Monday, April 20, 2009

UMNO Terengganu bak retak menunggu belah


Keterangan gambar yang diperolehi daripada sumber Internet bertajuk BENCI TAPI RINDU memperlihatkan mantan MB Terengganu Idris Jusoh berpelukan dengan penggantinya Ahmad
Said.

Apa yang sedang berlaku sekarang di bumi Darul Iman sebaliknya menunjukkan bahawa lakonan hidup orang politik cukup hebat dan penuh dengan perasaan, mungkin itulah benci tapi rindu?.




ADUN UMNO HILANG KEPERCAYAAN

Kemelut dalaman yang sedang menghantui UMNO Terengganu sudah sampai ke kemuncak dan agak sukar untuk diselamatkan, retak sedang menunggu belah. Itulah keadaannya.

Menteri Besar pilihan Istana Terengganu Darul Iman, Datuk Ahmad Said semakin hilang kepercayaan di kalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri.

Pucuk pimpinan UMNO semasa diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad mencadangkan nama mantan MB Datuk Seri Idris Jusoh tetapi tidak diperkenan oleh pihak Istana.

Khabar terkini menyatakan bahawa 18 daripada 24 ADUN UMNO tidak menyokong kepimpinan Ahmad Said, iaitu majoriti ADUN UMNO. Mereka dikatakan menyokong Idris Jusoh.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan ADUN selebihnya adalah dari PAS.

Nampaknya, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewarisi satu lagi masalah yang ditinggalkan oleh mantan bosnya.

7 comments:

Anonymous said...

Tak payah kasi derih, tak payah kasi si ahmad.

TBO said...

penderhaka yang menyebuat natang akan merasa akibat nya menderhaka, sekarang ni jelas lah siapa yg sebenarnya penderhaka

Anonymous said...

Penderhakaan macam ni oleh Idris Jusoh terhadap Sultan okey ka?

Sultan Perak nak kata apa? Tunaikan janji mempertahankan intituasi raja-raja.

Allah lanjutkan usia tuanku.

Anonymous said...

ANON 8.09PM

ADALAH SALAH DAN TAK BETUL UNTUK MINTA ALLAH LANJUTKAN USIA SESIAPA PUN (RAJA KE, SULTAN KE AGUNG KE , RAKYAT MARHAENKE, MENTERI KE.. ANYBODY FOR THAT MATTER).. USIA SEMUA KITA TELAH PUN DITETAPKAN OLEH ALLAH. KEMATIAN AKAN SAMPAI UNTUK KITA TANPA LEWAT SESAAT ATAUPUN AWAL SESAAT PUN. APA YANG PATUT KITA DOAKAN ADALAH UNTUK MENDAPAT RAHMAT DAB BARAKAH DALAM UMUR KITA... BUKAN NAK PANJANGKAN UMUR DAN ASIK DOK BUAT HARU BIRU UNTUK SEMUA ORANG..

PAK TUAN, kita ni asik disibukkan oleh cerita politik hinggakan tanggungjawab kita sesaMA INSAN DIABAIKAN...JUST LOOK AT WHAT'S HAPPENING TO OUR RACE AND FELLOW MUSLIMS EVERYWHERE???? CAN WE NOT SPARE A THOUGHT TO MAKE DOA FOR THEM & HELP THEM? SO LET US HAVE LESS FOCUS ON ALL THIS POLITIK KARUT MARUT..DAH JADI MACAM DALCA DAH..

SEMOGA KITA SEMUA DIBERIKAN HIDAYAH DAN TAWFIK UNTUK MENJADI MU'MIN YANG HAKIKI DAN AKAN DIMASUKKAN KEDALAM JANNATUL FIRDAUS. AMEEN

Anonymous said...

ini jelas menunjukkan betapa gila kuasanya orang2 UMNO di Terengganu sehingga tidak boleh duduk berbincang sesama mereka tentang masalah yg dihadapi. mereka (yg gila kuasa ni) memilih utk menggulingkan MB mereka dgn cara undi tidak percaya. amat memalukan. apa dah jadi dgn UMNO? ALLAH sahaja yg maha mengetahui.

Syed Imran said...

Anon 11.06pm

Saya hormat pendapat anda.

Blog ini adalah blog yang memperkatakan perkara-perkara sosio-politik. Harap maklum.

Anonymous said...

Salam,

Saya dah tak larat nak mengeluh dengan masalah yang tak habis2 menimpa UMNO. Tapi saya teringin juga nak tahu apa yang boleh Najib buat bagi menyelesaikan yasalah yang senior dia pass kan kat dia. Disinilah test yang kita nak tengok Najib buat.

Sdr Md Kota