Saya tidak setuju dengan muslihat atau taktik segelintir orang keluar daripada satu parti dan masuk parti lain semata-mata untuk meraih sokongan pada pilihan raya kecil mahupun besar.
Muslihat ini selalunya dimainkan oleh UMNO apabila mendakwa kononnya orang atau penyokong PAS keluar parti untuk menyokong UMNO. Ia berlaku pada peringkat awal di Bukit Gantang yang dihadiri Mamak MB Dr Z tetapi sehingga kini orang UMNO dah sedar dan tidak lagi menggunakan muslihat itu.
Nampaknya, apa yang diketepikan oleh UMNO diambil pula oleh Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Bukit Selambau. Saya tidak tahu sama ada PKR dan "ketua sebenarnya" DS Anwar Ibrahim begitu terdesak?
Pengumuman pembubabaran Parti Progresif Rakyat (PPP) Kedah yang diketuai oleh naib presiden kebangsaan PPP untuk keluar menyokong PKR, pada pendapat saya, satu muslihat yang lapuk yang sudahpun ditolak oleh rakyat.
Adakah muslihat itu satu strategi untuk menangkis "pembubaran bahagian PKR Jerai" kerana tidak menyokong calon PKR pilihan Anwar? Jika ya, maka ia adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Sokongan rakyat yang layak mengundi bukan terletak pada pembubaran mana-mana bahagian parti politik mahupun perbuatan lompat parti. Mereka yang melompat parti mahupun membubar parti selalunya bukan pengundi di satu-satu kawasan berkenaan. Kesannya amat kecil untuk mengubah atau mengalih sokongan rakyat kepada mana-mana parti.
Bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau, susah nak diramalkan kerana sudah menjadi caca-marba dan huru-hara.
4 comments:
Assalamualaikum Pak Syed,
Saya pun tak sangka gak Anwar nak buat lagu tuh. Jgn la import2 budaya puak2 BN ni ke dalam PR. Kalau ye pun betul kabar2 ni, awat buat tang pilihanraya?
Anwar ni kaki putaq jgak rupanya Pak Syed. Ada jugak la dia belajaq skit sebanyak dari parti asal dia, UMNO.
Janji nak buat pengumuman besaq malam tu, alih alih tak dak papa. Kata anwaq, terlalu bahaya nak habaq la ni. So, awat bukak mulut kecoh satu kampung??? Naek cemuih saya.
Bukit Selambau, dari tinjauan saya, boleh la saya kata, advantage kat PKR. Awat? Pasal orang india nak sorang Exco kat kerajaan Kedah. So, calon PKR la pilihan diorang. Semalam ceramah Anwar pun, penuh orang india kat sana. Calon BN diorang kata calon recycle.
Saya ingat orang cina bukit gantang kata kat saya, "Lagi baguih sokong olang takut tuhan, dari sokong olang takut luit."
Saya insaf terus dengar apa yg dia cakap.
Saya nak tunggu apa che det kita boleh buat kat Bukit Gantang. Saya tak minat sangat cara Tun ni, kutuk sakan macam dia tak da salah. Kalau Bukit Gantang kalah gak, Tun duduk rumah diam diam. Umur dah 80an.
Ok Pak Tuan, Semoga Dirahmati Allah.
Skuad Peninjau
Saudara kuda ranggi.
Senario politik malaysia kini berwarna-warni menunjukan rakyat sudah celik,matang berpolitik.
Dari segi positifnya sangat baik untuk rakyat malaysia yang berbilang kaum.
Apa2 lompat pun...Lompat katak,kanggaro,kuda kah jika islam sebagai agama rasmi diamalan sepenuhnya oleh pemerintah.Barulah barakah negeri dan negera.
Kita melawan graviti islam inilah natijahnya.
Yahudi senyum tengok kita.
Tuan Syed,
Si Anwar kan produk Umno.
Sejak dia war2 kan mas exodus BN MPs dulu pun saya dah tak percaya kat dia.
That said, he is the glue (for now) seemingly holding the PR together, so perhaps they have to (to borrow a BN's phrase) close one eye to all this imported tactics.
Politics...
Raison D'etre;
Saya rasa kamu tengok apa yang kamu nak tengok. Yea, Anwar ada lah produk UMNO.
Anwar juga ada lah produk ABIM.
Anwar juga adalah produk MCKK
Jangan lupe, Anwar juga adalah produk mainan En Ibrahim dan Isteri nye.
Oh, yea, Anwar juga dalah produk Pulau Pinang.
Anwar bukan produk dari satu tempat. Anwar juga adalah hasil produk Universiti Malaya, General degree Kesusasteraan Melayu.
MRSM Kalae Chepo 66/73.
Post a Comment