Thursday, September 04, 2008

Tan Sri Abdul Samad Ismail pulang ke Rahmatullah

ALFATIHAH.

Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail pulang ke Rahmatullah di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur petang ini.

Kepada semua ahli keluarga Alllahyarham, terutama Puan Maria A Samad dan Puan Noraina A Samad, saya rakamkan ucapan takziah serta doa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.

Dari Ummu Salamah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila seseorang dari kamu ditimpa musibah, maka hendaklah ia membaca:

(Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kita akan kembali kepada-Nya. Ya Allah kepada-Mu aku mengharap balasan musibahku ini, maka berilah ganjaran pahala kepadaku padanya dan berilah gantinya yang lebih baik kepadaku)."
(Riwayat Abu Daud)

3 comments:

Sukj said...

Tuan Syed,

1. Allahyarham..."Patah Sayap Terbang jua". Kuat semangatnya

2. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

3. Tetapi saya nampak kini UMNO..."Patah Sayap, Patah Kaki dan Patah Tangan". Tunggu masa nak tergolek jer.

Jay Jay said...

YB Syed Imran

Thank you. May Allah bless you.

Ahmad A Talib said...

Pak Tuan,

Saya ada menulis dalam blog saya mengenai inisiatif untuk memberi pengiktirafan kepada arwah Pak Samad atas pembabitannya dalam dunia kewartawanan. Saya harap dapat sokongan dan rangsangan dari Pak Tuan. TQ

PAHIT MANIS