Friday, April 10, 2009

Najib jadi Naif - menurut laporan BERNAMA

Apa dah jadi? Itu yang menjadi pertanyaan apabila melihat satu kesilapan yang dari segi pemberitaan adalah serius.

Belum pernah terjadi dimana sebuah agensi berita yang ditubuhkan oleh kerajaan dan yang turut menjadi saluran maklumat rasmi melakukan kesilapan berkaitan nama Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditukar kepada Datuk Seri Naif Ton Rasa. Amat jauh sekali. Yang lebih dahsyat ialah makna "naif" itu sendiri, iaitu tidak matang!

Bagaimana kesilapan sedemikian rupa boleh berlaku? Salah siapa... pemberita, penyunting atau editor bertugas? Seseorang perlu bertangungjawab kerana ini bukan kesilapan kecil.

Pengerusi BERNAMA Anuar Zaini yang selama ini begitu lantang bersuara pun mesti bertanggung jawab. Jangan hanya mahukan kredit atas kejayaan BERNAMA tetapi lepas tangan atas kesilapan. Begitu juga dengan Ketua Pengarang S.H. Yong dan hiraki di bawahnya yang terbabit.


(Datuk Seri Najib Tun Razak ditukarkan kepada Datuk Seri Naif Ton Rasa)

(lihat dan baca blog di bawah ini)

http://sloone.wordpress.com/2009/04/10/bernama-gave-us-a-new-pm/


Jika salah taip satu perkataan boleh diterima, tetapi tiga perkataan yang membentuk nama PM. Tak tahulah apa yang hendak dikatakan.



16 comments:

Non-partisan said...

Apakah ini satu kesilapan atau satu senda gurauan yang amat 'distasteful' dan 'disrespectful? Seperti yg disarankan seseorang perlu dipertanggungjawabkan.

Seperkara lagi, manakala Astro Awani sedang membuat siaran langsung tentang keputusan Pilihan Raya Kecil Kawasan DUN Bkt Selambau, Sherkawi Jirim dari TV BERNAMA masih menemuduga ahli-ahli panelnya sambil menyatakan belum lagi menerima keputusan tersebut. Di mana silapnya?

Syed Imran said...

Saya setuju dengan saudara. Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dengan BERNAMA hampir 27 tahuh, saya amat malu. Saya tidak melihatnya sebagai satu senda gurauan tetapi masih buntu bagaimana ia boleh berlaku.

Saya tahu bagaimana sesuatu berita itu melalui proses-proses tertentu sebelum editor bertugas melepaskannya kepada para pelanggan dalam talian dengan hanya memetik satu kekunci komputer sahaja.

Keilapan yang serius seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia melibatkan nama Perdana Menteri. Mustahil petugas di agensi berita itu tidak tahu nama PM. Mustahil!

Mengenai BTV, masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Saya lebih senang menonton Astro Awani kerana liputan dan laporan pilihan raya kecil dua bukit berkenaan adalah yang terbaik dan "lebih adil" berbanding stesen-stesen tv yang lain.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Inilah masalah BERNAMA, gemar sangat ambil "rejects" dari NST, SUN dan STAR, untuk jadi sub-editor. BERNAMA telah pun mendapat sijil ISO tetapi standardnya kian menurun. Munngkin sijil itu dibeli bukan dapat memlaui proses yang ditetapkan.

Ahli UMNO 1969heeck

Syed Imran said...

Benar. BERNAMA harus mengutamakan kualiti dalam pengambilan petugas sama ada secara kontrak atau 'part-time'. Jika tidak, inilah padahnya.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Dr Rais Yatim perlu melakukan sesuatu termasuk mengkaji semula struktur dan agihan saham Bernama TV. Elok betulkan sesuatu yang tidak betul.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya juga pernah jadi staf Bernama. Kesilapan begini jarang berlaku dahulu. Jika berlaku, pihak yang buat silap akan kena lanyak. Tapi di bawah rejim Annuar Zaini, keadaan dah jadi terok. Apa yang Pak Tuan cakap tu memang betul. Kalau Bernama dapat pujian, dia nak ambik kredit. Kalau tidak, dia tak nampak batang hidung. Semua orang tahu apabila dia mempengerusikan lembaga pengarah bernama yang pertama, dan bagaimana dia menegur Syed Jamil dgn kata-kata yang "unbecoming of a chairman who claim to be former PM's Abdullah"s supreme advisor."
Fikir-fikirlah..

Anonymous said...

Absolutely Unacceptable!

Anonymous said...

Salam Pak tuan,

Slogan Bernama TV

" Baru dan Benar "

Kuda Semetot

Anonymous said...

Jadi apa tindakan yang dah diambil Bernama setakat ini. Dengar cerita Pejabat PM begitu bising kat Yong, kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Apa pun alasannya, Yong patut bertanggungjawab sekali.

ex-bernama gak

Syed Imran said...

Setuju. Seseorang ketua yang jika benar bertangungjawab mesti memikul tangungjawab itu dengan berani.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Dalam kes kesilapan sebegini, perlukah pihak pengurusan Bernama memohon maaf kepada PM?

Anonymous said...

Salam,

Bernama seharusnya bertanggungjawab. Ketua Pengarang dan juga Ketua pengendali laman web yang memungkinkan kredibiliti Bernama tercemar di halaman internasional.

-Durgus-

Syed Imran said...

Sudah tentu Bernama kena mohon maaf. Pengerusi Bernama, Pengurus Besar dan Ketua Pengarang perlu ke JPM dan mohon maaf secara semuka (face-to-face) dengan DS Najib.

Anonymous said...

Pak Syed pon kena mintak maaf jugak dgn Rohana Mustafa sbb keluarkan "story" dia menang anugerah kajai..
Kesian dia..!
Jangan la Pak Syed nak "tembak" orang je..Pak Syed pon ada kurangnya..

Syed Imran said...

Awak tak faham bahasa Melayu?

Cuba baca betul-betul dan dengan teliti. Jika awak tak faham, jangan beri ulasan bodoh!

Sila baca tulisan saya sekali lagi dan fahami apa yang saya tulis.

Kasihan, masih ada orang jahil seperti anda yang tak faham tapi nak beri ulasan.

Anonymous said...

Salam Pak Habib,
dengar-dengar cerita bekas orang kuat Bernama bakal mengetuai unit komunikasi Pejabat PM. Blog Rockybru pernah keluarkan berita ini. Difahamkan ini semua adalah percaturan saki baki tingkat 4 di era pentadbiran Tun Lah yang masih lagi mempunyai pengaruh terhadap Datuk Najib. Apa semua ini? Tambah menghairankan apabila dikatakan seorang lagi bekas orang kuat Bernama yang memegang banyak jawatan penasihat dan bergelar Datuk Seri, juga mungkin ke sana sekiranya calon nombor 1 ditolak. Cakap-cakap mengenai perkara ini sudah menjadi 'open secret' di kalangan orang media..., Pada pandangan Pak Syed, layakkan kedua-dua mereka berada di Pejabat Najib, memainkan peranan utama berhubung soal media? Tidakkah ini hanya menjadi sokong membawa rebah. Lebih-lebih lagi calon pertama diketahui umum condong kepada siapa, calon kedua bergelar Datuk Seri pula sememangnya dikenali berhaluan kiri... apa pandangan pak tuan?

Syed Imran said...

Saya hanya dapat mengucap "takziah" sekiranya khabar itu menjadi kenyataan. Saya kenal sangat akan watak yang disebut itu.