Sudahlah. Inilah yang dapat dikatakan apabila saya ditanya mengenai kritikan dan kutukan berterusan ke atas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad oleh mantan PM sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perjuangan Tun Mahathir untuk melihat Pak Lah letak jawatan dah tercapai. Hasrat Tun Mahathir nak lihat Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM akan tercapai. Hendak apa lagi Tun?
Saya pun ingin melihat Pak Lah letak jawatan atas sebab yang tidak sama dengan Tun. Pak Lah dah letak jawatan. Saya hormati tindakannya itu.
Pak Lah, Tun Mahathir dan kita semua adalah manusia biasa. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk melakukan dosa.
Tun Mahathir bukan malaikat. Tun Mahathir pun banyak melakukan kesilapan tetapi kita tidak ingin mendedahkannya satu persatu kerana kita menghormati Tun sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Kita pohon kepada Tun Mahathir supaya hentikanlah kritikan dan kutukan secara terbuka ke atas Pak Lah. Insaflah yang kita adalah insan yang terlalu kerdil untuk menganggap kita saja yang betul dan orang lain semuanya tak betul.
Jika dunia dianggap berharga,
maka negeri balasan Allah lebih tinggi dan mulia.
Setiap orang mampu melenyapkan permusuhan dengan merenungkan apa yang akan diperolehi jika menang. Adakah manfaat yang diperolehi atau kepuasan hawa nafsu berlandaskan perasaan hasad dan dengki?
Permusuhan amat berbahaya kerana ia membangkitkan berbagai keburukan. Adakah ini yang diperjuangkan? Apakah ini yang dikatakan perjuangan yang belum selesai?
Cukuplah. Biarkanlah Pak Lah dan isteri menikmati sisa-sisa hidup dalam suasana aman, damai dan penuh dengan ketenangan. Pak Lah dah buat apa yang didesak dan diminta. Sama-samalah kita hormatinya.
Ulama Hadhramaut Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad ada berpesan: "Secara umum, pada awalnya kebaikan itu berat untuk dilakukan, tetapi akhirnya penuh dengan kenikmatan. Orang yang berbuat baik ibarat seorang pendaki gunung. Ia tidak akan merasa tenang sebelum sampai ke puncaknya. Sedangkan keburukan awalnya manis dan akhirnya kelak pahit. Orang yang melakukan perbuatan buruk adalah ibarat seorang yang jatuh dari puncak gunung atau atap sebuah rumah. Ia baru akan merasa kesakitan setelah mendarat di tanah".
Kepada Pak Lah kita ucapkan "Selamat bersara dan semoga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan dan ketenangan hingga ke akhir hayat".
Kepada Pak Lah kita ucapkan "Selamat bersara dan semoga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan dan ketenangan hingga ke akhir hayat".
2 comments:
Pak Tuan Syed,
Syukur saya kepada illahi atas ingat tuan syed kpd TDM dan sesiapa sahaja yang tidak sekata dengan Pak Lah.
Selamat bersara Pak Lah, Doa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat waafiat.
Kes Pak Lah telah pun tutup, kini kita ramai-ramai buka kes menantunya KJ, agar tindakan dikenakan atas KJ kerana tidak besih dalam Pemilihan UMNO yang baru lepas.
ahli UMNO 1969
elok pak tuan buang gambar Pak Lah sedang tidor dalam blog ni..malu dia nanti.
kojak
Post a Comment