Friday, April 03, 2009

Pak Lah kini bergelar "Tun"

Sekalung tahniah kepada Abdullah bin Ahmad (Pak Lah) yang kini bergelar Tun Abdullah.

Mantan Perdana Menteri dan anak kelahiran Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang itu menerima anugerah tertinggi negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sejurus selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak.

Isteri Tun Abdullah, Jeanne (Danker) Abdullah turut menerima gelaran Tun apabila dianugerahi darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM). Bertuah sungguh insan bernama Jeanne ini kerana sebegitu cepat diberi penghargaan tersebut. Sama ada dia layak atau tidak diberi anugerah itu boleh diperdebatkan.

Teringat saya akan jasa, sumbangan dan khidmat bakti tokoh-tokoh wanita negara yang "terlepas pandang" untuk diberi anugerah bintang kebesaran seperti itu. Antara nama yang terlintas ialah Tan Sri Aishah Ghani dan P.G. Lim.


4 comments:

mohd ali ismail said...

Biarlah saya yang pertama di blog ini mengucapkan taaniah kapada Tun Abdullah Ahmad Badawi,anugerah itu setimpal denagan jasa2 nya menerajui Kerajaan Malaysia.

Anonymous said...

berjasa memang berjasa! itu tak dapat dinafikan. sama juga dengan kelemahannya yang menyebabkan pentadbiran negara timpang. kayu pengukur untok dpt gelaran Tun sudah direndahkan. Orang lain macam Samy Vellu dan Khir Toyo pun patut dapat!

ali bkt jalil

Anonymous said...

Salam Pak tuan,betul ke ..orang yang dapat gelaran TUN ni tak boleh didakwa dakwi..betulkan saya kalau saya salah.

Syed Imran said...

Tak betul tu. Orang yang bergelar Tun tidak mengatasi undang-undang. Mereka tidak kebal dari sudut undang-undang.

Cuma yang saya tak faham, kenapa seorang yang tidak sampai dua tahun menjadi isteri PM yang sebelum itu tidak dikenali dan tidak pula diketahui khidmat bakti yang cukup hebat kepada negara, diberi anugerah tinggi negara. Itu yang saya tak faham. Saya harap ia tidak akan dijadikan satu "kebiasaan" untuk memberi anugerah serupa kepada "isteri-isteri" orang besar lain.