Pada era Pergerakan Wanita UMNO dipimpin oleh Tan Sri Rafidah Aziz, kita dapat lihat kitab suci Al Qur'an diletak atas rehal di hadapan TS Rafidah. Tak tau pula saya apa tujuan dan faedahnya. Hanya TS Rafidah yang mampu menjawabnya.
Pada saya, perbuatan itu tidak kurang daripada memperalatkan Al Qur'an. Saya katakan demikian kerana Allah turunkan Al Qur'an kepada umat manusia bukan untuk dijadikan perhiasan atas meja, disimpan dalam almari atau diletak atas rak buku.
Penghulu para nabi dan rasul, Muhammad s.a.w. telah bersabda yang maksunya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan yang mengajarkannya".
Al Qur'an mengandungi ilmu yang tidak terkira banyaknya untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan. Tida guna kita meletak Al Qur'an atas meja mahupun dalam almari atau kabinet tetapi kita tidak membacanya. Itu bukan tujuan kitab suci itu diturunkan kepada kita umat manusia.
Jika dilihat foto TS Rafidah dan penolong setiausaha Wanita UMNO Datuk Faridah Abu Hassan yang duduk berdepan senaskhah Al Qur'an di atas meja, kita juga tertanya-tanya sama ada adab yang sepatutnya diikuti. Kaum wanita terutamanya perlu benar-benar suci dari segi hukum sebelum boleh memegang Al Qur'an, mereka juga perlu menutup aurat termasuk bertudung dengan sempurna mengikut hukum. Daripada foto di atas, saya khuatir ia dipatuhi.
Kepada ketua Wanita UMNO yang baru dipilih, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, saya dengan penuh insaf dan rendah diri ingin menasihatnya agar tidak meletakkan Al Qur'an seperti yang dilakukan oleh TS Rafidah.
Al Qur'an tidak boleh dijadikan alat atau diperalatkan untuk tujuan-tujuan tertentu.
Al Qur'an adalah "Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mu'jizat yang diwahyukan (diturunkan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan yang ditulis di musyaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah".
HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
Oleh itu, adalah disarankan agar Wanita UMNO pimpinan DS Shahrizat tidak akan melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan. Jangan jadikan Al Qur'an sebagai "perhiasan meja" semasa mesyuarat kerana itu bukan tujuannya. Alangkah baiknya jika Wanita UMNO mengadakan majlis tadarus sekurang-kurangnya sekali seminggu daripada hanya meletakkan Al Qur'an di atas meja tetapi tidak membacanya.
HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
12 comments:
jika mereka menutup aurat lebih baik. mematuhi perintah qur'an lebih baik dari sentiasa bawa qur'an ke hulu ke hilir tanpa pemahaman.
agar tidak seperti kutukan Allah pada kaum Yahudi dalam surah Jumu'ah (5)... "seperti kaldai yang memikul kitab.."
tudung pun x pakai nk perjuangkan islam konon..
itu la pemimpin2 UMNO..
bg wanita UMNO yng Islam..
pakaila tudung n yang pakai tudung tp nmpak rambut tu betulkan la..
rambut tu aurat
Apa yg penting ketuanan melayu beb!. Hidup Melayu!!
To Anon 6.33pm especially..
The problem is muslim or wanita muslim, aurat become the measurement of a person whether they are good or not.. Typical judgemental malay.. Wether the person is berdosa or not, it is not our job to judge. It is kuasa Allah. Dont try to take over Allah's kuasa. Cermin diri and try to improve ourselves to be a better muslim and sibuk nak turunkan dosa keatas org tak pakai tudung. I have seen those who pakai tudung perangai lebih selfish as they always try to serve Allah only that they forget human relationship. DO NOT judge other, it is between them and Allah.. Nabi saw pun tak pernah berkelakuan spt kita semua.. remember try not to be I am hollier than thou attitude.... so so typical!!
Anti judgemental mind
Utk anti judgement day
Soal aurat adalah ketetapan yang jelas hukumnya (qat'i). Dalam Al Quran jelaskan dedahkan aurat adalah berdosa.Bukan hak kita membuat penghakiman tersebut. Kita sebagai insan yang mengaku muslimin dan muslimat kena faham dan memberikan peringatan semasa kita kerana setiap antara kita ada tanggungjawab sesama kita. Wajib diberikan peringatan, teguran dan nasihat. Kalau kita tengok saja dan bersikap tak apa, Allah jelaskan bahawa kita akan dipersoalkan nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab sesama ummah.
Oleh itu bezakan antara penghakiman Allah dan penghakiman yang dibuat oleh manusia.
Orang yang membuat amalan baik belum tentu masuk syurga tetapi kalau buat perkara mungkar dah tentu tak masuk syurga.
Oleh itu kalau tak faham belajarlah dan jangan jadi bodoh sombong. Kalau kita pertikaikan atau benci arahan itu kerana beranggap sikap manusia yang suka menjatuhkan hukuman ke atas orang lain, sebenarnya kita secara tidak langsung mempertikaikan hak Allah kerana ia datang dariNYA dan manusia hanya menyampaikan saja kepada sesama manusia.
Pak Tuan,
Rafidah tgh 'period', tu yang tak boleh pegang Quran tu..hahaha
Anon 8:17 PM,
memang betul kita bukan hakim, tapi takkan kita tak kata salah orang tak tutup aurat padahal dalam Al-Quran terang terang Allah suruh kita tutup aurat.
Kan dalam hadith nabi pun ada kata pasal benda ni.
Masih tak sempurna kalau perangai baik kalau tak pakai tudung. In fact, masih tak baik la pasal dia tak nak ikut perintah Allah.
Kalau benar bagai apa yang saudara kata, berbogel je la, kita bukan ada hak pun nak kata orang berbogel ni berdosa ke tidak. Kalau dia perangai baik lagi bagus.....tak gitu??? :)
Salam,
Skuad Peninjau
dear anti judgemental,
tudung/hijjab is wajib to all muslim women who have reached puberty. no two ways about it. no doubt that each person needs to answer for their own sins but it is good practise to always remind each other. i agree that some tudung wearing muslims does not lead a real muslim lifestyle. it is used just as a fashion accessory to deceive others. as you mentioned, ALLAH knows best and we should leave the judgement to ALLAH. however, any muslim women who do not wear the tudung openly in public, especially if they are of high level government position, always in the public eye, it is considered a mockery to their own belief as they do not practise their own religious requirements. i believe kesedaran has to start with us. each individual must do a soul searching for themselves first before we can start to talk about changing others. lead by example. thats was how the prophet Muhammad (p.b.u.h.) spread Islam. not by the sword as claimed by some non-believers. just my thoughts which i would like to share. apologise in advance for any shortcomings. Only ALLAH knows best.
Hamba Allah
Sdr/Sdri Anti Judgemental mind,
I like your approach...!!! Let us not make judgment on others. Instead we should cermin diri!
If we see a thief stealing or a robber robbing, please do not stop or attempt to stop these bad hats. Let god judge them for their actions. It is not for us to say whether they are wrong or not. We must cermin diri sendiri and make sure we try to improve ourselves...
Man... I sure like your approach! The world would be a better place, definitely! There is no need for the police or pegawai pencegah maksiat. These are just a waste of taxpayers money!
Sekian.
Fan to Anti judgemental mind
Sdr Anon 1.20 pm.
Dari sudud hujah anda dah layak jadi ustad. Bab aurat boleh tegur tapi jangan mengupat.
Penggunaan istilah 'Hamba Allah' perlu hati-hati. Dalam Quran istilah ini diguna Allah merujuk pada kekasihnya iaitu para nabi, wali,auliak ...
Yang sdr Anon pi guna istilah tu untuk diri sapa yang anugerah? Kita sekadar makhlok dan Allah selalu pakai istilah 'Ya ayuhannas' atau 'ya ayuhallazinaamanu'.
Anti judgemental mind,
Lain kali kalau nampak pasangan Islam yang berzina kat public jangan tegur tau. kita x boleh nak hukum mereka berdosa. Allah saja yang boleh menghukum.....
Salam sejahtera Tuan Syed,
Sudahkah Tuan Syed membaca dua artikel terbaru YM RPK
a)THE REAL UMNO AGENDA
b)IT'S PAYBACK TIME
Saya rasa kedua-dua artikel tersebut memberikan gambaran yang jelas ke manakah arah tuju UMNO/BN.
Saya berharap sangar agar Tuan Syed sudi memberi komen mengenai intipati-intipati yang diutarakan oleh YM RPK.
Saya dapat merasakan yang masa depan negera kita seolah-oleh sedang menuju kehancuran gara-gara sifat tamak haloba seseorang atau pun sekumpualan orang di dalam parti tersebut....
Mudah-mudahan Tuhan akan menunjukkan jalan yang benar kepada umat-umat ciptaNya yang telah tersasar jauh daripada matlamat asal kita diturunkan ke bumi ini.
Sekian dan terima kasih Tuan Syed.
Masyaallah.. Look at you guys, the anti judmental mind just to tell us to stop being petty on certain issue.. and yet you guys make a mountain over a mole. Gosh, macamana nak attract non muslim to see the beauty of Islam if we dont bicker abt this tudung issue.. I dont see Rafidah bogel.. Pls.. zina, rompak jangan tegur, cermin diri.. Oh my, I am speechless.. Myopic mind!!
Sick of petty bickering
Post a Comment