Sunday, January 02, 2011

Harimau Malaya adalah nama spesis kecil harimau

Ada pihak, terutama golongan politik, yang dah mula mempertikaikan jolokan Harimau Malaya kepada pasukan bolasepak kebangsaan yang baru-baru ini merangkul Piala AFF Suzuki.

Nampaknya nama Harimau Malaya atau Malayan Tiger cuba dijadikan alat untuk melaga-lagakan antara Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Mereka membangkitkan soalan remeh iaitu kenapa tidak dinamakan pasukan itu sebagai Harimau Malaysia.

Mereka tidak sedar atau tidak tahu bahawa harimau Malaysia tidak wujud. Yang wujud hanyalah harimau Malaya. iaitu salah satu spesis kecil atau sub-species harimau. Sama seperti harimau Sumatra, harimau Bengal, harimau Siberia ataupun harimau Selatan China dan harimau Indo-China.


Foto atas harimau Malaya
Foto harimau Bengal yang lebih besar daripada harimau Malaya
Foto harimau Sumatra yang juga lebih besar daripada harimau Malaya
 
Harimau Malaya

Oleh itu, tidak harus timbul sama sekali soal kenapa pasukan bolasepak kita tidak dinamakan sebagai Harimau Malaysia kerana spesis tersebut tidak wujud. Yang wujud adalah harimau Malaya.

Janganlah sengaja membangkitkan sesuatu isu tanpa mengetahui latar belakang atau maklumat mengenai perkara yang nak diputar belitkan.




3 comments:

d'enricher said...

Tuan,

Kadang kadang mereka yang suka nak tunjuk pandai ni, ilmu dan pengetahuan tak seberapa. Ingat idea tu bagus sangat.

Nasib baik dia orang tak tambah Harimau 1 Malaysia.

Kalau nak tolong tingkatkan jumlah harimau yang nak semakin pupus tu lagi baik, melainkan mereka nak kan Harimau Malaya tinggal 1 ekor aje kot.

Kita harap Harimau Malaya yang dah lama hilang belang serta taringnya akan terus mengaum.

A.Alshukor

Unknown said...

A.Alshukor a.k.a. d'enricher,

Setuju sangat dengan kata-kata saudara 'nasib baik dia orang tak tambah Harimau 1 Malaysia.'

Harap-harap begitulah, ada ngauman yang menakutkan lawan.

Semoga pasukan Harimau Malaya tak akan tenggelam dalam lautan puji-pujian tetapi menjadikannya satu semangat untuk meningkatkan prestasi atas padang.

Anonymous said...

Masa team bola malaysia asyik dok kena bedal, takde pulak muka dia orang ni nak pegi stadium bagi sokongan ! Bila dah menang, baru semua orang nak menyibuk aje...