Tuesday, April 07, 2009

BN TUMBANG DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU



Calon PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menang pada pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Rakyat kawasan Bukit Gantang. Sekaligus, kemenangan Ir Nizar memberi gambaran jelas bahawa pengundi Bukit Gantang memberi isyarat bahawa mereka menyokongnya selaku Menteri Besar Perak yang sah.

Serangan peribadi ke atas Nizar termasuk memainkan isu "derhaka" yang dilaung-laungkan oleh UMNO nampak telah ditolak sama sekali oleh rakyat yang mengundi.

Nizar memperolehi 21,860 undi berbanding dengan 19,071 yang memihak kepada calon BN/UMNO Ismail Safian dan 62 kepada calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Seperti yang dijangkakan, Barisan Nasional (BN) yang menurunkan hampir keseluruhan jentera pilihan rayanya termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempengaruhi rakyat. BN tumbang dengan lebih parah. Begitu juga di Bukit Selambau, Kedah.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kemenangan PAS di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 2008 bukanlah sesuatu yang secara kebetulan tetapi atas sokongan rakyat yang kukuh.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau, calon PKR S. Manikumar meraih kemenangan yang terus memperlihatkan sokongan padu rakyat.

Manikumar menewaskan calon BN S. Ganesan dan 13 calon Bebas. Manikumar memperolehi 12,632 undi manakala Ganesan sebanyak 10,229 undi untuk memperolehi majoriti 2,403 undi. Semua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Kehadiran Dr Mahathir di kedua-dua kawasan untuk menagih sokongan bagi pihak BN, tidak berhasil bahkan dia gagal mempengaruhi rakyat.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, BN melakukan kesilapan besar apabila menurunkan mantan orang kanan DS Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohamad Noor, untuk berkempen. Ezam bukanlah seorang yang disukai ramai malah dia adalah satu beban kepada BN. Saya menulis sebelum ini iaitu jika BN nak kalah, turunkan Ezam sama seperti yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Suka atau tidak, pengaruh DS Anwar Ibrahim jauh mengtasi pengarah Ezam, itupun jika dia ada pengaruh.

Tahniah kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dan S. Manikumar.

Dalam satu lagi pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Sarawak bagi kawasan Batang Ai, calon BN menang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR.




18 comments:

Anonymous said...

Pak tuan Syed,
Selagi, KJ, Azlina, Azeez Rahim, Noh Omar, Khir Toyo, dan Mike Tyson masih bebas dan tidak sebarang tindakan diambil kerana rasuah politik, selagi itulah UMNO akan ditolak rakyat. Kita mesti kena ingat, UMNO parti politik orang Melayu dan orang Melayu adalah orang Islam, tidak akan dapat terima pemimpin rasuah.

Ahli UMNO 1969

Syed Imran said...

Ahli UMNO 1969,

DS Najib mesti ambil iktibar daripada Bukit Gantang. Jika tidak, untung nasib UMNO dan BN pada PRU-13 bak telur dihujung tanduk.

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,

Macam yang saya pernah cakap kat Pak Tuan dulu, Tun duduk rumah diam diam, pegang tasbih, umur tu dah 80an. ZAMAN TUN DALAM POLITIK DAH TAMAT! Nak tolong DS Najib, tolong dari segi pentadbiran. Orang Melayu dekat Bukit Selambau banyak yang marah bila Tun kempen semalam. Diorang respect dengan Tun, tak nak Tun terlibat dah dengan politik.
Sedarlah Tun yang ku hormati.

Saya gembira Nizar menang dekat Bukit Gantang, terlalu gembira. Fitnah BN dekat dia terlalu teruk.

Saya rasa, semua propaganda dekat media tuh overdose la.

Apa pendapat Pak Tuan?

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Tn Syed, the iktibar is by picking JJ & Tg Adnan as ministers!! it would be even sweeter as Nanyang predicted, JJ as FM2..

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Ya.. terima kasih pada yang dah menang dan selamat menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat....

Anonymous said...

You can take a horse to (the) water but you can't make it drink.

Memang betul Pak Tuan.

Skuad Peninjau

KZSO said...

damaged done by pak lah for the last 4 years cannot be rectified in 4 days. need in-depth study on the votes and voters. did nizar won with chinese votes or are there any swing (votes) from the malays to umno? by looking from the analysis, nizar was leading more than 5,000 votes but it was reduced drastically in the last 3 days after najib was sworn in and tun mahathir campaign in the last day. so nizar won but did he actually won?
congratulations to all winners but remember...everything you do, say, act will be questioned by ALLAH SWT and the rakyat....

Anonymous said...

To anonymous, you lupa sorang lagi... Reezal Marican.

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,

Pada pendapat saya, Nizar menang bukan kerana dia layak. Cuba kita tengok kembali, kawasan tersebut pada asalnya memang kawasan pas. Jadi sudah pasti penduduk di kawasan tersebut akan mengundi sesiapa sahaja calon pas yang bertanding.

Itu pendapat saya la... Cuba kalau kawasan itu pada asalnya kawasan BN, sudah pasti BN akan menang majoriti.

Apa pendapat Pak Tuan??

Sdr Md Kota

Syed Imran said...

Sdr Md Kota,

Bukit Gantang adalah kubu UMNO dan PAS berjaya menawannya pada PRU 2008.

Pada PRU 2004, BN meletakkan calon bukan Melayu dari Gerakan dan dia menang. Berikutan bantahan daripada UMNO, Bukit Gantang dipulangkan ke pangkuan parti itu pada PRU 2008 tetapi calon yang diletakkan, Azim Zabidi, tidak diterima dan pengundi beralih sokongan kepada calon PAS.

Ir Nizar menang atas dua faktor utama - PAS dan sokongan rakyat kepadanya ekoran daripada kemelut politik Perak yang membabitkan jawatan Menteri Besar. Nizar masih MB kerana tiada usul undi tidak percaya dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri.

Kuda Wangi said...

Selagi Ali Rustam yang dikecualikan dari pilihanraya UMNO sebab rasuah terus menjadi Ketua Menteri Melaka...

Selagi itulah rakyat akan terus menolak UMNO.

anjang_aki said...

Keputusan pemilihan tiada kena mengena dengan mana-mana individu. Yang pasti undi Melayu seperti biasa telah berpecah kepada dua- PAS dan BN, tapi undi bukan Melayu solid kepada PR. Selama ini undi bukan Melayu adalah undi penentu tetapi kini undi mereka kesemuanya kepada PR. Mengapa? Adakah mereka menerima PAS yang memperjuangkan Islam? Tidak sekali-kali. Mereka mengundi PAS kerana PAS menentang UMNO. Bukan UMNO musuh mereka, tapi dominan orang Melayu dalam pemerintahan. Jika PAS duduk di tempat UMNO, mereka akan menentang PAS pula.

Hari ini PAS di sokong tapi esok bila PAS kuat mereka akan pula ditentang bagi memastikan dominan Melayu tidak kekal.

Kita boleh membuat pelbagai andaian, tetapi selagi andaian itu berbentuk memihak kepada mena-mana individu atau parti, selagi itulah kita akan buta tidak dapat melihat kenyataan sebenarnya. Banyak komen-komen di blog-blog merupakan komen yang memihak kepada idola masing-masing. Semuanya berbentuk sempit dan tidak terbuka.

Mahu atau tidak kita kena terima hakikat yang kini ada satu gerakan bagi melemahkan kuasa pemerintahan Islam di seluruh dunia. Lihat di Turki, di Sudan, Libya, Iran dll, yang mana Malaysia tidak terkecuali. Bagi mereka yang terdedah kepada gerakan ini, ianya bukan rahsia lagi.

Jika kita hari ini gagal melihat gerakan ini dan menerima sokongan palsu sebagai sokongan sejati, dan amat seronok kerana 'musuh' politik kita tertekan, maka kemungkinan besar Islam hanya akan jadi agama di kad pengenalan sahaja di masa akan datang. Hari ini kita menang sabung, esok kampung kita akan tergadai untuk selama-lamanya.

Kini masalah yang terbesar sekali ialah EGO yang amat besar di kepala-kepala orang-orang UMNO dan PAS yang sanggup menggunakan pelbagai alasan untuk tidak bekerjasama.

Janganlah gunakan alasan Ugama untuk tidak bekerjasama kerana Islam itu agama perpaduan. Jika selama ini mereka boleh menerima kerjasama dengan orang Hindu, Budha, Kristian dan Atheis, tolonglah! jangan cari alasan untuk tidak bekerjasama sesama saudara seIslam hanya dek takut hilang kedudukan!, kerana ditakuti nanti Allah akan turunkan azabNya yang amat pedih...hilang kuasa di tanahair sendiri. Nauzubillah.

Anonymous said...

Pak tuan Syed ,

BN masih menang tapi yang rugi adalah UMNO ..dak gitu

Kuda semetot.

Syed Imran said...

UMNO tak rugi tetapi umat yang diwakili oleh UMNO yang rugi. Salah siapa? Salah orang UMNO itu sendiri.

Anonymous said...

Tuan Syed,
Undi Melayu berpecah dua UMNO dan PAS. Undia Cina dan India solid kepada PR. Persoalannya kenapa Melayu tolak UMNO. Melayu tolak UMNO kerana:-
1) pemimpin umno rasuah,
2) pemimpin UMNO leka isi poket sendiri
3) pemimpin UMNO sombong, bongkak
4) pemimpin UMNO tidak mesra rakyat dan sukar dihampiri
5) pemimpin UMNO bermegah-megah dengan kekayaan yang belum tentu halalnya
6)pemimpin UMNO sibuk nak dapat gelaran Datuk, Datuk Seri, tan Sri, Tun, Pehin Sri macamlah Allah akan sambut mereka dengan karpet merah bila mereka masuk liang lahad nanti.
7) pemimpin UMNO mentadbir negara dengan tidak adil
8) Pemimpin UMNO sudah tua masih nak terus pegang jawatan menteri itu dan ini macam nak junjung langit.
9) Pemimpin UMNO kurang sembahyang, bacaan quran, salawat, kalau sembahyang pun kurang khusuk.
10)Pemimpin UMNO banyak hiburan sehingga TV kita penuh dengan hiburan.

banyak lagi tapi cukuplah dulu

Rosli dhoby

Mat Jerman said...

Mana ada rasuah dalam UMNO? Semua orang hanya prasangka buruk sahaja.

Mana pernah orang UMNO dibuktikan terlibat dengan rasuah?

Bak kata DS Khir Toyo "Ini semua tuduhan tak berasas!".

Ali Rustam dah banyak 'menolong' orang Melayu di Melaka. Kalau SPRM tak tangkap dia, tentu dia tak salah. Jadi, biarlah dia jadi Ketua Menteri. Apa salahnya? Semua orang Melaka setuju saja...takde yang bersuara pun. Jadi kenapa kita perlu kecoh pasal ini?

Batang Ai jelas menunjukkan sokongan rakyat kepada BN. Rakyat di kedua-dua bukit itu telah dipermainkan oleh PKR, PAS dan DAP.

Hidup UMNO! Hidup UMNO!

UMNO penyelamat bangsa Melayu!



Note:(sarcasm)

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

You've touched so many topics, thank you. I just would like to suggest to you to touch and comment on one subject that clearly showing that rakyat already lost their trust towards this particular department.

The topic that I'm reffering is non other then the suspected car thief, Kugan's dead. The medical authority ruled out that Kugan died of natural causes, no foul play eventhough 99% Malaysian know that this guy was badly tortured to dead by the police during the interrogation.

This is the similar situation happened to DSAI where they used the medical authority, police and others to fix DSAI.

This is another area where the rakyat totally lost faith in the authority which involving BN Politicians, PDRM, AG, MACC, Court, Medical Authority and etc.

All the insidents directly or indirectly proving that the mentioned authorities are not nuetral and BN Government using all the mentioned authority to get rid of their political enemies.

Tuan Syed, hope to hear your honest comment on the topic mentioned by me.

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Mat Jerman,
Orang mencuri mana nak mengaku dia pencuri..