Friday, August 17, 2007

Pak Lah anak kelahiran Bayan Lepas, bukan Kepala Batas

Para pelanggan akhbar Utusan Malaysia hari ini dibekalkan dengan satu keluaran khas tajaan Petronas bertajuk: Malaysiaku Gemilang - Keluaran Khas Kemerdekaan. Ia adalah sesuatu yang berharga dan seharusnya disimpan sebagai satu bahan sejarah.
Malangnya, satu kesilapan fakta telah dilakukan berkaitan tempat kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad. Kesilapan sebegini sering dilakukan dan diulang-ulang oleh pihak media termasuk media penyiaran kerajaan dan swasta.


Kesilapan yang dimuatkan dalam terbitan keluaran khas ini boleh dilihat di muka surat 43 di bawah tajuk: Kronologi kehidupan dimana Pak Lah dicatatkan sebagai telah dilahirkan pada 26hb November, 1939 di Kepala Batas ( Seberang Perai ), Pulau Pinang. Tak betul tu! Kenapa tak semak dahulu kerana ia membabitkan Perdana Menteri.


Sebenarnya Pak Lah dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Akhbar Utusan Malaysia sendiri telah beberapa kali menghebohkan tentang air terjun kegemaran Pak Lah semasa kecil di Kampung Perlis yang tercemar dan sebagainya. Dah lupa!

No comments: