Monday, September 15, 2008

Pak Lah tolak perletakan jawatan Zaid Ibrahim



CETUSAN BERITA: Zaid Ibrahim tetap meletak jawatan kerana berpegang kepada prinsip dan pendiriannya mengenai ISA. Tahniah kita ucapkan kepada Zaid kerana belum pernah berlaku di negara ini dimana seorang menteri melepaskan jawatan kerana tidak setuju dengan penggunaan ISA yang tidak kena tempat dan tujuan asal undang-undang itu.



Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad telah menolak tawaran perletakan jawatan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim.


Zaid menyerahkan surat perletakan jawatan kepada PM hari ini berikutan kenyataan terbukanya semalam yang juga konsisten mengenai penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Zaid tidak bersetuju sama sekali tindakan kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri Syed Hamid bin Jaafar Albar menahan Ahli Parlimen dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, pengendali dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan seorang pemberita akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng yang kemudian dibebaskan.


Zaid menegaskan bahawa ada undang-undang lain selain ISA yang sepatutnya digunapakai oleh kerajaan termasuk Akta Hasutan. Katanya ISA sepatutnya dikhususkan untuk kes-kes yang membabitkan ancaman serius terhadap keselamatan negara seperti menangani kegiatan pengganas.


Pak Lah dikatakan telah menasihati Zaid supaya bercuti sehingga selepas Aidil Fitri untuk mententeramkan keadaan dan kembali bertugas kerana khidmatnya masih diperlukan terutama dalam sudut reformasi sektor kehakiman dan perundangan negara.

8 comments:

Anonymous said...

Kita harus menghormati pendirian beliau.. berani demi kebenaran. Hentikan dari menjadi Mr.Yes untuk selama-lamanya. Tahniah Zaid!! Amal makruf nahi mungkar.

Unknown said...

Saya suka orang yang berkepala macam Datuk Zaid ni. Percaya pada diri dan perpendirian teguh serta pegang pada pendapatnya.

apisfires said...

ni paklah tak terkejut ka???

mn said...

Tuan Syed,

1. Membilang hari...atau menghitung hari.

2. Perletakan jawatan oleh Zaid menunjukan bahawa 'Angin Perubahan' sudah mula bergerak.

3. Mungkin 'Angin Kencang' akan melanda UMNO selepas ini.

Anonymous said...

Zaid Ibrahim has earned the respect of the majority of Malaysians. He will be a major determining factor if BN was going to better its performance in the 13th General Election to be held before 2013.

Ahmad A Talib said...

Pak Tuan,

YB Zaid mesti sudah memikirkan habis-habisan sebelum menghantar surat perletakan jawatannya kepada PM. Ini satu keputusan yang dibuat setelah beliau memikirkan sedalam-dalamnya pembabitan beliau dalam pentadbiran negara. Ini juga jelas melambangkan bahawa Kabinet tidak sebulat suara dalam isu ISA. Apapun, kita harus menghormati keputusan YB Zaid. Bagaimana pula dengan kedudukannya sebagai Senator?

PAHIT MANIS

Anonymous said...

Saya menyanjung tinggi akan keberanian Datuk Zaid Ibrahim dalam menegakkan kebenaran. Tak ramai yang akan sanggup melakukan sedemikian kerana dengan melepaskan jawatan mereka bermaksud mereka kehilangan banyak perkara seperti berikut:-

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-KetuaMenteri:

1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:- Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidanganDewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiketpenerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercutikeluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanparesit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/ perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit, satupemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlahduit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian, ataupemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semuaelaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatanbulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakitatau tidak hadir bertugas. Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiapmasa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalahberdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan padapendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. - Az

Azamin Amin Wed | Dec 05, 07 | 10:59:21 am MYT KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Pendedahan menarik berhubung gaji dan'keistimewaan' para menteri di Malaysia

Nasionalis said...

Zaid tolak penolakkan Abdullah.

Asyik orang tak dengar cakap dia saja Abdullah.

Buat apa nak tunggu lagi. Tak malu ke?