Lebih kurang pukul 1.10 tengah hari semasa menaiki feri 'Pulau Pinang' dari Pangkalan Raja Tun Uda, George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, saya dan penumpang feri melihat satu kebakaran berhampiran depoh simpanan minyak Butterworth. Saya sempat merakam kebakaran itu tetapi tidak tahu bangunan apa atau premis apa yang terbakar.
4 comments:
Assalamualaikum Tuan Syed,
Saya sering menggunakan feri Pulau Pinang untuk ulang-alik pergi ke kerja. Asap yang Tuan Syed nampak itu memang selalu ada. Saya masa mula-mula nampak pun terkejut juga, tapi bila ditanya penumpang-penumpang lain mereka kata bahawa itu adalah asap yang dilepaskan sekali sekala oleh salah sebuah kilang atau loji (saya tak pasti)yang ada di situ. Tapi yang saya pasti itu bukan kebakaran kerana sering nampak asap itu dilepaskan. Wallahua'lam.
Rakyat Pulau Pinang.
Rakyat Pulau Pinang,
Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Kami yang buat pertama kali melihatnya sudah tentu menyangkakan ia satu kebakaran. Jika diteliti daripada warna asap yang dilepaskan, ia sudah pasti satu pencemaran udara yang mungkin bertoksik. Saya tidak tahu sama ada pihak berwajib, iaitu Jabatan Alam Sekitar sedar akan pelepasan asap tersebut kerana ia bukan sahaja mencemar udara tetapi membahayakan kehidupan.
itu asap yg dilepaskan dr kilang bijih tuan.....
nazeri,
Kilang bijih itu masih beroperasi rupanya. Pelepasan asap itu tetap berbahaya.
Post a Comment