Mukhriz Mahathir menjadi rebutan ramai untuk bergambar.
UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-15 malam tadi. Apa yang amat menarik mengenai majlis samutan itu ialah kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta mantan presiden UMNO dan beberapa orang menteri dan timbalan menteri UMNO.
Selain diadakan di hotel ternama bersebelahan KLCC, majlis itu dihadiri 1,200 tetamu jemputan dan beratus-ratus lagi pegawai dan kakitangan bertugas.
Kehadiran Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri, Timbalan PM TS Muhyiddin Yassin dan isteri serta mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah menunjukkan bukan sahaja sokongan tetapi kepercayaan mereka kepada kepimpinan UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Antara menteri dan timbalan menteri UMNO yang hadir ialah Naib Presiden Hishamuddin Hussein, Ketua Penerangan Ahmad Maslan dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi, antranya, Ahmad Shabery Cheek, Rais Yatim, Raja Nong Chik, Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri UMNO.
Apa yang menarik perhatian saya ialah sambutan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir setiap kali namanya disebut sama ada oleh pengacara majlis, oleh Syed Ali mahupun oleh Najib sendiri.
Tepukan paling banyak dan paling gemuruh diberikan kepada Tun Dr Mahathir oleh para hadirian yang hampir kesemuanya adalah ahli UMNO, sedangkan apabila nama menteri atau timbalan menteri yang disebut tidak pula disambut dengan tepuk tangan. Begitulah hebatnya insan bernama Mahathir bin Mohamad.
Nama besar yang kini bergelar Negarawan itu tidak boleh diketepikan atau dilupakan begitu sahaja kerana pengaruh dan sokongan yang mampu diraihnya cukup hebat dan boleh membuatkan seseorang pemimpin turun takhta.
Kehadiran Tun Mahathir pada majlis yang dihadiri oleh Najib dan Muhyiddin dilihat sebagai tanda sokongan beliau kepada kedua-dua pemimpin UMNO itu dan mereka semestinyalah menghargai dan menghormti sokongan yang amat berharga itu.
Tahniah untuk barisan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras atas kejayaan dan kemajuan yang dicatat selama 15 tahun lalu dan semoga kejayaan dan pencapain yang lebih cemerlang akan disusuli untuk tempoh masa depan, walaupun ramai yang berpendapat ianya mungkin tidak tercapai tanpa penerajunya, Syed Ali Alhabshee.
11 comments:
salam
ye lah Saudara syed,
sayang tuan akan bekas boss tuan
TDM disambut hangat, begitu juga kata mereka yg hadir malam tadi kepada saya.
Sayangnya TAAB ketinggalan.
Adekah nama TAAB memang hedak dilupakan ? atau Melayu Mudah Lupa ?
Yg baik tu jadikanlah pengajaran dan yg tak baik tu jadikan sempadan sejarah yg tidak boleh diulang lagi.
ALLAH KNOWS BEST.
Nani Cheras
TBO,
Sayang anak tangan-tangankan...
saya sengaja sentuh perkara itu kerana soal-soal lain dah pun dilapor oleh media lain.
Saya sekadar mengingatkan bahawa pengaruhnya masih kuat.
Nani Cheras,
Bukan saja TAAB (Pak Lah) tidak ada pada majlis itu tetapi menantunya, KJ, pun tidak ada.
Ada beberapa kemungkinan tetapi seperti kata anda Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Kita bebas untuk membuat andaian berkaitan ketiadan TAAB dan terutama KJ, kerana ketua Wanita dan ketua Putri hadir.
Tuan Syed,
Bahtera yang bernama Malaysia ini mungkin telah berlayar dengan Aman Dan Damai dalam erti kata yang sebenarnya sekiranya TDM tidak pernah wujud dan mengemudi bahtera tersebut.
TDM lah bapa kepada segala masalah yang wujud di sepanjang pelayaran bahtera tersebut...
Walau apapun, yang jelas TDM masih disanjungi. Itu yang saya cuba tegaskan dan itulah juga kenyataan.
Tuan Syed,
Jasanya dikenang. Dia berbudi kita berbahasa. Hidup TDM. Yang tak disebut faham-fahamlah.
Tuan Syed, Bila nak cerita Mahathir dapat sambutan hangat pada mana mana majlis...tolong perlahankan sikit suara, kesian pada depa depa yang tiba tiba pedih ulu ati..senak perut. rasa loya..jantung berdegup..
TUAN SYED,
JASA TUN MAHATHIR AMAT BESAR SEKALI. BAGI MEREKA YANG CELIK MATA DAN CELIK MINDA AKAN NAMPAK. TAPI KEPADA MEREKA YANG CELIK MATA TETAPI BUTA HATI, TAK AKAN NAMPAK APA-APA YANG DIBUAT OLEH TUN. YANG MEREKA NAMPAK DAN HENDAK PERBESARKAN HANYALAH SATU DUA TITIK HITAM DI KERTAS PUTIH YANG BESAR. MEREKA TIDAK PERNAH MENCERITA BAHAWA TUN TELAH MEMBINA KOLAM EMAS. CUBA BAYANGKAN DI MANAKAH KEDUDUKAN MALAYSIA JIKA TIDAK KERANA TUN. DAN APAKAH KITA MAMPU SAMPAI KE TAHAP SEKARANG INI JIKA BUKAN KERANA TUN? HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.
Benar kata Wak Sapu, hanya jauhari yang kenal manikam.
Kluangman & Siakap seiring sekata,
Hidup aman tanpa sengketa,
Benda yang baik menjadi fakta
Itulah dia amalan kita.
Syabas UMNO Cheras, agak rasa kecewa gak apabila Pak Lah tiada bersama2 dalam majlis gilang gemilang tersebut. Boleh jadi Pak Lah tiada kerana bercuti di Italy kot. Ada sapa2 boleh sahkan.
Menambah petikan Nani Cheras,
Atau UMNO Cheras Mudah Lupa?
Post a Comment