Tersenyum. Itulah yang berlaku apabila membaca ulasan Menteri Luar Anifah Aman mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tersenyum kerana itulah kata-kata pujian yang 'semestinya' dikeluarkan oleh seorang menteri mengenai isteri bosnya. Tak kan nak keluarkan kata-kata yang 'tak sedap didengar', nahas jawabnya.
Anifah, adik kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman, menyatakan bahawa Rosmah Mansor adalah seorang yang bijak, cerdik dan merupakan satu aset kepada Najib. Saya setuju bab aset Najib kerana itulah hakikatnya. Jika Rosmah bukan seorang yang pintar, sudah tentu dia tak boleh laku apa yang dilakukannya. Hanya orang yang pintar mampu berbuat demikian sehingga ada pemimpin negara lain yang tertarik dan kagum dengannya.
Menurut laporan Bernama dari Kota Kinabalu semalam (Sabtu 30 Jan), Anifah berkata Rosmah adalah seorang wanita yang bijak yang telah menyumbang kepada pengukuhan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain. Hebat, amat hebat.
Sebagai bukti, katanya, Rosmah mendapat banyak jemputan untuk memberi ucap utama pada persidangan-persidangan antarabangsa terutama yang berkaitan pembelajaran awal kanak-kanak dan isu berkaitan wanita dan pembangunan sosial.
Berdasarkan kenyataan Anifah Aman itu kita akui kehebatan Rosmah Mansor. Kita juga bersyukur kerana atas kebijaksanaan Rosmah juga maka nama Malaysia menjadi wangi dan harum di kalangan negara-negara membangun dan maju. Mungkin sebelum ini banyak negara yang tidak kenal dan tahu mengenai Malaysia. Terima kasih Rosmah.
Bagi saya, Rosmah Mansor adalah seorang wanita yang cukup hebat. Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, iaitu bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pejabat Timbalan Perdana Menteri dan pejabat Menteri-menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara. Pendek kata, Bangunan Perdana Putra adalah mercu tanda kepimpinan negara. Di situlah dasar dan hala tuju negara di bincang, di rumus dan diperturunkan arahan pelaksanaannya
Saya bertuah dapat bertugas dalam bangunan penting itu di bawah dua orang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seketika di bawah Tun Abdullah Ahmad..
Hasil daripada wujudnya Internet, maka wujudlah laman-laman sesawang kerajaan dan tidak ketinggalan laman sesawang Pejabat Perdana Menteri (PMO). Laman sesawang PMO mula wujud semasa Tun Mahathir menjadi PM.
Maklumat yang dimuat dalam laman sesawang PMO semuanya berkaitan tugas dan urusan rasmi termasuk berkaitan jabatan dan agensi yang diletak di bawah PMO selain yang dihubungkan melalui sistem Internet.
Semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, tidak wujud apa-apa unit atau bahagian yang khas untuk isteri masing-masing. Tidak pula wujud sebarisan pegawai untuk berkhidmat khusus untuk mereka.
Tetapi, atas kebijaksanaan seseorang maka wujud sebuah bahagian khas dalam PMO yang turut dimuat atau dipapar dalam laman sesawang PMO. Bahagian khas itu dinamakan "F.L.O.M. Division" Tetapi, setelah kewujudannya menjadi topik panas dalam beberapa laman blog, tiba-tiba ia 'hilang' entah ke mana. (Lihat di bawah ini paparan direktori bahagian khas itu)
Bukan menjadi rahsia yang F.L.O.M. itu membawa maksud "First Lady of Malaysia", iaitu satu gelaran yang dirujuk kepada Rosmah Mansor walaupun ia tidak tepat kerana isteri ketua kerajaan bukan "First Lady" tetapi isteri ketua negara. Ini bermakna Bahagian F.L.O.M. diwujudkan untuk Rosmah Mansor dan ia merupakan satu sejarah yang boleh dimasukkan dalam "The Malaysia Book of Records " kerana pertama kali wujud sebuah bahagian khas untuk isteri PM. Bukankah ia memperlihatkan kehebatan Rosmah Mansor dan bukankah ia turut menunjukkan bahawa ia adalah satu strategi orang bijak?
Bahagian itu diketuai oleh seorang Pegawai Khas bernama Datuk Siti Azizah Sheikh Abod. Saya kenal orang ini kerana pernah sama-sama bertugas dalam sebuah kementerian bernama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Jawatan terakhir Siti Azizah sebelum bersara ialah Ketua Setiausaha di kementerian berkenaan.
Selain Siti Azizah, bahagian khas ini turut dianggotai oleh lima orang pegawai lain yanag sudah tentunya hebat-hebat belaka. Maklumlah mereka berkhidmat untuk seorang isteri PM yang hebat.
Saya tidak tahu sama ada kewujudan jawatan-jawatan tersebut dilulus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Jabatan Perkhidmatan Awam kerana ia membabitkan wang rakyat untuk membayar gaji dan upah serta menanggung segala perbelanjaan jabatan khas itu.
Selain daripada itu, adakah perlu dan terdesak sangat untuk mewujudkan sebuah bahagian khas untuk isteri Perdana Menteri?
Mungkin akan terpanggil seorang daripada menteri untuk memberi penjelasan bahawa semuanya itu dibolehkan oleh undang-undang dan ada peruntukan dalam Pekeliling Perbendaharaan ataupun Perlembagaan itu sendiri.
Tidak hairanlah jika ianya berlaku kerana di Malaysia, semuanya boleh!
12 comments:
ROSMAH MANSOR PINTAR KELENTONG NAJIB DAN SELURUH JENTERA KERAJAAN UNTUK MENONJOLKAN DIRI SEPERTI MANA ANIFAH AMAN DI-KELENTONG DENGAN MENGATAKAN ROSMAH PINTAR.
nak tau hebat tak hebat cuba jadi calun pada pru akan datang...kah...kah....khhhhh
unperfectstone
Kalau dia masuk bertanding dalam pilihan raya atau pemilu kata orang Indonesia, dia akan tumbang dan sekaligus tumbanglah 'kehebatannya'. Sebagai seorang yang 'pintar', dia tak akan berbuat demikian.
Assalammualaikum Pak Tuan,
RM ni boleh bertanding kat kawasan Urban pasal program2 dia ni kira world class, dia boleh bertanding kat Bukit Bintang, Lembah Pantai, Batu, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Cheras, Seputeh ataupun di Parlimen Titiwangsa, kalau menang boleh angkat muka sikit dan dilantik jadi Menteri Pelajaran ye...ye kalaulah menang.
Wassalam,
MAAM Old Klang Road.
Kalau Anwar dikatakan "Anugerah" Allah oleh DS Wan Azizah...Rosmah apa pulak? Mgkin "The Darling of Malaysians.." huhu..
ROSMAH MEMANG PINTAR ..WAH SALUTE DIA..SHARIZAT YG JADI MENTERI PUN TAK SEHEBAT ROSMAH . DIA HEBAT DAN PINTAR SEBAB DIA ISTRI NAJIB.
LAWAK BETUL LAH .
Setuju dengan MAAM Old Klang Road. Program-program DSR mendapat sokongan padu UKM, UPSI dan lain-lain. Teaching and Learning, particularly for younger children. That means younger mothers. Translate that to younger voters. We lack prominent women leads in education. But schools are dominated by female teachers.The reality is DSR has filled that female leadership gap. To realize this rationally is better in the long run.
TunHumairah
memang betul rosmah pintar.. kalau tak macam mana boleh ada pej siap dengan pegawai.. mengahbiska n duit rakyat je kejenya
Rosmah Mansor pintar.
Betul ke.
Imelda Marcos pun pintar.
Suzanne Mubarak juga pintar.
Kini apa dah jadi pada mereka.
Sudahlah Anifah Aman.
Cukup-cukuplah membodek tu.
Jangan jadi macam ni.......In recent years there was frequent speculation that Ben Ali, 74, was grooming the 53-year-old Trabelsi as his successor. Or perhaps that she was grooming herself. “The hairdresser would be monarch,”
She should take a lesson in history.
What happened to Marie Antoinette? But that, perhaps, is going back too far.
All she needs is to look at recent history...at Jiang Ching, the last wife of the late Communist leader Mao Tse Tung; Elena, the wife of Romanian communist dictator Nicolae Ceausescu and nearer to home, Imelda Marcos.
Have never heard anyone who speaks nice things abt the self-proclaimed 1st lady.
I wanted to throw up seeing her carrying a child in one of the newspapers recently. Simply cheap publicity.
Oh yes, she is a terrible step mother. How do I know?
Suffice to say I know so.
She treated Najib's children (from his 1st marriage) badly when they were young.
She excludes Najib's children from his first marriage in any of the family photos.
Family official photos will ONLY include her two children from her marriage to Najib and her son from her 1st husband (but not her OWN daughter, Azrene, from that same marriage because she married someone against her wish.)
That is Rosmah! So PINTAR and a very Nice Lady indeed!
I am from Gedong Lallang 50, Ampangan, Seremban.....so Rosmah's house is not far from my home! She is really wanita pintar, I agree with Anifah Aman who only recently knows her.....
Post a Comment