Wednesday, January 19, 2011

Apo nak di kato, itulah Rosmah Mansor.

Sekeping gambar atau foto mampu menceritakan lebih daripada 1,000 patah perkataan. Tiga keping gambar  yang dikutip melalui media dalam talian,  menceritakan segala-galanya. Antara perkara yang diwajibkab oleh Allah ke atas wanita Islam ialah menutup aurat. Sebagai isteri seorang pemimpin negara yang mandaulatkan Islam sebagai agama rasmi, dan apatah pula ketika melawat negara Islam dan menemui orang  yang bukan mahram, contoh dan teladan seharusnya menjadi amalan.

Rosmah Mansor ketika menemui barisan  pegawai Kesultanan Oman, semuanya lelaki yang bukan mahramnya.
Rosmah Mansor disambut oleh seorang pemimpin Kesultanan Oman yang berpakaian menutup aurat sedangkan Rosmah tidak.

Rosmah Mansor ketika mengunjungi seorang pemimpin di Arab Saudi.

11 comments:

Anonymous said...

Rosmah Mansor saorang wanita Melayu dari Malaysia.Itulah pakaian yang sepatutnya.Apa pula nak sentuh pasal aurat, dia dah nampak sopan .Janganlah kepala tuan pikir yang bukan bukan nanti jadi .....sampai tak boleh nampak leher perempuan pulak.

Unknown said...

Bukankah Melayu itu Islam? Apakah hukum berpakaian bagi seorang wanita Islam seperti yang diperintah oleh Allah? Jika anda seorang Muslim dan anda nak pertikai hukum Allah, terpulanglah. Saya tiada masalah sama sekali.

Naza said...

Rosmah ni jenis manusia gila glamour, lagi kita dok cita pasai dia, makin la menjadi2. mampus p lah... yang penting sebarkan pada seluruh rakyat akan salah lakunya, tahulah rakyat hukum masa PRU13 nanti

mr edz said...

anon kat atas tu tak belajar agama ker? kalau rosmah tu melayu jer takperla.. nak telanjang ke pun boleh.. tapi agamanya Islam.. hukum Allah pun nak cabar ker? atau anon ni non muslim?

Anonymous said...

Tuan Syed, nenek Tuan dulu pakai tudung tutup aurat ke? Kalau tidak, sah ke Islamnya?

Unknown said...

Almarhumah nenek saya bukan sahaja tutup aurat dalam ertikata sebenarnya, tetapi almarhumah adalah seorang yang kuat beribadat dan taat akan perintah Allah. Semoga Allah merahmati ruh almarhumah dan menempatkannya di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh dan soleha. Amin.

Kepada anda yang membangkitkan soal berkaitan almarhumah nenek saya, doa saya adalah semoga Allah merahmati anda dengan segala nikmat-Nya, di dunia dan diakhirat. Amin.

mr edz said...

sah anon yg tanya tu gila..

Anonymous said...

Tuan Syed, apa diao kato!!!!

Water off a duck’s back, says Rosmah...
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/water-off-a-ducks-back-says-rosmah/

Tuan yang sedap....ini...
“So, let them say whatever they want to say, but I feel that this visit is very beneficial not only to us but to all Malaysians regardless of race, religion or even what party they belong to....
“To me, if they want to complain, I’ve got no issues. Let it be. I’m only doing this as a leader’s wife.

jadi Apo nak di kato !!! buat habis beras saja...

Unknown said...

Saya dah baca laporan Bernama mengenai ulasan Rosmah. Sebenarnya, Rosmah mengulas kritikan pihak lain dan bukan mengenai apa yang saya tulis.

Tidak seperti pihak lain, saya tidak mempertikaikan lawatan Rosmah ke negara-negara berkenaan. Apa yang saya bangkitkan ialah soal pakaian mengikut ajaran Islam kerana sebagai seorang isteri pemimpin sebuah negara yang mengaku negara Islam, dan bersandarkan kepada ajaran Islam itu sendiri, adalah wajib bagi Rosmah dan semua anggota rombongannya berpakaian mengikut ajaran Islam. Itu yang saya bangkitkan.

Saya melihat ianya penting kerana Rosmah mewakili Malaysia dan sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim, saya terpanggil untuk membuat ulasan kerana dia tidak mematuhi adab berpakaian seorang Muslimah. Itu saja dan saya anggap ia adalah satu tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menegur. Andai kata teguran itu tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja yang mengaku Islam adalah agama anutannya, apo nak di kato...

Cokodok said...

Salam,

Tak kisah la bab aurat tu... tp Rosmah ni sapa? Menteri tidak.. ahli parlimen tidak... so, sapa yg bagi dia mandat utk mewakili suara rakyat malaysia ketika melawat negara2 ni... sudah pasti beliau takde angkat sumpah akujanji... so, kalu dia salah cakap or wat so ever.. adakah dia akan bertanggungjawab... seriously... sapa yg PM skrg nie? why cant dia jadi can Tun Dr Siti Hasmah yg sentiasa low profile... paling kuat pon sokong team piala thomas...

jika ini berlarutan... amat malang la buat Malaysia...

Anonymous said...

Apa Pak Syed tulis betoi, sebagai Muslimah bagusla tutup aurat….tambah tambah lagi bila di luar negera…kena tujuk teladan yg baik …!!!sekarang tok arab mesti ingat semua pompuan melayu Malaysia macam pompuan nombor 1 Malaysia tak faham cara nak tutup aurat…
Apa Cokodok tulis pon betoi juga….kokmana Mamee ni dapat mandat utk wakil rakyat satu Malaysia ke luar negara.
Atau sebagai Pompuan Nombor 1 Malaysia dia ada kuasa khas bolih buat lawatan-lawatan rasmi ! Ada kah peruntukkan sedemikian dalam pelembagaan yg Pompuan Nombor 1 Malaysia bolih guna pakai.
Untuk lawatan ni, korang korang pon dua tiga juta habis depa guna duit rakyat Satu Malaysia untuk syok depa.
Rakyat Satu Malaysia kena main tepok amai-amai…dan cuti cuti di Malaysia.