Tuesday, February 05, 2008

Noor Mohamed Yakcop ke Tasik Gelugor?

Menteri Kewangan II Tan Sri Noor Mohamed Yakcop besar kemungkinan akan bertanding pada pilihan raya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat ini. Khidmat dan pengalaman Noor Mohamed amat diperlukan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi).


Kawasan undi yang mungkin diberi kepada Noor Mohamed ialah Tasik Gelugor di Seberang Perai. Wakil Rakyat Tasik Gelugor ialah Mohd Shariff Omar, timbalan menteri pertanian yang dikatakan akan diketepikan.


Ramalan awal menyatakan bahawa Noor Mohamed akan bertanding di Balik Pulau, kerusi setiausaha parlimen Kementerian Kewangan Dr Hilmi Yahya.


Noor Mohamed, anak kelahiran Butterworth, Seberang Perai dikatakan lebih sesuai diletakkan di salah satu kawasan undi yang diwakili UMNO di Seberang Perai dan Tasik Gelugor dikirakan yang paling sesuai.

Jika Pak Lah nak kekalkan Noor Mohamed dalam Kabinetnya, itupun sekiranya diizinkan oleh Yang Maha Berkuasa dan BN kekal memerintah, maka Noor Mohamed perlu bertanding kerana tempoh khidmatnya selaku Ahli Dewan Negara selama dua penggal akan tamat dan dia tidak boleh dilantik semula sebagai Senator.

6 comments:

Anonymous said...

Tak bolehkah Nor Mohammed Yakcop bertanding di kawasan gerakan atau ppp? Lebih sesuai untuk kimma?

Unknown said...

Boleh tu bolehlah, tapi inikan UMNO. Semua boleh. UMNO boleh!

Di Pulau Pinang, lima kawasan undi Parlimen diperuntukkan kepada UMNO iaitu Kepala Batas, Nibong Tebal, Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau.

Seperti yang umum mengetahui, kerusi Permatang Pauh dah jadi milik Parti KeAdilan Rakyat sejak pilihan raya 1999 dan mungkin akan kekal sedemikian pada pilihan raya kali ini. Mungkin.

Pak Lah nak kekalkan Nor Mohamed di Kementerian Kewangan kerana Pak Lah bukan tau sangat bab kewangan dan ekonomi dan dia yakin dan percayakan Nor Mohamed. Untuk itu, Nor Mohamed kena bertanding dan satu-satunya kawasan yang ada untuknya ialah Tasek Gelugor.

Pak LAh tentu tak akan beri kerusinya kepada Nor Mohamed. Kerusi Nibong Tebal tidak begitu selamat dan mungkin akan terlepas kepada pembangkang manakala kerusi Permatang Pauh tak akan menjamin kemenangan. Di bahagian pulau, kerusi Balik Pulau agak sukar diberikan kepada Nor Mohamed kerana UMNO bahagian itu dah kata mereka tak akan menerima 'orang luar'. Jadi hanya kerusi Tasek Gelugor yang ada dan nak jadikan cerita, wakil rakyatnya Mohd Shariff Omar menghadapi masalah dalaman selain dia dah lama jadi wakil rakyat termasuk di peringkat negeri dan pernah menjadi timbalan ketua menteri.

PPP tak ada tempat di Pulau Pinang manakala Kimma ibarat anak ayam kehilangan ibu. Begitulah adanya.

Anonymous said...

Suka suka hati depa nak letak orang tak laku kat penang. campera!

Ingat kami heran sangat ka...Nor Mohamed tu mamak belen saja. Pak Lah suka dia pasal dia senang dengaq cakap.

Aku mintak orang Tasek Gelugor reject dia, kalau ada teloq.

Anonymous said...

Nor mohammed Yakcop ni melayu ke?

Kata khabaq2 angin ada konspirasi tukaq butir surat beranak untuk membolehkan dia masuk UMNO.

Aras rupanya benar2 dia ni lebih layak masuk MIC atau KIMMA. Ikutkan azeez, reezal merican dan khairy pun layak masuk MIC atau KIMMA.

Bertanding BN kire bangsa Malaysia la ...

Anonymous said...

ini mamak sama ada tak reti politik atau memang kurang ajar, berani pulak dia datang balik pulau, dekat ketua bahagian balik pulau sendiri pun dia tak inform, dia rasa lesen dia besar sangat kot, sekarang geng mamak nak lobi dia wakil balik pulau, sori laa, kami takkan terima orang luar, terutamanya bukan melayu tulen, UMNO Permatang Pauh dah bagi jalan, tapi dia takmau pi, kalau takut ambik risiko, jangan laa masuk politik, ingat jadi yb kerja salam orang saja, tengok laa UMNO bahagian Perlis, semua reject 2 menteri yang tak turun padang tu

Anonymous said...

From Indian Muslim to Indian Muslim. Askum, Tan Sri Nor Muhammad Yakup, kalau Tan Sri sendiri baca Post2 kat atas ni... Macam memalukan India Muslim saja... So My advice is you just leave UMNO and do business with me... also Indian Muslim. I can't call me MAMAK because I know "MAMAK" in bahasa Tamil is... I feel shame and rasa tercabar with this malay people... They call me "keling" and gelap and so many other words... If I enter surau or masjid where all inside there where malay, they will watch me like niger. There is so many Indian Muslim outside there that can help u, just like me. Call to Power. I know u r business Magnet b4...