Wednesday, September 17, 2008

Zaid Ibrahim ada prinsip bukan kepentingan

Saya tidak hairan atau kesal apabila ada pemimpin UMNO yang mengkritik tindakan Datuk Zaid Ibrhim meletak jawatan selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertangungjawab ke atas hal ehwal undang-undang. Antara lain, mereka menyifatkan Zaid sebagai mementingkan diri dan membelakangkan parti dan Kerajaan.

Inilah budaya orang UMNO. Letak jawatan pun dikutuk tak letak jawatan lagi dikutuk. Mereka tidak hirau sama ada seseorang itu letak jawatan atas dasar prinsip perjuangan atau berpendirian tegas dan enggan menjadi pak turut semata-mata.

Saya tahu sedikit sebanyak siapa dia Zaid Ibrahim dan saya cukup menghormati pendirian tegasnya meletak jawatan. Zaid bukanlah orang yang mementingkan diri. Zaid bukan orang yang cakap lain di depan bos dan bersikap lain di belakang bos.

Saya tahu pendirian Zaid berhubung penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak berubah sama ada semasa berada di luar Kabinet atau selepas menganggotai Kabinet. Kata orang Zaid konsisten.

Ada orang yang begitu tegas menentang ISA semasa berada di luar Kabinet tetapi mengubah pendirian apabila dilantik menganggotai Kabinet. Zaid bukan orang seperti itu dan ketegasannya dihormati oleh mereka yang menceburi jurusan undang-undang dan yang menentang penggunaan ISA.

Ada pihak yang menuduh Zaid sebagai pentingkan diri sendiri. Saya ingin tahu penting diri sendiri dari sudut apa? Jawatan? Kedudukan? Pangkat? Kekayaan? Tidak sama sekali kerana Zaid memiliki semuanya itu.

Kejayaan Zaid Ibrahim dalam jurusan undang-undang seharusnya menjadi kebanggaan orang Melayu, khususnya orang UMNO kerana Zaid adalah ahli parti itu.

Zaid Ibrahim adalah pengasas dan rakan kongsi kanan Zaid Ibrahim & Co. (ZICO), iaitu firma undang-undang milik Malaysia yang terbesar di negara ini. Zaid adalah seorang yang kaya raya dan seorang dermawan. Dia menggunakan kekayaannya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan fakir miskin. Berapa ramai pemimpin UMNO terutama yang mengutuk Zaid, berbuat demikian?

Zaid Ibrahim menganggotai UMNO bukan untuk mengejar pangkat, kedudukan mahupun jawatan seperti sebilangan besar pemimpin UMNO yang menghambat jawatan selaku pengerusi, ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau badan-badan berkanun atau ahli pihak berkuasa tempatan.

Zaid juga bukan pak turut yang bersikap sedemikian hanya untuk mengekalkan kedudukan dan jawatan yang diberikan oleh kerajaan. Zaid bukan orang yang bak kata orang Inggeris "you scratch my back, I scratch your back".

Tidak ramai pemimpin di Malaysia yan sanggup melepaskan jawatan penting atas dasar pegangan prinsip. Yang saya ingat hanya dua orang menteri yang pernah berbuat demikian - Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Rais Yatim. Ku Li dan Rais meletak jawatan Kabinet setelah kalah dalam pemilihan UMNO semasa Tim A (pasukan yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad) ditentang oleh Tim B yang diketui oleh Ku Li. Mereka berdua letak jawatan dan bukan dipecat oleh Tun Mahathir. Saya masih ingat PM Abdullah Ahmad yang memihak kepada Tim B, walaupun menang jawatan naib presiden, tidak meletak jawatan tetapi dipecat oleh Tun Mahathir.

Ada menteri lain yang meletak jawatan sebelum ini bukan atas dasar prinsip tetapi faktor lain termasuk soal akhlak (moral) atau menghadpi tuduhan rasuah di mahkamah, tidak termasuk Tun Daim Zainuddin dan Abdul Kader Sheikh Fadzir.


Tidak ramai pemimpin yang sama seperti Zaid Ibrahim dan kita seharusnya menghormati pendirian tegasnya. Zaid tidak perlu meletak jawatan selaku ahli Dewan Negara kerana tempoh perkhidmatannya hanyalah untuk tiga tahun (sepenggal) dan kerajaan (Perdana Menteri) boleh memilih untuk tidak menyambung sepenggal lagi.

18 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Prinsip yang ada pada Datuk Zaid Ibrahim adalah prinsip yang patut dimiliki oleh setiap menteri dan pembesar kita. Malangnya demi kepentingan diri sendiri mereka tanpa segan silu mendiamkan diri walau pun mereka menyedari banyak perkara yang tidak betul dalam negara.

Mudah-mudahan pengorbanan Datuk Zaid akan memberi pengajaran yang berguna kepada mereka semua.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Mungkin Zaid ada prinsip tapi tak ada stamina. Nak buat pembaharuan bukan mudah. Nak berjuangn lagi susah. Kalau nak membuat perubahan, mesti sanggup terima kritikan dan halangan, pahit mana sekalipun.

Prinsip satu hal, berkesan lain pulak. Apakah prinsip yang diamalkan oleh Zaid itu sudah cukup untuk membawa pembaharuan atau reformasi? Ini sama dengan lawan bola Pak Tuan. David Beckham mungkin pemain yang hebat. Tapi kalau kena perintah keluar padang? Sudah itu melemahkan pasukan, apatah lagi jika punca dilayang kad merah itu hasil tindakan sendiri.

Johan

Vince said...

Yes, people above the Party and not the other way around.

Zaid Ibrahim have my respect too.

Anonymous said...

Salam,
I really appreciate Datuk Zaid's stand in this issue. But I really think he shouldn't resign. He should have brainwash the cabinet in order to lessen or abolish the ISA.
Just my thought. Rgds.

Yuch! said...

Zaid Ibrahim prinsip?

Pak Habib tak tahu cerita di Bahagian, top up lawan top up duit.

Zico naik tanpa bantuan kah? Dari lawyer untuk kes2 UMNO, dapat PLUS dan NSE.

Namun, byk kompeni Melayu buat kontrak kaya dan tutuip terus tak berkembang. Zaid berkembang.

Pemergian Zaid tidak patut di keji kerana prinsip menentang ISA tapi tidak pula patut dipuji

Perjuangan Zaid untuk Interfaith Commission, untuk merubah perlembagaan negeri, dan lain2 rancangan buta hatinya tidak patut dipuji kerana ia hanya akan meranapkan kepentingan orang Melayu.

Cara Zahid mengurus perundangan pun tidak sesuai. Dia akan kekal sebagai Menteri Ex-Gratia yang tidak berasas untuk diberi.

Dia hebat orangnya tapi jiwa kosong. Penagih arak yang tegar dari zaman sekolah. Layak dia pencen dari politik kerana dia tidak sesai sebagai pemimpin masyarakat.

mountdweller said...

Tahniah Datuk Zaid. saya kenal beliau yang kuat memegang prinsip!. Dulu beliau bertanding Ketua Bahagian Kota Bharu melawan Dato' Ahmad Ratom. Beliau kata dia bertanding untuk siapkan bangunan UMNO Kota Bharu. Beliau menang dan kotakan janjinya.

Sifat dermawan memang di jiwanya. Banyak yang dibuatnya, semua orang Kota Bharu tahu, tidak perlu diceritakan.

Setelah beliau menang Ketua Bahagian, dia panggil saya minta saya uruskan pejabat Persatuan Pengguna Kelantan di mana beliaulah Presidennya. Beliau minta saya jengok pejabat walau pun satu jam sehari kerana beliau pun tahu saya juga tidak ada masa sebab saya berkhidmat dengan kerajaan.

Saya tolak sebab saya tidak yakin dapat tunaikan amanahnya. Bayangkan beliau peruntukkan RM5,000 sebulan untuk saya jengok pejabat satu jam sehari di samping kos pengurusan!

Itulah sifat Zaid yang saya kenal. Bagi saya beliau dah tidak perlukan apa-apa lagi. Semuanya beliau ada.

Anonymous said...

Perletakan jawatan Zaid Ibrahim adalah saya kerugian besar kepada Barisan Nasional. Beliau mampu membawa perubahan kepada kerajaan seperti yang diminta oleh rakyat jelata. Tanpa beliau, sikap kebanyakan pemimpin BN dan setengah-tengah golongan masyarakat seperti Yuch akan terus terkongkong.Golongan ini masih tidak celik untuk membuat perubahan mengikut perkenmbangan semasa. Tun Dr. M keluar dari UMNO bukan tanpa sebab.Beliau ingin UMNO membuat perubahan. Alangkah sedihnya beliau apabila pemimpin UMNO masih tidak faham erti hati beliau.
Saya berdoa agar Zaid Ibrahim tidak menyertai PR. Sekiranya beliau membuat demikian, dan seandainya Datuk Sri Anwar Ibrahim gagal merampas kuasa sebelum pilihan raya ke13, kita pasti tetap akan mengucapkan "bye-bye" kepada BN dan ucapkan "welcome" kepada PR pada pilihan raya ke13 negara tercinta kita, yang wajib diadakan sebelum tahun 2013.
"Good luck" to BN sekiranya masih jahil tentang kehendak rakyat.

Mat Zahari Ali said...

assalam ..

zaman sekarang princip dianggap sebagai kolot dan mundur. walhal bagi orang berprinsip, kekolotan itu itu satu pegangan dan kemunduran itu adalah jalan.Lalu orang yang tak berprinsip itu adalah orang yang tidak punya tujuan dan haluan.

haji said...

salam.

wlaupun zaid ni dikatakan oleh musuh2 politiknya peminum tegar, tetapi dia lah pemimpin melayu yang bermaruah dan berpegang kepada prinsip. tak macam menteri lain dalam kabinet mahathir dan dollah. kena tuduh rasuah pun tak nak lagi resign.

melayu mcm nilah menjadi pemimpin umno. dia nak minum itu hal dia dg tuhan. pemimpin lain pun tongganglanggang juga. tunku dulu pun selalu pergi race kat jalan ampang dengan kudanya. so what? kenapa nampak dia minum arak, sedangkan yang berzina dan tangkap khalwat pun ada..tapi ada yg cover!

aku tabik zaid ibrahim 4ever..anak melayu kelantan yang dikagumi.

Anonymous said...

mountdweller,

oh ye ke ..

Anonymous said...

You have made your point. Majority respect your stand and at least you are a man with principle and wish there will be more people like you in Malaysia.

Anonymous said...

Saya sekarang dah makin keliru dgn BN yang sepatutnya buat keje tapi tak buat.Menteri sama menteri dok asyik gaduh.Tak boleh ke diorang gaduh dlm kabinet jer.Ni masuk paper pastu org ni kata mcm ni, org tu kata mcm tu,sudahnya surat khabar asyik penuh dgn cerita pak2 menteri ni je. Masalah negara banyak lagi nak kena selesai.Pada saya, parti kerajaan ke parti pembangkang ke sama aje.Minta maaf Tuan Syed.Cuma lepas geram sebagai warga Malaysia.

keldai stylo said...

Ye lah tu sebab prinsip. esok tup2 dah join PKR. Bagi alasan prinsip.

mountdweller said...

Tuan,

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya.

Bagi saya tidak ada siapa yang bodoh. Kadang akibat dari tindakkan dan perkataan yang tidak difikir dulu menyebabkan manusia nampak bodoh. Bukankah di sisi Allah manusia semuanya sama? Melayu, Cina, India, Arab dan sesiapa saja adalah rakyat malaysia. Kita harus terima hakikat itu.

Cuma kaum pendatang sebelum merdeka adalah dibawah naungan penjajah. Bila penjajah cabut ditinggalkan pusaka untuk kita mengungsi apa yang ada di tanah tumpah darah ini.

Perbezaan manusia adalah menerusia cara perfikir dan bertindak

haji said...

salam mountdweller,

mohon hubungi saya di abangbard@gmail.com kerana saya nak minta no hp YB Datuk Zaid Ibrahim kalau boleh. Ada yang nak saya ucapkan pd beliau. Wass

Hamba_Allah said...

assalamualaikum kepada Blogger sekalian...

saya ingin mengutarakan pendapat saya mengenai datuk zaid...

memang beliau memperjuangkan sistem kehakiman & ISA..
tetapi yang menjadi persoalan saya ialah...

kenapa BELIAU TIDAK BERSUARA MENGENAI MAJLIS PEGUAM (yang Mempersoalkan ISLAM)??
sekiranya beliau adalah orang yang dihormati & juga seorang yang bersikap adil (AMANAH SBG PEGUAM)...

KENAPA BELIAU TIDAK MENYATAKAN PENDAPAT BERKENAAN PERKARA INI (MAJLIS PEGUAM)?

SEPATUTNYA BELIAU KETIKA ITU BOLEH BERSUARA... sekurang2nya BELIAU BOLEH MENCADANGKAN KEPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ITU (NGO & Majlis Peguam) untuk berbincang ber-sama2...

tapi sayangnya BELIAU ketika itu membisu... PELIK??

sebagai PEGUAM beliau perlulah bersikap adil & (LANTANG BERSUARA!)...

dimana dia keadilan & kelantangan yang dia gembar2-gemburkan itu?

Prinsip apakah itu?
(tidak adil & bersuara dalam soal Islam)

PELIK??

Hamba_Allah

www.kulitpisang.com said...

Know the Difference: Transition, not Handover.
For the moment, the UMNO leadership crisis appears to have been averted with the announcement of the cabinet portfolio swap between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and his Deputy Dato’ Seri Najib Tun Razak. As recently as last week, analysts and commentators were anticipating Najib to make a move on the Presidency before the year’s end. And why would they not? After UMNO Vice President Tan Sri Muhyiddin Yassin rekindled the debate about Abdullah’s position, Najib appeared to position himself for an assault on the post when he remarked that the divisions should decide for themselves when the transition should occur – essentially informing that he was more than ready to receive nominations for the post of Party President.

But with the portfolio swap, Najib may not see a need to gun for the Presidency – and by implication Premiership of the country – so soon. Notwithstanding the fact that a transition of power is, as Abdullah quipped, a process and not something carried out overnight, Abdullah must be credited for such a bold move. Skeptics have characterised it as a calculated political decision to neutralise any potential threat from Najib. Political considerations there definitely were, but by paving the way for Najib to take helm of the Ministry of Finance, Abdullah has also demonstrated magnanimity and sincerity to groom his successor for the top job in 2010.

Being Prime Minister with little experience in managing the country’s economy will likely prove a mammoth task for anyone. And as it turns out, Najib is no ordinary figure with an ordinary past. With ample ammunition for the Opposition to take aim at his credibility – the SAS (Sukoi, Altantunya, Submarine) scandals spring to mind as illustrations – a Najib administration could use a head-start in spearheading economic recovery at a time when global financial uncertainty is affecting countries in this region, too.. It is further also to Najib’s convenience that the Budget for the year 2009 has just been announced with much of the implementation left for him to oversee. As such, Najib does not have the baggage of others’ inefficiency to contend with – a prevalent concern whenever an economic plan is carried out.

As things, at least for the time being, cool down with regards to any contest for the Presidency of UMNO, it would be interesting to see Tun Dr.. Mahathir’s next move. Commanding a yet formidable following, his end-game for quite a while now is to unseat Abdullah as Prime Minister. His peculiar friendships with Tengku Razaleigh, Muhyiddin and Najib are telling – those individuals are all nothing more than instruments to his ultimate goal: the downfall of Abdullah.

Ultimately, Abdullah’s supporters will hope that the PM’s move will be repaid with loyalty by Najib. Even to many who may not be Abdullah’s biggest fans are wary of the damage that an open contest will cause the party. Even they would gladly take two more years of Abdullah over the prospect of an internal split that will likely occur should we witness a repeat of the embarrassment suffered by the late Tun Ghafar Baba at the hands of a ruthless Machiavellian by the name of Anwar Ibrahim.

alias said...

Kalau gitu, dia layak menjadi presiden Umno, Kenapa ya? ahli Umno tak mahu pilih dia?