Pengerusi BERNAMA (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) Anuar Zaini yang kononnya "orang kanan dan kepercayaan" mantan PM Tun Abdullah Ahmad, kini berada di persimpangan kerjayanya (jika ia boleh dikatakan kerjaya) .
Sejak dilantik pengerusi BERNAMA oleh Pak Lah (menggantikan seorang lagi insan yang juga orang kepercayaan Pak Lah), banyak perkara yang luar jangka berlaku atau terpaksa dilalui oleh BERNAMA. Ada yang memberi faedah dan ada yang tidak.
Salah satu yang berlaku dibawah kepimpinan Anuar Zaini ialah penubuhan sebuah entiti bukan milik BERNAMA iaitu Bernama-TV (BTV).
BTV sebenarnya menumpang nama besar BERNAMA.
Menurut laporan dua orang rakan penulis blog, Bernama-TV kini menghadapi masalah hutang dan tindakan saman di mahkamah. BTV juga dikatakan menanggung kerugian cukup besar.
Sila lihat blog Ahiruddin Atan (Rocky's Bru @ rockybru.com) dan blog Y.B. Wee Choo Keong
(weechookeong.wordpress.com)BTV dikatakan berhutang atau tidak membayar hutang kepada BERNAMA berjumlah RM10 juta. Kita ingin tahu apa yang akan dilakukan oleh BERNAMa untuk mendapatkan balik hutang itu.
BTV HEBAT BUAT SIARAN LANGSUNG
Apa yang dapat saya katakan ialah "kehebatan luar biasa" BTV mengatasi stesen-stesen tv yang jauh lebih matang dan berjaya dari segi pendapatan. Apa yang tidak dilakukan oleh stesen-stesen tv lain, dilakukan oleh BTV dan saya kira ia turut memberi "sumbangan" kepada kerugian BTV.
Apa yang saya maksudkan ialah siaran-siaran langsung yang dibuat oleh BTV yang tidak dibuat oleh stesen tv lain. Kita tahu bahawa kos mengadakan siaran langsung bukanlah murah tetapi BTV "berani" melakukannya atas arahan orang tertentu yang tidak perlu disebut namanya.
Cuba bayangkan kehebatan BTV mengadakan siaran langsung majlis-majlis ulang tahun keputeraan/kelahiran ketua-ketua negeri seperti Sultan dan Yang Dipertua Negeri (majlis penyampaian bintang dan pingat) dan majlis perkahwinan waris takhta dan sebagainya.
Tidak tahu pula saya sama ada siaran langsung seperti itu bertujuan mengampu atau tidak tetapi saya tidak dapat memikirkan satu alasan yang munasabah dari segi menghasilkan pendapatan untuk BTV. Rugi sudah tentu.
Saya sarankan agar SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) melawat Wisma Bernama.
Dalam pada itu, Anuar Zaini kena dan mesti bertanggungjawab. Jika anda seorang yang bertanggungjawab.
Glamor pun ada harganya.
22 comments:
betul banyak kerugiannya..huhu~..~
pak tuan,
macc should investigate this man. apa kebolehan dia nak pegang semua jawatan?
ex bernama, kg baru
Betul tu. Kami sokong siasat habis-habisan.
Pak Tuan Syed,
Bukan saja Anuar Zaini seorang patut bertanggungjawab atas kerugian BTV tetapi Jatawankuasa Pengurusan BERNAMA patut juga dikaitkan bersama. Ini kerana JPB adalah pak angguk "Yes Man" apa saja Anuar Zaini minta. BERNAMA benarkan wangnya didahulukan untuk kegunaan BTV, BERNAMA benarkan nama BERNAMA digumakan untuk BTV, BERNAMA sokong apa saja BTV anjurkan. Siapa aja bersekongkong dengan Anuar Zaini diberi jawatan kanan atau dinaikkan pangkat dan yang dah bersara pula dipanggil balik bertugas sebagai penasihat.
Telah sampai masanya Anuar Zaini diundurkan dan struktur kepimpnan BERNAMA disemak semula.
Ex BERNAMA
Siasat semua sekali lah senang..
Siasat Bessar sekali .. JGn target BTV jer ..
Bessar pun ada masalah mcm ni juga.
he he he bernama, bernama.... tak abis-abis dirundung masalah... abis yang si AU tu dah pencen tapi tak habis-habis ada kat Bernama apa hal??? Tak boleh hidup ke dia kalau sehari tak ada kat Bernama.... he he he Au,AU
pak syed,
kesian BERNAMA, kesian BTV. salah siapa...kalau bukan salah datuk seri lulusan SPM itu...sdra AU. no matter which way you look, AU's name will crop up....bila mana 13 petugas teknikal yang kerja penuh rajin senang2 aje dipecat....bila mana Bernama TV dengan mudah dijual kepada orang luar....
TERIMA KASIH AU...TERIMA KASIH chairman MPI...TERIMA KASIH penasihat editorial, penasihat BTV...semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada anda dan keluarga anda....semoga rezeki dan wang gaji yang anda kutip saban bulan membawa berkat....
Amin.
PAK SYED,
JANGAN salahkan staff bernama tv. they are a dedicated lot. semasa BTV mula dilancarkan, they tried to do balance reporting - govt news ada, pembangkang pun ada.. kemudian anuar zaini KEPARAT itu bagi warning and memo.....TOE THE LINE....staff semuanya makan gaji.
lagipun, BTV is owned by synergy...company milik datuk suhaimi...seorang ketua umno bahagian di KEDAH....yang sedihnya..dia terlalu percayakan konco-konco yang langsung tak tahu to run a tv station...a MR KEVIN and a MR ALAN ..mat salleh yang pernah ranapkan NTV7, sekarang ditugaskan untuk menjahanamkan BERNAMA tv....on top of that, BTV ada seorang PRODUCTION MANAGER yang tak tahu langsung mengenai tv production...macam mana tu...??? macam mana nak maju kalau ramai pegawai yang makan GAJI BUTA yang bekerja dengan BTV.
Sejak ada BTV saya lebih berminat menontonnya kerana ia lebih menarik dan kreatif berbanding TV3 dan RTM. Banyak kelainannya dan berita-beritanya pula dipersembahkan secara profesional dan tidak disensasikan berbanding TV3/RTM. Kalau berita jam 8 malam saya akan ke BTV dan tidak lagi ke TV3 seperti dulu. Beritanya ada kualiti. Disamping itu, pembaca-pembaca berita BTV kelihatan lebih profesional dan "presentable" jika dibandingkan dengan stesen TV3/RTM.
Saya harap BTV dapat menyelesaikan masalah kewangannya secepat mungkin.
Saya tidak menyalahkan petugas. Jika dibaca tulisan saya dengan teliti, saudara akan faham bahawa apa yang dilakukan oleh BTV adalah atas arahan orang tertentu. Kita mahu mereka yang berkenaan bertanggungjawab. Itu jelas.
Bernama TV ada potensi untuk pergi lebih jauh. Jangan hadkan kepada hanya siaran berita, selitkan program berbentuk doco ataupun majalah, jual airtime kepada kementerian dan syarikat luar.
Mesti siarannya meriah, dah syarikat dapat duit balik hasil airtime yang dijual.
Malang sekali, suara ramai tak mendapat tempat, si Anuar Zaini tolak semuanya... cuma ada satu suara, suara dia sendiri, sampai Board pun kena dengar apa saja dia kata dan apa keputusan dia.
Kununnya, bersyarah gunakan surah Luqman, contoh terbaik bahawa semua benda tak bersifat sempurna tapi dia tu sendiri yang kerap kali mencerminkan yang dia tu sempurna, kata-kata dia wahyu.
Memang si Anuar Zaini ni yang patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Bernama TV. Sampai hutang Piperace yang buat Helo Malaysia pun tak terbayar. Tabur pasir dalam periuk nasik orang!!! Manusia jenis apa ni?
Pak Tuan Syed,
Paling ditakuti ialah jika ada kontrak dengan mana-mana pembekal yang ditandatangani oleh Bernama dimana Bernama mewakili BTV, mungkin atas arahan AU atau DSP AZ pada awal penubuhan BTV.
Jika vendor ambil tindakan saman, Bernama lah yang menanggung akibatnya..BTV boleh lepas tangan.
Siapa nak bertanggungjawab?
-CucuTokPerak-
Pak Syed,
Tumpuan juga harus dihalakan kepada Radio 24. Dengar khabar, ia menghadapi kesukaran....BJ and producers highly paid tapi TAK TAHU BUAT KERJA....yang kesiannya Sdra Openg Onn...nampaknya dia seorang sahaja yang bertungkus lumus untuk mencari duit buat RADIO 24, tapi agak sukar, sebab penyampaian RADIO 24 tak ada kualiti, BJ-BJ dan pengacaranya kaku....majoritinya macam syok sendiri saje.....
Anuar zaini lagi...glemer ke dier ni??
"rumah kata GO..kubur kata ComeCome..!
Dunia ni hanya pinjaman En Anuar Zaini..Akhirat juga yg Kekal..!
Ingatlah..U adalah PUNCA SEGALA di BERNAMA..INGAT tu..!!Ingatlah..U adalah PUNCA SEGALA di BERNAMA..INGAT tu..!!Ingatlah..U adalah PUNCA SEGALA di BERNAMA..INGAT tu..!!Ingatlah..U adalah PUNCA SEGALA di BERNAMA..INGAT tu..!!Ingatlah..U adalah PUNCA SEGALA di BERNAMA..INGAT tu..!!
"Siasat semua sekali lah senang..
Siasat Bessar sekali .. JGn target BTV jer ..
Bessar pun ada masalah mcm ni juga." --
-- MAMPU pun dan menge "check" BESSAR ni..MAMPU kah MAMPU??
Tuan Syed,
Saya harap menteri Baru Dr Rais Yatim dapat memperbetulkan keadaan. Banyak sangat kelemahan bernama sekarang dan yang paling saya nak tengok ialah pembaharuan dari segi penulisan beritanya. Cara penulisan berita bernama yang terlalu banyak "quote" daripada "sources" terutamanya menteri sudah tidak sesuai dengan cara penulisan berita zaman sekarang. Sekarang tulisan berita mesti juga memuatkan analisis.
Rosli dhoby.
Sdr Rosli Dhoby,
Benar tu. Banyak yang perlu diperbetulkan oleh Dr Rais termasuk penggunaan bahasa Melayu yang betul. Ada petugas RTM sendiri yang guna bahasa yang tidak betul termasuk Melayu campur Inggeris.
Saya setuju dengan pandangan saudara mengenai Bernama. Banyak perubahan perlu dibuat termasuk di peringkat tertinggi.
Salam,
Pak Syed
Kerugian memang dijangka, kerana penubuhan BTV tidak dirancang rapi oleh pihak BERnamA sendiri.Ditambah pula diswastakan kepada Datuk Suhaimi Abdullah yang tidak mempunyai pengalaman menguruskan sebuah saluran tv.
Benar seperti kata Pak Syed, BTV terlalu hebat dan kerap membuat siaran langsung majlis keputeraan Raja2 dan TYT di Malaysia ini.
Pak Syed tengoklah siaran langsung Keputeraan DYMM Sultan Perak hari ini, terganggu akibat daripada kerosakan teknikal. mana tak rosak beli barang tak ikut spesifikasi yang betul.
Ada sedikit pembetulan, Datuk Zahid Hamidi sewaktu menjadi timbalan Menteri Penerangan sebenarnya tidak bersetuju dengan saluran berita 24 jam ini.mengikut sumber yang dipercayai... sewaktu Datuk Zahid melawat btv sebelum pilihanraya 8 mac tahun lepas,beliau telah memberi amaran kepada Anuar Zaini saluran bernama tv mestilah mengikut prosedur dan mendapat persetujuan kabinet.Tetapi Anuar Zaini mengabaikan amaran Datuk Zahid.. kerana merasakan dia mempunyai connection yg rapat dengan PM pada waktu itu. Lalu tertubuhlah BTV yang hanya mengambil masa seminggu sahaja mock run. Hasilnya tuan sendiri melihat bagaimana caca marbanya BTV.
Pekerja2 baru yang dibawa masuk dibayar gaji melampaui kepakaran yang mereka miliki. bertambah malang staff lama yang dulu di Perkhidmatan Audio Visual msih ditangga gaji yang sama. dan telah dijanjikan kenaikan gaji dalam masa setahun.
Sekali lagi malang bila cukup setahun bernama synergy meminta penangguhan 6 bulan lagi untuk menawarkan gaji yang dijanjikan.
Bagaimanalah mereka mampu membayar gaji yang baru, sedangkan selama ini BERNAMA yang menanggung gaji pekerja PAV.
Sekiranya menteri Penerangan yang baru tidak berbuat apa2 , bukan sahaja BTV akan hancur . malah BERNAMA sendiri akan lingkup.
Ramai staff BERNAMA merungut dengan BTV yang menjadi beban hutang kepada mereka. Tapi jangan salahkan staff BTV, kerana mereka telah menjalankan tugas se
daya mampu.
Pak Syed,
Sampaikan lah kepada pihak yang berkuasa tentang kebobrokan pengurusan BTV.Ramai staff BTV yang lama dan berpengalaman berhenti kerana merasakan BTV bukan tempat yang baik untuk kerjaya mereka. Ini akibat terlalu banyak campurtangan kuasa Pengerusi yang tidak tahu batas kuasanya.
Saya amat bersetuju sekiranya BERNAMA mengambil alih semula BTV dan distruktur semula.
Ex-Btv
salam... hanya beberapa sahaja warga Radio24 yang dibayar gaji yang agak tinggi... selebihnya dibayar gaji yang rendah dan masih tidak berubah walaupun Radio24 sudah beroperasi hampir dua tahun...
Salam,
Untuk pengetahuan semua BRTV telah berjaya dalam tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh Bernama. Dengan itu, diharap agar segala spekulasi dapat dihentikan.
Saya tertarik dengan komen yang mengatakan staff claim lambat approve. Sepanjang perkhidmatan saya di BRTV, it'll take only 1 week for me to get my claim. Lambat ke tempoh seminggu itu? Better be right!
Adalah sesuatu yang boleh dikatakan biasa bagi mana-mana stesen television yang baru beroperasi mengalami kerugian atau berhutang. Kenapa takde orang yang mempersoal berapa hutang Media Prima ketika mereka mula beroperasi? How bout NTV7, TV9? Kenapa semua orang harus menuding jari kepada BRTV sahaja?
Apalah sangat hutang 10 million BRTV compared to TV3, NTV 7 & TV9 dulu? Mereka hutang billion ok? During their fisrt 7 years. (correct me if im wrong)
But, i am of the same opinion with regards to Anuar Zaini. I have to agree dengan pendapat yang mengatakan dia control semua kerja di sini. Banyak pantang larangnya yang semuanya sangat merepek! Tapi sabar je la..soon dia akan blah! Sabar!
Bab nak investigate pulak, its unfair kalau investigate BRTV je kan? How about BESSAR & Radia 24? Kalau nak siasat sangat, siasat semua sekali. Baru adil!
And this 1 goes to Bernama staff! Can you people please stop buat mulut jahat tentang BRTV. Ada yang suruh staff BRTV cari kerja lain. Ada juga yang bagi statement kononnya BRTV ni menumpang di bangunan milik mereka. Dan macam-macam lagi statement yang sangat menyakitkan hati.
Jika dilihat kembali dalam perjanjian yang telah ditandatangani dahulu, tertulis bahawa perjanjian joint venture. Kalau dah join venture kenapa kena ada sewa pejabat,kena bayar parking extra dari jumlah yang dibayar staff Bernama? Joint venture macam ni ke?
Sekarang, i think its better semua orang tunggu dan lihat. In less than a month semua staff Bernama akan terbeliak biji mata.
Kita tungguuuuuuu....!!!!!
kepada yg suruh kami tunggu,
HOI!!!! daripada tulisan anda saya dapat rasakan yang anda adalah staf synergy dan seorang perempuan.
Sebenarnya, kami(original Btv staf)dah lama menunggu janji manis yang ditaburkan oleh Datuk Suhaimi keparat tu. Antara janji keparat tu adalah kami akan ditawarkan gaji baru selaras dengan kepakaran kami.Ya kami memang pakar. Sekarang pun tak mampu nak bayar malah terpaksa berhutang dengan bernama lagi.
Claim memang lambat. Bulan lepas claim overtime sampai sekarang tak dapat lagi. Saya rasa anda mungkin ada orang "dalam" kat synergy, tu pasal la boleh dapat dalam seminggu je.
Sebenarnya perkataan 'joint venture' memang tak wujud di sini.Jika benar joint venture maka sahamnya adalah 50/50. tapi sekarang synergy memegang saham terbanyak iaitu sebanyak 67% sedangkan bernama yang menyediakan segala kemudahan, kelengkapan dan tenaga pakar hanya 33%.Ini menunjukkan perjanjian berat sebelah.
Mana taknya, perjanjian tu dibuat oleh ds au, dsp az dan d s.Semuanya keparat.Perjanjian yang membuatkan pihak Synergy always in win win situation.
Tapi...TUNGGU!!!!!!!!!!!
Kontrak yang diberikan hanya 3 tahun saja.Selepas itu saya percaya dengan pimpinan bijak oleh tuan pengurus besar bernama Tuan Hasnol, saya rasa beliau tak bodoh macam au dan percaya beliau akan membuat tindakan bijak.
KAU TUNGGU>>>>
synergy ibarat israel yang merampas hak palestine....
Post a Comment