Monday, February 18, 2008

Perebutan di Kulim Bandar Baharu


Foto: Zulkifli Noordin - calon BA untuk kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu


Terkini: Nampaknya Sdr Zulkifli akan berdepan dengan adik Nana Kadiak, iaitu Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Dalam pertarungan satu lawan satu ini, doa saya untuk Sdr Zulkifli. Semoga berjaya, Insya-Allah.

Kawasan undi Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah yang seluas negeri Melaka menjadi salah satu kawasan undi yang dijangka menghadapi saingan hebat antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya ke-12.

Calon yang bakal mewakili UMNO, bagi pihak BN, masih menjadi tanda tanya kerana perebutan antara beberapa orang 'tokoh' untuk dipilih sebagai calon.

Mantan wakil rakyat Kulim Bandar Baharu, Abdul Kader Sheikh Fadzir telah melobi kuat untuk adiknya, Abdul Aziz yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Ketil. Dalam masa yang sama mantan ADUN Bandar Baharu Azimi Daim turut bekerja keras untuk bertanding kerusi Parlimen itu. Turut berminat seorang lagi ahli UMNO keturunan India Muslim, Abdul Azeez (Biro Putra UMNO) yang juga mengidam kerusi Baling selain Kulim Bandar Baharu.

Nana Abdul Kader nampaknya nak terus kekalkan penguasaan keluarganya di Kulim Bandar Baharu dan dia bersungguh-sungguh mahukan adiknya bertanding kerusi itu. Nepotisme atau pilih keluarga bukanlah sesuatu yang asing di kalangan orang UMNO.

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam (PAS) sepakat untuk meletakkan seorang tokoh profesional muda, Zulkifli Noordin untuk bertanding bagi kerusi Kulim Bandar Baharu. Zulkifli, adalah seorang profesional yang mempunyai syarikat sendiri, Tetuan Zulkifli Noordin & Associates yang berpejabat di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Zulkifli, anak kelahiran Baling, Kedah adalah Pengerusi Tetap PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan 'dipinjamkan' kepada PKR kerana kerusi Kulim Bandar Baharu diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR yang sepatutnya bertanding di situ, Sheikh Azmi Sheikh Ahmad, mantan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, tidak dapat meneruskan cita-citanya atas sebab-sebab kesihatan. PKR dan PAS sepakat untuk meletakkan Zulkifli sebagai calon BA.

Jumlah pengundi bagi kawasan undi Kulim Bandar Baharu ialah 51,444 orang dan kawasan itu mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kulim dengan jumlah pengundi seramai 28,072 orang dan Bandar Baharu dengan seramai 23,372 pengundi. Pecahan undi mengikut kaum bagi Parlimen Kulim Bandar Baharu ialah Melayu 34,667 atau 67.93 peratus, Cina 10,868 atau 21.13 peratus, India 5,907 atau 11.48 peratus dan lain-lain 2 orang. Terdapat juga 1,640 undi pos.


Kepada pengundi Kulim Bandar Baharu, gunakan kuasa anda dan pilih calon terbaik dan berkelayakan dan jangan undi mengikut sentimen parti. Pilih calon jangan pilih parti. Selamat mengundi pada 8 Mac depan.

4 comments:

Zulkifli Noordin said...

Salam Tuan Syed

Terimakasih.

Semuga pengundi P18 sama membuat perubahan yang diharapkan.

Blog kempen ialah
zul4kulim.blogspot.com

Anonymous said...

Pak Tuan...

Kami dengar cerita Kadiaq Dodoi ni bukan takat lobi kuat utk adiknya, dia dok lobi kat dia sama...alasan masih boleh deliver dan org penting dalam politik kedah dek jawatan timbalan pengerusi perhubungan umno kedah.

Si dodoi ni ingat dia boleh tongkat langit...masyallah!

Calon yang sesuai ialah azimi la, org muda yang sesuai lawan dgn calon pas...menang kalah belum tentu depa kena la lawan dulu...tapi lawan tetap lawan, bukan ka?

Dtk Azeez Rahim ni nak parlimen baling ganti mashitah...azeez dah lama buat kreja dia kat situ, jawatan pun ketua pemuda umno bahagian. mashitah pun dah run afoul with wanita bahagian...ni semua bibit2 masalah la...

Unknown said...

Benar tu. Bukan Nana Kadiaq saja yang perasan, di Selangor Mat Tyson yang pernah kena cekup di Australia pun naik perasan dan di Melaka Rahim T Chik pun dah naik tocang. Mamu Zam apa korangnya. Naik meluat pulak.

Saya sokong mana-mana calon yang saya percaya bersih dari segi rasuah dan amalan kurang sihat, boleh dipercayai dan amanah. Saya tak kira dari parti mana sekalipun. Janji calonnya bagus, bukan parti.

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,

The voters in Kulim are no longer awed by the ruling party. Yes they supported BN previously because of the ex-PM factor (local sentiment). But Kulim is no longer a place it used to be. The voters are wiser now. Remember what they showed in Lunas a few years back?

I have also received some queries from UMNO campaigners on what is the people's sentiment in Kulim. I'd told them (rather bluntly) that don't take the Kulim folks for granted anymore. Fielding a wrong candidate will spell the doom for UMNO.

If one really wants to know what is the general sentiment there, just approach the people in the market or taxi stand including the taxi drivers. They will pour their heart out. Their political awareness would put some of us to shame.

In fact some of us in KL are organising a trip back to Kulim just to make sure we exercise our voting rights this time. We were previously unperturbed about the election outcome but time has changed. We intend to show Pak Lah and his advisers who is the BIG BOSS!

I wish Sdr. Zulkifli all the best in his endeavour, and may the best and cleanest candidate wins.

Wassalam.