Tuesday, September 30, 2008

Takbir Aidilfitri




Setiap tahun, umat Islam di Kampung Syed, Kelawai, George Town, Pulau Pinang tidak ketinggalan mengadakan acara takbir raya (Aidilfitri) dari rumah ke rumah pada malam raya. Upacara itu bukan sahaja menghidupkan suasana menyambut kedatangan Syawal keesokan harinya, tetapi mempertemukan sanak saudara dan jiran tetangga yang pulang ke kampung terutama dari Lembah Klang dan negeri-negeri lain di Semenanjung untuk bersama kaum keluarga.

Di setiap rumah yang dikunjungi, doa kesyukuran dilafazkan selepas tamat bertakbir. Tuan rumah lazimnya menyediakan jamuan ringan tanda kesyukuran atas kejayaan menyempurnakan ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri.





5 comments:

Bung Karno said...

Minal aidin walfaidzin.

Amalan acara takbir raya dari rumah ke rumah elok diteruskan agar ukhuwah sentiasa terjalin.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, Pak Habib.

Fazrul Shahril said...

Salam Tuan,

Alangkah baik jika semua kariah masjid berbuat sedemikian. Dengan ini dapat mengeratkan ukhwah sesama jira tetangan dan dapat mengenali antara satu sama lain.

Selamat Hari Raya buat semua...

maria a samad (kak ton) said...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

NURAINA A SAMAD said...

salam aidilfitri, Tuan Syed!

Anonymous said...

Salam aidil fitri,
Bila saya keluar dari Penang tahun 1978 (amalan bertdkbir mlm raya tidak pernha saya dengar atau ikuti khususnya di kawasan sebelah Ait Itam)). Selepas beberapa tahun kemudian berada di Selangor dan bergiat rapat dengan masjid tempatan, baru terasa keseronokan merasai amalan tersebut. Tempoh masa untuk kita bertakbir semasa Aidil Fitri terlalu singkat (dari lepas Isyak hingga waktu solat sunat Idul Fitri). Jadi amalan ini membuatkan kita bertakbir sepanjang malam dari rumah ke rumah jiran tetangga bilamana pagi esoknya tak berpeluang untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk hendak beraya di rumah sanak saudara yang berjauhan. Kekadang tamat hingga awal 2-3 pagi.(Selepas beberapa tahun baru dipecah kepada 2/3 kumpulan supaya acara ini boleh selesai seblum 12 mlm. Bila saya balik ke Penang dan mencadangkan acara ini kepada JK masjid di tempat saya, jawapan yang saya terima sungguh mengecewakan. Telah menjadi amalan menghias rumah dan memasak juadah pada mlm raya jadi untuk bertakbir akan menyusahkan kononnya. Jadi saya membuat kesimpulan amalam ini bukan amalan orang Penang. Selepas membaca catatan Pak Syeikh saya rasa bangga dan teruja....teruskan amalam ini dan sebarkan kepada seluruh masyarakat Penang agar sambutan Aidil Fitri lebih bermakna dan diberkati Allah. - pmalam@hotmail.com