Thursday, April 09, 2009

Kabinet Najib pikul tugas berat dan mencabar

Barisan Jemaah Menteri terdiri daripada 28 anggota pimpinan Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak memikul tugas yang amat berat dan cukup mencabar kerana menghadapi masalah besar yang membabitkan kehidupan seharian rakyat.

Najib dan Kabinetnya berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang dikatakan antara yang paling teruk. Seluruh dunia terjejas dengan masalah itu termasuk gergasi ekonomi dunia Amerika Syarikat.

Negara-negara maju di Eropah menghadapi tekanan ekonomi yang mengakibatkan jumlah penganguran berlipat ganda dan syarikat-syarikat besar termasuk institusi kewangan menanggung kerugian luar biasa.

Malaysia tidak terlepas menerima bahangnya dan setakat ini beribu-ribu pekerja hilang mata pencarian, banyak syarikat yang terpaksa menggulung tikar dan harga makanan terus melambung.

Semua masalah itu diwarisi oleh Kabinet Najib. Rakyat menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Kabinet untuk sekurang-kurangnya meringankan beban hidup yang mereka hadapi terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Nasib mereka yang berada di bawah paras kemiskinan tidak seharusnya diketepikan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu dalam apa saja bentuk yang perlu sejajar dengan laungan "kerajaan prihatin" yang turut menjadi slogan pentadbiran sekarang.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi yang masih tidak menentu sekarang, semua pihak mesti bersikap rasional dan ketepikan perkara-perkara remeh-temeh, isu berbau perkauman dan yang menyentuh fahaman agama kerana semuanya itu tidak dapat membantu dalam menghadapi masalah besar yang kita hadapi.

Kita seharusnya memberi peluang kepada pentadbiran Najib untuk menjalankan tugas dan amanah yang begitu besar dan mencabar itu dengan tidak membangkitkan perkara atau sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketenteraman awam.

Permintaan ini bukanlah sukar untuk dipenuhi jika kita mementingkan negara daripada perkara-perkara lain.

Antara mereka yang dilantik adalah:

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mengawasi portfolio Perpaduan dan Pengurusan Prestasi; 2. Datuk Seri Nazri Aziz - Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen; 3. Tan Sri Nor Mohamad Yakcop - Perancangan Ekonomi dan 4. Mej. Jen. Jamil Khir Baharom (mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera) mengawasi Hal Ehwal Agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II: Ahmad Husni Hanadzlah (sebelum ini Timbalan Menteri)

Menteri Pengangkutan: Ong Tee Kiat

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Bernard Dompok

Menteri Dalam Negeri: Hishammudin Hussein

Menteri Penerangan, Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi: Dr Rais Yatim

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Peter Chin

Menteri Luar Bandar dan Wilayah: Shafie Apdal

Menteri Pengajian Tinggi: Khaled Nordin

Menteri Perdagangan Antarabangda & Industri: Mustapa Mohamad

Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif: Maximus Ongkili

Menteri Sumber Asli: Douglas Unggah

Menteri Pelanongan: Ng Yen Yen

Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani: Noh Omar

Menteri Pertahanan: Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Kerjaraya: Shaziman Mansor

Menteri Kesihatan: Liow Tiong Lai

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia: Dr S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Ismail Sabri

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Kong Cho Ha

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga: Shahrizat Abdul Jalil

Menteri Luar Negeri: Anifah Aman (MP dari Sabah)

Menteri Wilayah Persekutuan: Raja Non Chikj Raja Zainal Abidin (muka baru dari WP KL)


Shahrizat, Tsu Koon, Jamil Khir dan Raja Nong Chik terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara (Senator) untuk membolehkan mereka menganggotai Jemaah Menteri.


10 comments:

Sham Seputeh said...

Pemuda UMNO merasakan tidak adil nama Ketua Pemuda kami tiada dalam senarai.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi????

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Kesian pula dengan Azlina, Syed Hamid, Zulhasnan, Muhd Taib dan Zain Badak, digugurkan dalam senarai kabinet DS Najib.

Inilah nasib orang politik, naik turun, keluar masuk dan dipuji dan dikeji adalah lumbrah.

Yang digugurkan itu, kata orang kena tulah TDM. Mereka ini dan Mak Cik Rafidah dulu ia-ia sangat marah TDM, kini terimalah nasib.

Budak hitam, menang Ketua Pemuda UMNO, atas tiket "politik wang" tak tersenarai juga. Tuhan dah balas tu.

pada yang terpilih diucapkan Tahniah, yang tersisih, jangan kecewa, rapatkan barisan agar UMNO, kekal kukuh dan relevan untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13, empat tahun akan datang.

Ahli UMNO 1969

Anonymous said...

Pak tuan,

Ooopss mana KJ.

Anonymous said...

Ya Sheikh,
Apa ni, orang yang kalah diberi jawatan, yang menang habuk pun tarak!

Kalau yang menang tu ada buat kesalahan, batalkan dulu kemenangannya atau hadapkannya ke muka pengadilan, kemudian barulah orang tengok pun cantik sikit.

Apa gunannya bertanding kalau yang kalah dapat hadiah, yang menang kena tendang.

Member lama

ntah la said...

Salam,

KJ out?? MM in??? hmmmmm...

apsal saya tak leh nak stop bersyakwasangka yg TDM behind all this???

Pemuda UMNO patut rasa terhina ngan tindakan kepala mereka tu...

Anonymous said...

Kabinet Najib pikul tugas berat dan mencabar......correct correct correct......Selamat Maju Jaya....

Unknown said...

Sham Seputeh
Kementerian tu dah dibubarkan.

Ahli UMNO 1969,
Ada hikmah.

Member Lama,
Sayapun terfikir, kenapa pilih calon bertanding dlm pilihan raya jika calon itu tidak layak anggotai Kabinet. Kenapa kena lantik orang lain jadi menteri melalui pintu Dewan Negara? Kita boleh andaikan yang ahli Dewan Rakyat UMNO kurang layak dilantik sebagai menteri.

ntah la,
entahlah...sama saja.

Oops... KJ boleh ditakrifkan sebagai Ketandusan Jodoh.

Anonymous said...

Kalau tak nak lantik KJ jangan lantik MM jadi orang tak kata bapak dia jadi tok dalang.

Hmm..lepas Tingkat 4 ada pulak Tok Moyang tukang nasihat.

Alamat nak lingkup!!!

kadri

Anonymous said...

KJ tak masuk saf
Bagus bagus

luah fikiran said...

Ucapan tahniah kepada mereka yang dilantik. Dalam keadaan apa yang ada, Najib telah melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada kabinet Pak Lah yang terdahulu. Bagimanapun mesti ada yang tak puas hati. Tak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak. Beri ruang dan peluang untuk mereka ini melaksanakan tugas-tugas mereka. Kemudian kita adili dan kita terjemahkan dalam masa pilihanraya umum nanti. Apapun, kita mesti sedar negara kini berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Isu ekonomi, isu perpaduan, isu sosial, isu persepsi dan pelbagai lagi. Posting-posting saya terdahulu ada menyentuh tentang perkara ini. Silalah layari!