Satu lagi pilihan raya kecil pasti diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang mengisytiharkan kemenangan tanpa ditandingi oleh calon Barisan Nasional Tan Sri Joseph Kurup untuk kerusi Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas sebagai batal dan tidak sah.
Joseph Kurup adalah Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
4 comments:
mungkin akan diadakan pilihanraya kecil tapi Joseph akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah.jadi terpaksa menunggu keputusan rayuan nanti.tarikh rajuan didengar adalah pada 17 september nanti.
Salam,
Nampak gayanya, ada harapan harga minyak akan turun lagi la... err.. tapi nanti dulu... harga baru tersebut cuma sah di negeri Sabah shj.... heheheheheheh
Tuan Syed,
1. Kita perlu tahu kenapa Pilihan Raya dikawasan ini perlu diadakan semula.
2. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
a. Pada hari penamaan calon 24.2.08Andipai(Calon PKR) dan seorang lagi calon, Saimeh Usau, terlepas masa menyerahkan borang dan mahu menyerahkannya selepas masa itu tamat.
b. Kedua-duanya mendakwa bahawa perjalanan mereka ke pusat penamaan calon telah dihalang. Akhirnya kedua-dua mereka lewat sampai dipusat penamaan calon.
c. Dalam waktu tempoh bantahan, Kurup membuat bantahan dan ianya diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya. Seterusnya Kurup diistihar menang tanpa bertanding.
NAJIB dah tak larat tentu kena tunggu lagi enam bulan baru diadakan pilihanraya kecil kerana kulim bandar baru comming soon juga akan diadakan termasuk sanglang perlis, tahun ini dan seterus nya tahun boleh dikatakan tahun pilihanraya kecil sampai lah tahun 2010. kenapa terjadi kerana doa rakyat harga minyak naik dan harga barang naik maka semua duit yang dikumpulkan kembali semula kepada rakyat diadakan pilihanraya kecil hehe haha gitu la. malu
Post a Comment