Saya terperanjat membaca laporan Bernama dari Melaka yang mengutip Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim kononnya wujud "usaha" untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.
Ini perkara serius dan tidak boleh dipermain-mainkan oleh sesiapapun. Kenyataan sedemikian adalah berbahaya dan tidak wajar didedahkan kepada khalayak tanpa sebarang bukti. Jika ia satu andaian, ia tidak boleh di dedahkan kerana kesannya amat mendalam.
Menurut Bernama, menteri berkenaan berkata tohmahan media asing adalah satu "grand design" untuk menjatuhkan Najib.
Berasaskan laporan itu, kita boleh mengandaikan bahawa media asing cukup berpengaruh sehingga mampu menjatuhkan seorang perdana menteri di sebuah negara yang merdeka. Tetapi, saya berpendapat tidak. Bukan media asing yang boleh berbuat demikian tetapi musuh-musuh Najib dalam partinya sendiri.
Mungkin ada musuh dalam selimut.
Menurut Bernama, menteri berkenaan berkata tohmahan media asing adalah satu "grand design" untuk menjatuhkan Najib.
Berasaskan laporan itu, kita boleh mengandaikan bahawa media asing cukup berpengaruh sehingga mampu menjatuhkan seorang perdana menteri di sebuah negara yang merdeka. Tetapi, saya berpendapat tidak. Bukan media asing yang boleh berbuat demikian tetapi musuh-musuh Najib dalam partinya sendiri.
Mungkin ada musuh dalam selimut.
8 comments:
Pak Tuan Syed,
Media asing dipergunakan oleh ahli politik bagi memenuhi political milage mereka.
Parti memerentah mahupun pembangkang memperalatkan media asing untuk menonjolkan agenda politik masing-masing.
saya masih ingat Rais juga tidak ketinggalan menggunakan media asing dalam menegakkan perjuangannya semasa beliau bersama Ku Li dalam semagat 46 dahulu, untuk menjatuhkan Dr Mahathir. It take a thief to know a thief.
Stringer kampong
Tuan Syed,
Kalau "Musuh Dalam Selimut" masih tak apa, saya takut "Musuh Dalam Seluar Dalam"...ini yang lagi "danger"
Kalau dah tau, apasal tak saman aje media asing tersebut bagi bersihkan nama.. saja buat heboh..
saudara syed,
saya bersetuju untuk bersetuju dengan pandangan saudara bahawa pendedahan dr rais yatim (bekas boss saudara) mengenai grand design media asing untuk menjatuhkan pm adalah suatu yang tidak boleh dipandang ringan. sekiranya pendedahan tersebut adalah benar, saya begitu yakin dan percaya bahawa pm kita tentu telahpun mendapat laporan dari mio dan special branch serta tidak ketinggalam mkn selaku penyelaras kepada intelligent agencies.
pertama sekali, kemungkinan andaian saudara itu benar bahawa kumpulan yang hendak menjatuhkan pm adalah orang umno sendiri yang menggunakan media asing. subjek ini memerlukan perbincangan yang khusus antara kita (kalau bersetuju). keduanya - parti serpihan umno yang menggunakan media asing untuk mencapai cita-cita peribadi pemimpin tertentu - matlamat menghalalkan cara.
saya rasa kita perlu kembali seketika pada tahun 1993, dengan apa yang yang dipanggil grand design ketika itu. kalau tak silap saya, saudara masih lagi berkhidmat dengan bernama ketika itu. dr mahathir masih lagi seorang pm. cuba imbas kembali grand design yang didedahkan di parlimen oleh salah seorang backbencher ketika itu (dan masih bergelar yb hingga kini).
namun, saya percaya pm yang juga presiden umno akan membetulkan keadaan di dalam umno sendiri di peringkat perhubungan negeri.
Betul. saya pun sungguh hairan apabila membaca article tersebut. Sebagai seorang menteri yang berpengalaman Rais menunjukkan sikap kebudak-budakan apabila cuba membela atau bodek bossnya iaitu Mahathir.
Adakah ianya satu coincedence apabila Tun bercakap sedemikian rupa di dalam blognya..diikuti pulak oleh Rais?
Stringer Kampong - itulah orang politik, dulu kawan kini lawan, musuh boleh bertukar menjadi teman. Tak ketahuan namanya.
Anon 3.52pm - kalau musuh berada dalam seluar dalam, parah!
Din - bukankah kerja orang politik buat heboh... tak kira logik atau tidak.
Green Leaf - UMNO memang handal dengan "Grand Design" untuk menjatuhkan pemimpin termasuk episod "Montoya" di Kedah... saya kenal sangat dengan mantan bos dan seperti saudara, dengan TS Sanusi Junid.
SA. Rayn - saya kira bukan satu kebetulan tetapi satu ikut-ikutan ke arah populariti.
saudara syed,
saya rasa saudara tersilap orang mungkin. saya bukanlah orang yang seperti saudara maksudkan itu. saya tahu lebih kurang orang yang saudara maksudkan itu. apa yang saya tahu dia sekarang bersikap low profile, tidak seperti saudara masih dikenali ramai walaupun telah bersara. walau apapun, kita tunggu grand design yang dikatakan itu.
Green Leaf,
Mungkin tersilap orang, maaf sajalah. Saudara tentu ingat episod Montoya keran ia juga satu 'grand design' dalam UMNO.
Post a Comment