Saturday, July 09, 2011

Kalaulah polis kita cekap macam ni...

Foto dari agensi berita Reuters menunjukkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim sedang ditenangkan oleh anaknya Nurul Izzah ekoran menjadi mangsa tembakan gas pemedih mata oleh polis semasa menyertai demonstrasi jalanan.

Foto kedua yang dipetik dari Malaysiakini menunjukkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengepalai demonstrasi jalanan menentang demonstrasi Bersih 2.0. Kumpulan pemuda ini dikenali sebagai Patriot. Khairy kemudian ditangkap polis untuk siasatan.






 FOTO DARI THE STAR, MALAYSIAKINI DAN REUTERS


Pasukan Polis Di-Raja Malaysia atau PDRM memperlihatkan kecekapan dan kehandalan mereka menangani apa yang disebut sebagai demonstrasi jalanan atau tunjuk perasaan di jalan-jalan raya Kuala Lumpur. Sejak tengah malam tadi, PDRM mengadakan sekatan jalan di jalan-jalan utama yang menuju ke pusat bandar raya Kuala Lumpur. Tujuannya tidak lain daripada menyekat atau menghalang 'orang yang tidak diingini' daripda memasuki dan berkumpul di tempat-tempat tertentu dalam bandar raya.

Walaupun tindakan PDRM menimbulkan masalah kepada sesetengah pihak yang perlu memasuki pusat bandar raya untuk urusan rasmi dan penting, tidak ada apa yang boleh dilakukan kerana itulah peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh PDRM, termasuk mendapat perintah mahkamah.

Jumlah dan bilangan anggota dan kenderaan PDRM yang bersiap siaga  di mereta tempat sekitar bandar raya cukup menakjubkan. Semuanya itu kerana PDRM nak jamin keamanan dan ketenteraman awam.

Sehingga tengah hari, hampir 250 orang telah ditangkap dan beberapa buah hotel dimasuki polis atas tujuan menegak keamanan dan mencegah cetusan kacau bilau.

PDRM benar-benar memperlihatkan kecekapan mereka kepada dunia seperti yang dapat ditonton melalui laporan CNN, BBC dan Al-Jazeera. Tahniah.

Adalah diharapkan agar PDRM dapat menunjukkan kecekapan dan kehandalan yang sama hebat untuk menangani jenayah, memerangi rasuah di kalangan anggotanya sendiri, membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah berbahaya dan banyak lagi ancaman ke atas keselamatan negara termasuk yang didalangi oleh pendatang asing tanpa izin.

Rakyat sudah pasti akan lega melihat kecekapan PDRM menjalankan tugas dan amanah secara adil dan saksama.

8 comments:

Anonymous said...

tuan tanah,

1.betul alangkah bangganya kita semua kalau polis cekap dalam tugas hakiki mereka seperti cekapnya mereka pada hari ini.

2.tetapi mereka terpaksa menggunakan kuderat yang bagi menjadi cekap kerana mereka memilih 'menyekat arus'. pada hal pilihan kedua lebih mudah tidak digunakan, iaitu 'mengawal arus'.

3. semuanya kerana melayani ego pemimpin yang takut atau tidak terima hakikat jika peserta demo sgt ramai.

4. semuanya kerana cakap berbelit2 yg punya kuasa. mula2 bagi di stadium. bila mohon permit stadium tak dpt pulok...rasanya biawak pun tak pernah buat gini..

pakya

Anonymous said...

polis majority melayu/..demonstrators 100% melayu..last2 nanti ambiga jadi pm, limkit siang tim pm..melayu merempat..bangang sgt..mana ada nampak india dan cinakena tangkap..bodoh betoilah melayu ni..ya allah kau lindingilah negaraku ini dari kafir laknat sialan gampang ni dan selamaTKANLAH UGAMAMU DIBUMI MALAYSIA NI DAN BANGSA KU YA ALLAH..!

mr edz said...

sebenarny saya agak kesian kat polis ni.. sebab kena ikut arahan dari orang yang bongok.. KPN bongok.. menteri pon bongok..

Anonymous said...

mr edz, kamu lupa seorang lagi yang juga bongok. Diri kamu sendiri.

mr edz said...

aku bongok pun tak memimpin negara.. tapi bila si bongok memimpin negara.. paham sendiri je la..

snow white said...

bro syed,
tiada siapa yang menang dan rugi dalam kes ini. pihak yang paling beruntung ialah pembekal makanan dan kanopi kepada mereka yang ditahan dan pasukan polis yang bertugas hari itu.

Unknown said...

pakya,

Semuanya mungkin boleh dielakkan jika kata dikotakan terutama oleh yang berkuasa.


mr edz,

Setuju.

Snow White,

...dan mereka yang bekal air minuman, yang bekal kemeja 't' berwarna kuning ataupun merah, yang bekal bendera dan semua TELCO yang salur SMS dan MMS.

Anonymous said...

Bagusssssssssssss!!