Saturday, April 18, 2009

BN tak akan bertanding di Penanti?

Saya setuju dengan kenyataan PM Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (UMNO) mungkin tidak akan bertanding sekiranya pilihan raya kecil diadakan di DUN Penanti, Pulau Pinang.

Kenyataan DS Najib adalah sesuatu yang realistik.

Pertandingan hanya akan membuang masa dan membazir wang rakyat.

Andai kata ada pertandingan dan sekiranya BN bertanding dan menang, ia tidak akan mengubah kedudukan BN dalam Dewan Undangan Negeri dan jika BN kalah, sesuatu yang boleh diktakan pasti, BN dan Najib yang akan malu.

Oleh itu, elok sangatlah jika BN tidak bertanding. Tiada siapapun yang rugi. Itulah realitinya.

Tahniah DS Najib kerana mengambil tindakan yang wajar dan betul.

10 comments:

mie said...

tahniah...tumpukan usaha kepada pembangunan ekonomi dan rakyat Malaysia..yeah!!!

Anonymous said...

Salam Syed,
Senario politik di Penang dah banyak berubah terutama di N12 Penanti.Sokongan ke atas BN/UMNO semakin bertambah kukuh tetapi untuk memenangi PRK jika diadakan Mei/Jun ini agak sukar tetapi tidak mustahil.
JIka UMNO tidak bertanding saya kurang setuju kerana PKR dan PR pasti gelak besar dan menggunakannya sebagi satu isu memperkecil-kecil, atau memperbodoh-bodohkan UMNO/BN.
Bagi satu biar kita kalah dlam pertandingan daripada digelar pengecut, bacoi, darai atu pondan.
Jangan UMNO mencipta sejarah dalam politik negara sebagai parti memerentah memberi laluan kepada pembangkang.Ini secara tidak langsung nampaknya bersekongkong dengan musuh.Ini tidak baik dalam politik dan imej UMNO akan tercalar dan susah untuk membersihkannya. Jika UMNO/BN tidak bertanding PKR pasti letak calon bebas untuk mempastikan ada pertandingan dan membolehkan Pak Sheikh itu berkempen, memburuk-burukkan kepimpinan DS Najib. Mengapa harus DS Najib memberikan peluru secara percuma kepada Pak Sheikh untuk menembaknya kembali?

Penanti Boy

Unknown said...

Penanti Boy,

Pendapat saudara sama dengan Samy Vellu tetapi SU Agung MIC sependapat dengan DS Najib. Begitu juga dengan Tsu Koon, presiden Gerakan, dia sokong DS Najib.

Walau bagaimanapun, keputusan belum muktamat.

Al-Yasar said...

Dilema BN barangkali, kalau bertanding kalah, tapi kalau tak bertanding akan dimalukan oleh PKR.

Jadi mana mungkin parti besar seperti UMNO/BN memboikot satu pilihan raya kecil?

Najib boleh menganggap pilihan kecil di Penanti itu sebagai satu "permainan politik". Tapi politik memang begitu, malah penuh dengan muslihat dan tipu daya.

Lagipun, bukankah Najib baru saja "merampas" Perak dari tangan PR dengan "permainan politik" juga?

Anonymous said...

Apa Najib nak buat, itu terpulang kepada kebijaksanaannya.
Pada saya, ada pilihanraya pun boleh, tak ada pun tak apa. Elok juga BN tak bertanding, takut nanti kalah. Sentimen kebencian kepada BN dan UMNO masih kuat, kemungkinan kekalahan BN adalah cerah.
Sri Hartamas

Unknown said...

Sangkakala dan Sri Hartamas,

Benar.

Najib sedar jika menangpun BN tak mampu ambil alih pentadbiran negeri.

Saya dapat tahu ada suara dalam UMNO yang tidak setuju dengan pendirian Najib termasuk UMNO Pulau Pinang. Bagi mereka, ini soal maruah.

UMNO akan buat kepuusan pada 24 April ini.

PARPUKARI said...

Please read here on what happened in Perak! Sila baca di sini mengenai situasi di Perak!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/perak-truth.html

HeroHuruHara said...

BN bertanding: kurangkan bajet perbelanjaan dan tumpukan aspek kerohanian dalam berkempen dan di sini kayu ukur sokongan akar umbi dapat dinilai samada WANG sebagai nadi BN atau KEIKHLASAN dalam perjuangan sebagai nadi BN.

BN tidak bertanding: ada baiknya kerana tahun 2009 adalah tahun yang memerlukan daya pemikiran dan usaha memulihkan sistem ekonomi dan bukan lagi meluangkan waktu melayan PRK. Sudah cukup PRK satu demi satu dalam tempoh satu tahun ini.

Sebagai rakyat yang bersifat nasionalis, saya menyeru agar penyokong mana-mana parti lebihkan masa di rumah dan menguruskan rumah tangga anda. Kesibukan kita di luar dan dengan aktiviti kempen yang kadang kala memudaratkan rumah tangga kita sendiri. Fahamilah institusi kekeluargaan adalah SISTEM POLITIK utama yang perlu kita pelihara dan andai anda berjaya sila lah berkerja untuk mana-mana parti anda pilih kerana anda sudah berjaya dalam SISTEM POLITK RUMAH TANGGA.

Keylee Daud said...

bohong jer tu depa mesti tanding kan nak jadi underdog...dapat ke menang ka dapat telur lagi kekeke

Hamid said...

Cadangan penalti RM50,000 bagi anggota dewan undangan negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah adalah satu cadangan keanak-anakan kerana tidak masuk akal kata Timbalan Angkatan Muda (AMK) KeADILan Faris Musa, berikutan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang mahu penalty itu di kenakan keatas mana-mana Adun atau Ahli Parlimen yang mahu meletak jawatan tanpa sebab manasabah.

Apa pandangan???