Friday, April 03, 2009

NAJIB BEBASKAN 13 TAHANAN I.S.A.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak memulakan pentadbirannya dengan mengumumkan pembebasan serta-merta 13 orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Butiran lanjut mengenai siapa yang dibebaskan itu akan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri.

Najib juga mengumumkan penarikan balik larangan penerbitan dua akhbar yang digantung selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri. Walaupun Najib tidak menyebut nama akhbar berkenaan, umum mengetahui bahawa ia adalah Suara Keadilan dan Harakah.

Suara Keadilan adalah akhbar terbitan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) manakala Harakah diterbitkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Najib atas tindakan positif itu.

2 comments:

pendekar bukit said...

Come and see live cam, virtual tour of Bukit Selambau, click below

http://selamba-u.blogspot.com/

Syed Imran said...

Ada pelawat ke blog ini yang memberi ulasan kurang manis mengenai catatan saya bahawa apa yang dibuat oleh DS Najib sebagai positif. Maaf, ulasan sedemikian tidak dapat disiarkan. Suka atau tidak, DS Najib kini adalah Perdana Menteri dan kita perlu mengormati kenyataan itu. Apa yang dilakukannya itu adalah tindakan positif dan pemimpin-pemimpin parti lawan juga mengakui hakikat ini.

Jika benda baik dilakukan, kita seharusnya menghargainya, itulah yang sebaik-baiknya.