Friday, April 24, 2009

Zaid sambut cabaran Rais untuk berdebat

Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menerima cabaran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim untuk berdebat.

Zaid berkata dia sanggup pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk berdebat dengan Rais tetapi Rais mestilah menyatakan secara spesifik perkara yang hendak diperdebatkan.

Zaid, yang juga seorang peguam dan sahabat Rais, berkata debat itu, jika diadakan, seharusnyalah disiarkan secara langsung oleh RTM, stesen tv yang dikuasai kerajaan.

Rais kurang senang dengan kenyataan-kenyataan Zaid yang menghentam dan mengkritik bosnya, DS Najib Tun Razak terutama melalui media asing. Zaid adalah antara tokoh politik dan sosial yang menjadi pilihan media asing untuk ditemuramah.

Mantan pengerusi firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim and Co (ZICO), Zaid sering mengunjungi JPM dan turut ke pejabat Rais yang ketika itu menteri di JPM. Rais juga pernah menghadiri dan berucap pada majlis-majlis yang dianjurkan oleh ZICO.

Kita berharap debat terbuka antara Rais dan Zaid akan menjadi kenyataan dan orang ramai seharusnya diberi peluang menonton perdebatan antara dua tokoh undang-undang itu melalui siaran langsung RTM.

Selaku menteri yang mengawal selia Jabatan Penyiaran, sudah tentu tiada masalah bagi Rais untuk mengarahkan RTM berbuat demikian.

10 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tak cukup lagi ke melayu dengan melayu berlaga dan penontonnya orang asing.

Tunjukkanlah pekong, kurap dan daki masing masing...

Hamba said...

Dulu masa Shabery berdebat..mulutnya berbuih2..agak2nya masa ni Rais pulak yang berbuih2, bukan di mulut tapi kat kepala tiga suku dia ( tiga suku botaklah!!!).

Luka Toni said...

rais ni cakap saja pandai. penakut sebenarnya.

anyway, kalau rais berdebat, buang masa ajer. dia cakap sepuluh perkataan seminit. by the time habih debate, semua orang dah tidoq dah.

he THINKS he is an intellectual but all that he does is talk slowly and use difficult phrases.

Detguaq said...

Kluangman,

Adakah pertanyaan anda itu ditujukan kepada Zaid?

Setelah pekong, kurap dan daki masing masing ditunjukkan, apakah harus dibiarkan jadi tontonan atau perlu segera diubati atau hanya plaster lagu tu saja?

Hamba, sebotak-botak rais, dia adalah pakar undang-undang perlembagaan. Anda pakar apa?

Luka Toni, kalau anda lebih berani, anda saja kedepan untuk berhujah dgn zaid sebelum org lain tidor.

Saya hanya nak jadi penonton......

siakap said...

Encik Syed,
Zaid Ibrahim akan terima apa jua tawaran untuk berbahas kerana untuk mencari publisiti murahan. Zaid idak ada platform untuk mendapat "live telecast" so dengan tawaran Rais, bagai orang menggantuk disorongkan bantal. Zaod have nothing to lose but Rais jika silap langkah akan jadi seperti Shabery Cheek bahas dengan Anwar dulu. However, saya yakin Rais boleh dan mampu mematikan hujah-hujah Zaid nanti.But why should we give Zaid the opportunity to get free publicity.

Unknown said...

Siakap,

Dalam kes ini Zaid tidak seharusnya dipersalahkan. Dia dicabar dan dia menerima cabaran itu. Kedua-duanya mencari publisiti kerana mereka adalah orang politik.

Ia adalah seperti memberi bantal kepada orang yang mengantuk.

Cabaran Rais dan sambutan oleh Zaid boleh diibaratkan sebagai buku bertemu ruas.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sekiranya kalah berdebat nanti, agak-agak Tuan Syed, Datuk Seri Rais akan kata ianya adalah WIN WIN SITUATION tak?

Sebab kawan kita ini memang dah ada rekod WIN WIN SITUATION :)

Sham said...

Cukup2 lah berpolitik.
Tak habis2 Melayu ni cabar mencabar.
Ekuiti 30% dlm 27 sub-sektor dah kena tarik.

Lepas ni apa lagi lah melayu nak memberi.

Asyik memberi jer,menerima tak ada pun.

Yang kaya semakin kaya,melayu ni nampak nya nak semakim miskin.

Unknown said...

Saya suka dengan komen Anon 2.22am yang menyatakan Rais akan kata WIN WIN SITUATION.

Ia akan membuatkan orang ketawa besar sekali lagi atas alasan tiada yang menang dan tiada yang kalah, pada hal yang kalah tidak mengaku kalah. Orang lain dapat isi yang pejal. kita dapat tulang tanpa isi.

Sham, mereka tidak nampak gajah di depan mata.

Ramesh said...

Saya cadangkan debat diadakan di sebelah malam kerana masa itulah zaid boleh berdebat dengan rais!
Nak tahu kenapa?

ZAID KAKI BOTOL!Kalau dah mabuk mulalah bercelaru!

Gambar dia minum arak dengan peguam2 dah tersebar luar beb!