DAULAT TUANKU, itulah yang dapat diluahkan atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kerana berkat titah baginda perhimpunan atau gerakan jalanan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini akan dibatalkan.
Pihak penganjur BERSIH 2.0 yang dikepalai oleh mantan pengerusi Majlis Peguam Datuk S. Ambiga juga akur dengan cadangan Perdana Menteri supaya perhimpunan itu diadakan di stadium, bukan di jalanan.
Kita akur akan hak mereka untuk berbuat demikian tetapi kita lebih mementingkan ketenteraman awam dan keselamatan kerana ada dua pihak lain, iaitu Pemuda UMNO dan Perkasa yang akan turut mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tindakan balas. Huru haralah jawabnya.
Selain itu, kita percaya ada pihak lain termasuk anasir-anasir subversif yang akan menangguk di air yang keruh dengan niat jahat untuk membangkitkan kemarahan kaum dan mencetus rusuhan.
Dalam pada itu, PM Najib mesti pegang pada janjinya yang dibuat dihadapan kakitangan awam Jabatan Perdana Menteri sempena perhimpunan bulanannya semalam.
Antara lain Najib dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata - ''Kalau kata nak berkumpul dari pagi sampai malam di stadium, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan, bertempiklah sampai tak larat tapi jangan buat demonstrasi jalanan.'' Itulah yang diucap oleh Najib di hadapan kakitangan JPM.
Penganjur BERSIH 2.0 pun menerima saranan Najib dan mereka bersetuju membatalkan demonstrasi jalanan dan sebaliknya mengadakan perhimpunan di stadium. Inilah yang mereka ikrar di hadapan Seri Paduka Baginda yang berkenan menerima tiga wakil penganjur menghadap di Istana Negara hari ini.
Apa reaksi Najib?
Kerajaan sedia temui penganjur BERSIH 2.0 berhubung hasrat mereka nak adakan perhimpunan di stadium, asalkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan. Syaratnya mereka akan pergi ke stadium dengan aman, adakan perhimpunan secara aman dan akan balik secara aman.
Jika dihalusi ada perbezaan ketara dalam kedua-dua kenyataan Najib itu. Saya tidak ingin mengulas mengenainya kerana yakin pembaca bijak untuk menilainya.
6 comments:
Bila Agong jumpa Bersih secara rasmi , maka Bersih bukanlah Haram lagi , Bersih juga bukanlah didokong oleh komunis . Baju T-shirt bersih laa ni boleh dijual secara terang-terang. PDRM kena lepaskan mereka yg ditangkap kerana Agong mengakui Bersih sbg kempen yg sah.
salam..ni semua cerita katoon..gomen BN dah tenggelam punca..rakyat dah mula marah..so..depa suruh agung buat deal dgn bersih..what is so wrong about wanting to have a clean election? the hooligans mamak geng yang buat kacau hari jumaat sudah di penang road ---apa polis buat?..puak2 arboq tu semua dapat lah kut RM10 sorang , rokok sekotak kut.. lepaih tu buat bising. bagi malu kat kaum lain d malaysia . nampak sungguh tak cerdik..akai buh kat kaki.. sorry pak tuan for the bad language.. dah marah sangat ni..
-thethinker-
Ini menunjukkan bahawa SPB Agong benar-benar berjiwa rakyat. SPB tidak hirau apa orang lain kata atau tuduh tetapi selaku Ketua Negara Berperlembagaan, Baginda tidak memihak selain kepada rakyat. Baginda memperkenankan pihak penganjur menghadap walaupun dimohon dalam tempoh amat singkat dan ada pula pihak yang tidak mahu melihat Baginda berbuat demikian.
Sebab itulah rakyat seharusnya menjunjung kasih atas kebijaksanaan Baginda itu.
Kepada pengulas tidak bernama,
Tidak mengapa untuk melepaskan geram dan marah. Sayapun marah dengan apa yang sedang berlaku dan meluahkan perasaan secara halus dan dalam melalui penulisan. Elok sangat saudara luahkan isi hati daripada memendamnya.
Saya kira kita sedar ada pihak ketiga dan keempat yang ambil kesempatan untuk memburuk-burukkan keadaan. Penemuan senjata seperti parang, bom api dan kemeja 'T' berwarna kuning dengan tulisan 'bersih' tidak semestinya datang dari pihak penganjur atau mana-mana parti politik yang menyokongnya. Adalah sesuatu yang tidak mustahil ianya diadakan oleh pihak lain semata-mata untuk menuduh mereka yang berkaitan penganjuran tersebut. Saya berpendapat pihak yang menganjur tidak akan berbuat demikian. Sebab itulah saya menyokong penuh titah SPB kerana khuatir perkara yang jauh lebih buruk akan berlaku dan orang yang tidak berdosa akan menjadi mangsa.
Soal keberadaan BN dalam pentadbiran negara elok kita putuskan pada PRU-13 akan datang. Itu adalah kuasa dan hak mutlak kita selaku pengundi.
Tuan Syed,
1. Hairan juga bila PDRM jadi 'super efficient' dalam hal menangani BERSIH...sampai maklumat dari orang asli pun dapat dipakai sehingga jumpa senjata kononnya milik BERSIH kat ceruk hutan Gombak tu....
2. Lagi hairan bin ajaib, bila demonstrasi jalanan di Pulau Pinang yang dimulakan oleh Ezam tidak dilayan dengan gas pemedih mata? Sampai hari ni rasanya Ezam belum kena dakwa lagi tetapi geng BERSIH dah hampir selori kena dakwa kat mahkamah.
3. Mengenai keboleh pakaian cakap sesetengah pemimpin terutama Malaysia (mencedok sedikit perkataan bodek ala unik dari mulut Dato' Seri Utama Kuala Klawang,Jelebu, Negeri 9), saya cuma nak komen yang lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya....adakah kita manusia kadan-kadang lebih rendah makamnya?
4. Akhir sekali nak bawa semula yang janji dibuat oleh pemimpin terutama Malaysia yang menyebut sebagai 'the time where goverment knows everything is over. This is the time that the government is to listen to the pulse of the people for the betterment of the country'. BERSIH bukan mewakili sebahagian rakyat?
Bukankah bagus kalau mereka hantar Menteri KDN, SPR dll pergi berbincang lebih dulu dengan BERSIH sebelum PDRM dilibatkan sekiranya kita mengambilkira kenyataan tadi?
Daulat RAKYAT!
Post a Comment