Di kalangan orang korporat dan politik, tajuk yang kini menjadi topik perbualan ialah perubahan yang dikatakan bakal berlaku dalam pentadbiran/pengurusan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.
Beberapa nama disebut-sebut akan dilantik untuk menerajui GLC tertentu dan syarikat-syarikat besar milik kerajaan seperti Petronas.
Orang politik pula sedang melobi untuk dilantik sama ada pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC ataupun syarikat-syarikat/perbadanan-perbadanan milik kerajaan seperti MAS, Sime Darby, Telekom Malaysia, Tabung Haji dan MARA.
Setiap kali berlaku perubahan puncuk pimpinan maka akan berlakulah perubahan dalam kepimpinan dan lembaga pengarah perbadanan-perbadanan, badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda dan Finas.
Lazimnya golongan profesional seperti akauntan, ahli undang-undang atau ahli ekonomi dipertimbangkan untuk pengerusi GLC seperti MAS dan Sime Darby manakala tokoh politik untuk yang lain terutama yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan seperti MARA, Risda ataupun Felda.
Lazimnya golongan profesional seperti akauntan, ahli undang-undang atau ahli ekonomi dipertimbangkan untuk pengerusi GLC seperti MAS dan Sime Darby manakala tokoh politik untuk yang lain terutama yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan seperti MARA, Risda ataupun Felda.
Manakala GLIC atau syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Maybank, CIMB, PNB, Khazanah, KWSP dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera tidak akan membabitkan banyak perubahan.
Apa yang diharapkan ialah sebarang perubahan yang bakal dilakukan hendaklah dibuat berlandaskan perkiraan profesional dan kelayakan sewajarnya. Sekiranya pertimbangan politik turut dijadikan ukuran seperti yang menjadi satu kelaziman di negara ini, ia tidak seharusnya dibuat berasaskan habuan atau ganjaran atas sokongan politik.
4 comments:
khazanah rugi lebih dari RM70B..tapi depa kata tak rugi..cuma lost atas kertas..apa punya bodoh..lepas rugi dapat tan sri..hebat..hebat memang hebat..
Salam sejahtera Tuan Syed,
Kalau Tuan Syed perhatikan, sejurus selepas Datuk Seri Najib mengumumkan kabinet baru, TDM mati-mati mahukan projek Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor dimulakan semula.
Dulu semasa Tun Abdullah mempromosikan IDR di Johor, TDM sengaja cari jalan memalukan Tun Abdullah, kononnya kita bukan sahaja menjual tanah tetapi menjual maruah kita kpd Singapura. Tapi sekarang, apabila TDM mahukan Jambatan Bengkok dibina, beliau tak kisah "Menjilat Balik Ludah" beliau, kononnya Jambatan Bengkok boleh membantu memajukan IDR dengan penglibatan pihak Singapura... Manusia jenis apa dia ni... Agaknya ini yang dikatakan, "Kecik-Kecik Tak Mahu Mampus, Dah Besar Menyusahkan Orang".
Tuan Syed, sebagai seorang yang begitu "masak" dengan Tambak Johor (20 tahun ulang alik ke Singapura), saya tahu, tidak ada seorang pun rakyat biasa (BUKAN KRONI MEREKA) yang akan mendapat faedah sekiranya jambatan tersebut dibina.
Untuk pengetahuan Tuan Syed, sekiranya Jambatan Bengkok ini dibina, ianya akan merumitkan lagi kesesakan lalulintas yang sedia ada KERANA:-
a) Tambak Johor yang sedia ada yang lurus pun tidak dapat menyelesaikan kesesakan BAGAIMANA jambatan yang berbengkok dan mendaki bukit akan dapat melancarkan pergerakan semua jenis kenderaan?
b) Tambak Johor yang sedia ada mempunyai lebih daripada 6 lorong pun tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan, bagaimana jambatan bengkok yang mungkim mempunyai maximum 6 lorong (pergi balik) akan dapat berfungsi lebih baik daripada Tambak Johor?
c)Ketinggian Jambatan Bengkok yang begitu terhad dan dibina dengan kecondongan lebih kurang 30 darjah hanya dapat dilepasi oleh kapal-kapal yang kecil sahaja.
d)Untuk merealisasikan Jambatan Bengkok ini, laluan keretapi pun terpaksa dibina semula dengan konsep tidak kekal "boleh dibuka dan ditutup" semasa kapal hendak lalu atau pun semasa keretapi hendak lalu. Saya tidak mendoakan tetapi percayalah, satu hari nanti pasti keretapi kita akan masuk ke laut gara-gara kelalaian mana-mana pekerja yang menjaga pintu di atas laut.
Saya berharap Tuan Syed, sudi memberi pandangan Tuan Syed terhadap desakkan TDM untuk membina Jambatan Bengkok yang terlalu jelas menunjukkan projek tersebut hanya untuk kepentingan beliau dan kroni beliau semata-mata.
Sekian dan terima kasih.
Salam sejahtera untuk saudara,
Benar apa yang dikatakan mengenai masalah kesesakan di Tambak Johor yang lurus itu. Saya pernah menetap di Singapura pada era pentadbiran Lee Kuan Yew dan kemudian Goh Chok Tong. Saya kerap ke JB kerana anak-anak bersekolah di sana dan pada hujung minggu untuk ke pasar tani.
Masalah tidak akan selesai dengan membina jambatan sekiranya prasarana yang dapat melicinkan perjalanan atau aliran lalu-lintas tidak ada.
Dari segi undang-undang antarabangsa berkaitan negeri-negeri bersempadankan laut, kita tidak boleh secara unilateral atau satu pihak melakukan sesuatu tanpa persetujuan pihak yang satu lagi. Oleh itu, persetujuan Singapura adalah perlu sebelum kita boleh merobohkan tambak dan menggantikannya dengan sebuah jambatan, bengkok ataupun lurus.
Tun Mahathir sedar akan hal ini tetapi kita tahu akan perangai dan sikapnya.
Salam,,,
Tuan Syed
Kami tak sabar tunggu Datuk Panglima Bernama ditendang keluar. dan juga kroni2 dia yg selama ini menghancurkan BERNAMA.
Ada pasang niat kalau Panglima tu ditendang... mereka akan botakkan/bercukur kepala tanda syukur pada Allah... bala dah ditendang.
STAFF BERNAMA
Post a Comment