Thursday, April 23, 2009

Isu bahasa dan jalur lebar mengatasi isu blog

Saya menyambut baik penubuhan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan pelantikan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku menterinya. Penggabungan portfolio penerangan dengan komunikasi dan kebudayaan dapat memantapkan lagi pengawalan dan penyeliaan ke atas sektor-sektor seperti penyiaran, penerbitan dan media, komunikasi dan kebudayaan.

Awal-awal lagi Dr Rais memilih untuk 'memberi amaran' kepada penulis-penulis blog atau blogger sedangkan isu-isu lain yang jauh lebih penting seperti kemudahan rangkaian jalur lebar dan penggunaan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) yang betul oleh stesen-stesen radio dan tv, tidak disentuhnya.

Malaysia gah dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) tetapi kita masih jauh ketinggalan dari segi pewujudan prasarana paling penting iaitu rangkaian jalur lebar. Rangkaian ini amat penting bukan sahaja kepada pelabur-pelabur asing tetapi kepada rakyat.

Kita berada pada zaman teknologi maklumat yang memerlukan sokongan prasarana canggih seperti sistem hubungan jalur lebar. Pengguna Internet di Malaysia masih belum mendapat khidmat dan sokongan prasarana yang sewajarnya sedangkan Malaysia melaung-laungkan hasrat untuk menjadi negara maju bermula pada tahun 2020.

Selain isu jalur lebar, Dr Rais juga perlu menangani isu penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh stesen-stesen radio dan tv yang ada kalanya tidak betul dan menjadi bahasa rojak termasuk oleh RTM sendiri.

Selaku stesen milik kerajaan, RTM sepatutnya menjadi stesen yang boleh dicontohi dan diteladani oleh stesen-stesen lain, bukan sebaliknya. RTM tidak boleh mengikut-ikut cara dan kaedah yang diguna pakai oleh stesen-stesen swasta terutama oleh penyampai-penyampai atau juruhebah (mereka digelar DJ) termasuk dari segi pakaian dan penyampaian.

Pada satu ketika dahulu iaitu pada zaman Radio Malaya, kita mendengar juruhebah-juruhebah handalan seperti Abu Bakar Ahmad, Hashim Amir Hamzah, Zulkifli Amin, Siti Hawa Zain dan kemudian (era RTM) kita bangga dengan Ismail Jah, Hashim Embi dan Karim Muhammad.

Tokoh-tokoh penyiaran yang saya sebut itu menggunakan bahasa Melayu yang betul dan memiliki suara yang sedap didengar, iaitu yang disebut orang sebagai halwa telinga.

Malangnya, apabila kita mendengar atau menonton RTM sekarang, kita kadang-kala tertanya-tanya ke mana perginya bahasa Melayu, kenapa RTM sendiri yang nampaknya "membunuh" bahasa Melayu.

Apakah perlu RTM menggunakan tanda pengenalan "Saluran Informasi" sedangkan perkataan maklumat masih terpakai. Selain itu, perkataan yang berkaitan "informasi" digunakan untuk tujuan pengenalan seperti "inforia".

Kenapa RTM menggantikan perkataan maklumat dengan informasi? Perkataan-perkataan lain yang digunakan ialah "berinformasi" untuk bermaklumat, kru (crew), klu (clue), "live" (langsung), "game" (permainan) lokasi (tempat) , "happening" untuk merujuk kepada sesuatu yang semasa bagi golongan muda remaja.

Kita berterima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana tidak mengubah namanya kepada Jabatan Informasi.

Kita tidak mahu RTM mengikuti atau melakukan kesilapan yang dilakukan oleh stesen-stesen swasta kerana RTM, selaku stesen milik kerajaan, mempunyai tanggungjawab dan amanah yang cukup besar.

RTM adalah satu-satunya media elektronik kerajaan dan ia mesti mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan tidak boleh mencampur-aduk dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain selagi perkataan dalam bahasa Melayu ada.

RTM dan semua stesen penyiaran swasta seharusnya akur dan patuh kepada Garis Panduan Penggunaan Bahasa Di Media Elektronik.

Pemansuhan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dapat mempermudahkan aspek seliaan dan kawalan ke atas stesen-stesen swasta oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Agensi atau stesen penyiaran swasta dikawal selia melalui Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) yang memberi tumpuan kepada aspek pelesenan, kandungan maklumat dan rangkain komunikasi dan multimedia.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan bahasa tidak disebut dengan jelas. Apa yang disebut hanyalah kehendak supaya diberikan peratusan tertentu kandungan tempatan termasuk kategori kandungan khas seperti kandungan bahasa tertentu.

Kita harus sedar bahawa dasar bahasa negara telah ditetapkan melalui undang-undang, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Kebangsaan semestinyalah menjadi lambang jati diri atau identiti negara, menjadi wahana pemersatu rakyat, dan wahana komunikasi (perhubungan) umum antara pelbagai kelompok masyarakat.

Atas sifatnya sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu sewajarnya menjadi bahasa pengantar utama dalam media penyiaran. Kandungan dan bahasa adalah alat komunikasi yang penting dalam bidang penyiaran.

Media elektronik bukan sekadar penyebar maklumat, berita, ilmu dan hiburan yang berkesan kepada rakyat tetapi berperanan menyebarkan penggunaan Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu yang betul.

Saya yakin dan percaya, Dr Rais, selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas industri penyiaran dan kumunikasi serta selaku ahli atau pakar bahasa dan kebudayaan Melayu selain pakar undang-undang, akan melakukan sesuatu yang positif ke arah memartabatkan bahasa Melayu melalui sluran media elektronik.


3 comments:

Keylee Daud said...

sokong benar itu..jelaskan dan tegaskan

NJ said...

Salam,

Dalam isu bahasa ini, pernah saya menulis kepada PM apabila beliau mengumumkan blog beliau kini juga berbahasa "Chinese". Saya sekali lagi menulis kepada PM (sebahagian email saya tersebut saya paparkan di bawah) apabila terdapat terdapat pengunjung yang memuatkan komen dalam bahasa ASING.

Terimakasih kerana Saudara memperjuangkan isu ini. Walaupun saya rasa Sdr. tidak asing lagi dengan nama KijangMas, saya ingin mengambil kesempatan ini (dengan izin) untuk menyertakan pautan tulisan Sdr. KijangMas yang ada kaitannya ke arah pembinaan sebuah Bangsa & Negara Malaysia yang sejati (bukan setakat memegang kad pengenalan biru saja, tapi hati masih utuh kepada negara ASING nenek moyang sehinggakan bertutur pun masih berdegil dengan bahasa ASING nenek moyang).

Salam,

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Petikan sebhagian dari email saya kepada PM tempoh hari:-

Y.A.B. Dato Seri,

Lanjutan kepada respon saya kepada 1-Malaysia dalam bahasa Mandarin tempoh hari, saya "paste"kan satu komen dari NG LUM YONG (saya tidak pasti samada beliau ini rakyat Malaysia ataupun rakyat Negara China)

reply
Wednesday, 15 April 2009

《马 来前锋报》今日打出的头条标题“起来吧,马来人!Bangkitlah Melayu 这项头条标题可能会被错误诠释,这将会摧毁各族之间良好关系,因为不同的诠释是会引起各界的混淆及误解。 “《马来前锋报》必须对他们的新闻道德负责而谨慎报导。我对一些人士炒作这课题感到失望及沮丧,因为这将对社会结构带来未知的破坏。马来西亚人必须了解及 尊重我国社会是由多元种族所组成,所以不该为了本身的利益而做出与国家实况有冲突的言论。” 前锋报是在今日打出“起来吧,马来人!”封面标题,并在文中第一句就呼吁马来人团结起来面对其他族群越来越过分的要求的标题(Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan)以延续副首相兼巫统署理主席慕尤丁指责华人不懂得感恩以及国大党不满内阁人事安排的风波。与“一个马来西亚” 背道而驰《马来前锋报》的这个举止也和首相纳吉所倡导的“一个马来西亚” 概念背道而驰,所有人民必须停止做出足以混淆及破坏“一个马来西亚” 概念的动作。 “我们应该给时间首相来贯彻并落实这个概念。首相昨日在参加锡克族瓦萨奇庆典上,也再次提醒说,对国家未来,每个人都有共同的责任,没有任何人会被排除在 发展洪流外。这是首相对于国家宏愿一个非常强烈的呼吁,因而我们必须与首相共同朝这个目标前进,而不是搞破坏。”
by NG LUM YONG

Dato Seri faham apa yang dia tulis?. Nampaknya dia memberi komen terhadap satu berita yang tersiar dalam akhbar Utusan. Saya tidak faham apa yang dia tulis kerana dia menggunakan bahasa ASING. Ada lagi beberapa komen dalam blog Dato Seri yang di tulis dengan bahasa ASING yang sebegini rupa. Inilah contohnya yang menggambarkan luahan hati saya yang amat tidak bersetuju dengan Dato Seri yang seolah-olah membiarkan BAHASA KEBANGSAAN semakin dipinggirkan dengan memberi ruang kepada bahasa ASINGi.

Ada seorang lagi yang memberi komen yang meminta Dato Seri adakan blog Dato Seri dalam bahasa Tamil. Agaknya selepas ini ada pula dari kaum Sikh (Iban, Kadazan, Senoi, Jakun, how about loghat Kelantan juga, Dato Seri?) yang meminta perkara yang serupa.

Dato Seri, selagi MALAYSIA masih lagi belum menjadi SATU BANGSA, SATU NEGARA & SATU BAHASA, komuniti Melayu dan Bumiputera lain adalah lebih berhak daripada daripada "Kaum-kaum Pendatang ini" yang berterusan degil untuk menjadi rakyat Malaysia yang sejati.

Syed Imran said...

Saudara NJ,

amat malang andai kata seorang pemimpin tidak memberi keutamaan kepada Bahasa Kebangsaan negarnya sendiri.

Penulis yang menamakan dirinya Ng Lum Yong, sekiranya dia warganegara Malaysia, dia tidak menghormati Bahasa Kebangsaan tetapi mencabar dan memperkecil-kecilkan Bahasa Kebangsaan.