Tuesday, April 07, 2009

Fairus nak tinggal PKR?

Nampaknya kemelut politik dalaman yang dihadapi oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak habis-habis dan kali ini gelombang keretakan menghempas pantai Pulau Pinang.

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Mohamad Fairus Khairuddin yang juga ADUN Penanti, dikatakan akan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas.

Dalam pada itu, PKR Pulau Pinang dilaporkan akan menyerah "surat letak jawatan sebagai ADUN" oleh Fairus kepada Speaker DUN. Surat tanpa tarikh itu disedia dan ditandatangani lebih awal sama seperti yang dilakukan di Perak. Jika berpandukan pengalaman Perak, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah tentu akan menolak surat perletakan jawatan" sedemikian rupa.


(Fairus akan isytihar diri sebagai ADUN Bebas?)


Menurut kawan-kawan di Pulau Pinang, ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim sudah "sedia" untuk dilantik menggantikan Fairus sebagai TKM 1. Harap-harap dia tidak akan kempunan sekali lagi.

Seorang lagi calon dari PKR ialah ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee.

(Abdul Malik antara dua nama yang disebut untuk menggantikan Fairus sebagai TKM 1)

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), meletak jawatan TKM 1 pada 22 Mac lalu dan berkuatkuasa 8 April ini.


4 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Lagi-lagi adun Bebas... baik dari mula declare ja jadi bebas kan.. dah ada masalah terus jadi bebas.. ish2... :)

Kalau bebas dia akan sokong or berpihak kepada siapa????

Nampaknya perkara sama berulang lagi sama seperti di Perak...

Unknown said...

Fazrulls,

Inilah budaya orang politik masa kini. Jika mereka ada prinsip, letak jawatan lebih terhormat daripada mengekalkan kerusi sebagai ahli bebas. Malangnya, tindakan letak jawatan belum menjadi budaya orang politik Malaysia. Hanya Shahrir A Samad berpegang kepada prinsip berkenaan.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Memang benar tu, maruah bangsa masih lagi dipermainkan dan terletak ditahap yang paling bawah... tak malu kah mereka, setelah dipilih oleh rakyat ini jadinya....

Apa pun minta kebenaran untuk copy artikal tuan ke blog saya, sebab saya berasal dari Penang dan dekat permatang pauh....dan isu politik yang berkaitan dengan Pulau Pinang memang ingin saya ketahui...

Salam mesra,

Anonymous said...

Fairus akan didakwa oleh SPRM atas pertuduhan rasuah. Dari maklumat yang saya perolehi ada kes prima facie terhadapnya. Beliau diberitakan sudahpun menulis surat perletakan ADUN. Samada sukarela atau dipaksa tidak pasti, yang pastinya pengumuman akan dibuat dalam waktu yang terdekat.

Calon yang akan diletakkan oleh PKR bagi menggantikan Fairus sudahpun ada. Dr Mansur Othman, calon yang bertanding dan kalah di DUN Pulau Betong dalam PRU12. PKR yakin menang di Penanti. Dr Mansur akan juga memgang jawatan TKM apabila menang nanti, mengikut perkiraan PKR.