Monday, January 17, 2011

PERCUBAAN NAK TUKAR SUAMI KERANA ISTERI - 'GAGAL"

"Percubaan" Jabatan Pelajaran Johor untuk menukar dalam tempoh 24 jam seorang guru dari Tenang ke Johor Bahru semata-mata kerana dia "gagal mengawal" isterinya, juga mantan guru yang kini calon PAS/Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari ini, tidak seharusnya berlaku.

JIka benar seperti apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini, lihat 'link' di bawah, maka ia adalah satu kesilapan besar.


Jika perbuatan dan tindakan sedemikian berterusan, jangan salahkan rakyat apabila tidak menyokong BN.

BN mesti peka akan sensitiviti sesuatu isu sebelum bertindak. Tindakan yang diambil oleh Pejabat Pelajaran Daerah menukar Cik Gu Makrof Abd Mutalib semata-mata kerana dia gagal "kawal" isterinya itu, amat memalukan.

Isterinya, Normala Sudirman, mantan guru yang mengajar di Segamat,  telah meletak jawatan untuk bergerak cergas dalam politik.

Kementerian Pelajaran dan Tan Sri Muhyiddin mungkin berkata itu bukan arahan pihak atasan tetapi tindakan "Napolean kecil" atau "Firaun kecil", iaitu Pegawai Pelajaran Daerah atau Pengarah Pelajaran Negeri Johor sahaja. Saya tak percaya yang kedua-dua pegawai berkenaan berani berbuat demikian tanpa arahan dari atas.

Walaupun arahan pertukaran itu ditarik balik, nasi sudah menjadi bubur.

Perkara sedemikianlah yang membuat rakyat marah dan tidak menyokong kerajaan.

Pemimpin yang ada sekarang mesti peka dan ingat akan nasihat Almarhum Tunku Abdul Rahman, iaitu mesti pandai memenangi hati budi rakyat, bukan sebaliknya. Jika ingin terus berkuasa dan mentadbir, hati-hatilah sebelum mengambil apa-apa tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri. Rakyat tidak bodoh dan mudah diperdaya.
 


Attempt to transfer husband for failing to 'control wife'



5 comments:

mr edz said...

harap PR tak terikut perangai setan bila dapat kuasa nanti..

Anonymous said...

pernah kah terfikir oleh saudara yg fitnah tu dibuat oleh PR semata mata nak jatuhkan BN (reverse psychology).
Kalau mcm ni la PR yg penuh dgn fitnah, patut lah boleh menang.

Naza said...

salam, saya selalu dan telah bercakap dengan banyak pihak samada pegawai tinggi felda, polis, guru, JKR dll. sebelum kalian berbuat sesuatu keputusan, arahan atau apa saja berkaitan perkhidmatan tolonglah pikirkan kesannya terhadap parti yang memerintah.

janganlah sampai nampak @ ternampak seolah-olah parti yang sedang memerintah membuat kesalahan. sedangkan ada ketikanya parti memerintah tidak mengetahui langsung akan hal tersebut.

contoh, pegawai felda songlap, UMNO kena, polis rasuah, UMNO kena, JKR belot, UMNO kena. apa ni...

Unknown said...

Ini bukan fitnah oleh PR. Pengarah Pelajaran Johor mengaku ada arahan sedemikian. Dia juga kata ia tiada kaitan dengan politik. Pelik nampaknya kerana arahan pertukaran itu dibuat ketika hendak menghadapi pilihan raya kecil.

Naza, dalam kes ini ia berlaku atau hampir-hampir berlaku ketika hendak menghadapi pilihan raya kecil. Amat jelas Pengarah Pelajaran Negeri tidak peka dan sudah tentulah orang mengaitkannya dengan keadaan semasa, iaitu pilihan raya kecil kerana isteri guru berkenaan adalah calon parti pembangkang.

azmie said...

stuju ngan anon dan naza. pemerintah mmg tak tau apa2. nak buat mcmn, orang bodo jd menteri