpulan dari perdebatan semalam ialah shabbery chik tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh anwar ibrahim iaitu apakah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dalam menangani isu kenaikan harga minyak.

satu perkara lagi ialah yang jelasnya shabbery cik bukanlah lawan anwar kerana ilmu berhujjah yang ada padanya masih belum cukup untuk mematahkan hujjah anwar. mungkin dalam kes ini, sanusi junid dilihat boleh diletakkan untuk berhujjah dengan anwar. namun, sayang sekali kerana bekas menteri ini telah mengistiharkan keluar dari umno.

anwar juga nampaknya dengan mudah mendapat political mileage dari program debat khas ini yang disiarkan secara langsung dan siaran tertunda oleh beberapa stesen tv. itulah kehebatan pimpinan sekarang yang mengamalkan keterbukaan dan ketelusan!

Anonymous said...

Hello all,

I think that Shabery played the blame game, but not excessively. Anwar previously was Minister of Finance, so he has no problem in delivering this speech. He was part of the policy-making BN machine.

The Info Minister reminded Anwar that in 1997 he was subscribing to IMF prescriptions, such as pushing up interest rates sky high, which hurt a lot of business people and the layman.

However both speakers conducted themselves very well. They were not emotional and stuck to the topic.

It is hope that this debate program could be done frequently in the future for food of thoughts.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Anwar is internationally renowned due to his ability to debate on factual basis and analyse issues spontaneously. Pak Lah cannot do this! So when a young chik ready to go with few megabytes in his head, PaK Lah smiles...

Congrat to SC but he is no Kennedy to Anwar.

So, when Pak Lah ready to meet Anwar to debate who can best rule Malaysia?

Janjaweed JK.

WAK SAPU said...

Sila masuk ke

http://waksapu.blogspot.com/

untuk melihat transkrip penuh debat minyak antara Shabery dan Anwar. Jangan lupa tinggalkan sedikit komen yee...

Anonymous said...

Kemampuan Shabery kelihatan lebih kepada tahap berdebat yang ditunjukkan oleh pemimpin pelajar peringkat universiti. Kalaulah ini ynag terbaik daripada pihak kerajaan Federal, saya tidak hairan kenapa negara kita dibelenggu kekurangan mutu kepimpinan. namun demikian, kalau Pak Lah merluh (merluh:dozzing off)jadi lawan Anwar, saya rasa lagi bencana debat ini kepada imej BN.

Namun, tahniah kepada Shabery kerana keberaniannya (walaupun kailnya sejengkal sahaja untuk meguji lautan dalam)untuk membuat satu innovasi halehwal politik negara, dan diharap teruskan lagi usaha debat sebegini melibatkan personaliti lain pulak.

Zul Kg Melayu

Canser vs B17 said...

Terima kasih kepada PakLAH kerana sikap keterbukaan beliau dan keberaniaan Shabery Cheek untuk berdebat. Ada unsur kematangan politik dan amalan demokrasi seperti yang dicanangkan.

Berkisar kepada isu debat malam tadi, DSAI berjaya secara keseluruhannya dan fokus kepada topik serta isu yang dibahaskan.

Manakala Shabery Cheek, hanya melalut dan terlalu banyak personal attack pada DSAI.

Sebagai Menteri dan wakil kerajaan PakLAH beliau telah gagal untuk mempertahankan dasar/fakta kerajaan berkenaan kenaikkan harga minyak. Dan beliau seharusnya sedar akan kelemahan beliau dan seharusnya meletak jawatan sebagai Menteri Penerangan, kerana tiada kredibiliti sebagai seorang Menteri.

Secara umumnya, jika diadakan debat diantara wakil kerajaan dan wakil pembangkang secara berterusan, saya pasti rakyat dapat menilai tahap intelektual dan kebijaksaan semua pemimpin yang ada untuk mewakili rakyat dalam menerajui Kerajaan dan Ekonomi Malaysia.

Soalan pada diri saya sendiri, apakah Pak2 Menteri yang ada dalam dalam kabinet PakLAH setaraf dengan kebebalan, kebengapan dan kebodohan seperti yang Shabery Cheek tonjolkan, dan macam mana mereka2 ini boleh berada di kerusi Menteri.

Apakah yang boleh kita harapkan dari mereka2 ini, melainkan kesusahan dan kepayahan pada setiap hari yang mendatang.

FactFactor said...

kesalahan fakta shabery cheek, pendapatan petronas hanya 26% dijana dari dalam malaysia..

cuba baca laopran terkini petronas hari ni dalam berita harian.. jauh lari dari fakta tahun ni atau tahun sebelumnye..

apa pendapat pak tuan?

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Standard macam tu sahajakah Menteri Penerangan Malaysia. Lemah dalam segala aspek dn hujahnyterpesong daripada tajuk. malu. Orang macam Ahmad Shabery ni belum layak pun jadi timbalan menteri. Wakil dia bawa Tan Sri Nordin tu pun boleh kita mempersoalkan kelulusannya. Hampeh. Nordin ni hanya layak jadi pegawai KEMAS atau Pengerusi JKKK.
Bagaimanapun, Ahmad Shabery lebih baik daripada Zam erection, tokoh wartawan kononnya.

Letting the time pass me by said...

Saya rasa ini debat politik sahaja. Anwar sepatutnya melaukkan Shabery sebab topik yang dipilih pun topik menghentam kerajaan, tetapi Anwar tak begitu berjaya, malah beberapa kali goyah juga....

Apapun, Shabery kira OK jugak... sebab masih mampu berdiri dan tersenyum....

Saya sebenarnya mengagumi kedua-dua tokoh ini yang sanggup duduk dedepan untuk dinilai oleh berjuta-juta manusia...

Siapa menang? Harga minyak turun tak hari nie? Kalau tak turun, kerajaan la yang menang nampaknya...

Anonymous said...

Syabas pada agendadaly membawa debat sebegini. Saya rasa Anuar juga memain retork sahaja. Soalan-soalan juga tidak dijawab. Plan mengurankan harga minyaknya berkisar untuk turun 50 sen, maka dia perlu cari RM5 billion. Nak cari banyak itu mudah je.. tapi sebenarnya berasaskan harga mnyak sekarang ini USD140 setu barrel,subsidi lebih dari 25 billion. So kata Anuar dapat 5 bllon tu, mana dia nak cari lagi 20 billon. Dia dah mengaburi semua kita dengan janji turun 50 sen. Lagi pun janjinya dbuat sebelum pilhanraya iaitu pada harga minyak 1.92 seliter. Maknanya dia nak turunkan ke 1.42 sen. Jika dalam keadaan harga mnyak sekarang mana Anuar nak cari 45 billon utk tampun kenakan harga minyak sewaktu da membuat janji.Fkirkanlah Anuar ni cerdik bab putar alam.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, saya yakin dengan apa yang anwar katakan untuk turunkan harga minyak ada sesuatu yg boleh diaplikasikan dengan kapasiti kita sebagai pengeluar minya.

Yang paling menghairan pada saya..bagaimana kerajaan boleh memberi rebet untuk pemilik kereta sehingga mencecah berbillion sebagaimana yg di war2kan dalam utusan Malaysia..alangkah bagusnya jika rebet ini digunakan untuk menurunkan harga minyak agar seluruh rakyat dapat menikmati kesannya.

Jadilah rakyat yang celik akal..jangan menyokong membuta tuli.

Anonymous said...

Suatu masa dahulu, Shabery ni saya respek kerana dia pejuang agama dan bangsa.

Tapi, bila dah masuk UMNO, dia dah jadi loklak.

Sedih tengok orang yang berpotensi tinggi ttp jadi macam ni.

Anonymous said...

saya rasa siapa kalah dan menang sama saja...
harga minya, ekonomi tetap macam tu saja...
turrrrr....

-mijan-

thquah said...

pada hemat saya, wakil kerajaan bukan sahaja tidak dapat menjawab solan para panel, bahkan beliau selalu bicara yang tidak relevant dan tidak dapat convince rakyat bahawa kenaikan petrol tidak dapat dielakan.Beliau nampak tidak dapat menjawab banyak soalan.Dia lari dari soalan dan topik.Tak dapat convince rakyat bahkan telah timbul banyak soalan lagi dan juga tidak dapat memberi alasan/solution untuk meringankan beban rakyat.

Anonymous said...

mengikut kajian dari sebuah universiti tempatan, dari segi hujah ANWAR kalah kpd shabery chik..anwar lebih dari segi gaya sahaja..