Friday, September 26, 2008

Pak Lah terima tamparan hebat dpd MT





Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mengadakan mesyuarat tergemparnya di Menara Dato Onn, PWTC hari ini memberi tamparan hebat kepada presiden parti yang juga Perdana Menteri apabila ia menangguhkan Perhimpunan Agung yang dijadualkan Disember ini ke Mac tahun depan.

Walau bagaimanapun, mesyuarat perwakilan peringkat bahagian tetap diadakn antara 9 Oktober hingga 9 November dimana pencalonan untuk jawatan tertinggi parti akan diadakan.

UMNO, yang kini jelas mempunyai dua puak bertentangan pendirian mengenai apa yang dikatakan sebagai rancangan peralihan kuasa daripada Abdullah bin Ahmad (Pak Lah) kepada Mohamad Najib bin Abdul Razak, tidak mampu berpecah seperti yang dialami pada 1987.

Pak Lah tiada jalan lain melainkan berundur kerana kehadirannya selaku pemimpin tertinggi UMNO tidak lagi disenangi dan sokongan kepada beliau semakin terhakis hari demi hari. Pengunduran Pak Lah dikatakan dapat memulih semangat dan kekuatan UMNO yang menjunam selepas pilihan raya umum ke-12.

Penangguhan Pehimpunan Agung yang bakal memilih barisan kepimpinan baru parti itu dilihat sebagai satu lagi isyarat kepada Pak Lah supaya berundur.


(Sepanduk yang dengan terang dan jelas meminta Pak Lah berundur yang dikutip daripada laman sesawang portal berita dalam talian Malaysiakini)


(Gandingan Pak Lah-Najib tidak tahan lama. Mampukah Najib memulih UMNO?)

Kebelakangan ini Pak Lah jelas gelabah dan gelisah untuk cuba mempertahankan kedudukannya dalam parti dan selaku ketua kerajaan. Yang paling pelik, Pak Lah melantik mantan MB Perlis Shahidan Kassim selaku penasihat khasnya mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara sedangkan sebelum itu, iaitu pada 30 Ogos 2007, dia telah melantik Mohd Annuar Zaini dalam kapasiti yang sama.


Perlantikan Shahidan dikatakan ada kaitan dengan usaha Pak Lah untuk meraih sokongan politik.

Pak Lah juga telah melantik mantan timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang kalah atau gagal mempertahankan kerusi Dewan Rakyat Nibong Tebal, Zainal Abidin Osman, yang juga ahli keluarganya selaku penasihat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Perlantikan mantan menteri wanita yang tewas di Lembah Pantai, Shahrizat Abdul Jalil selaku penasihat khas hal ehwal pembangunan wanita dan keluarga juga dilihat sebagai tidak kena kerana seorang pemimpin wanita dari MCA telahpun dilantik selaku menteri berkaitan.

Yang pasti, Pak Lah dah tenggelam punca, gelabah dan "naik syeru" kata orang Pulau Pinang. Tindak tanduknya dipersoalkan bukan sahaja oleh orang UMNO tetapi parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri. Ianya memperlihatkan kelemahan kepimpinan.

Ramai juga yang tertanya-tanya musibah apa yang akan dihadapi naib ketua Pemuda UMNO yang bercita-cita besar itu sekiranya Pak Lah berundur kerana Khairy Jamaluddin pernah mengakui bahawa Pak Lah adalah pelindung dan penyelamatnya.

Mampukah KJ meraih sokongan tanpa kehadiran Pak Lah? Saya kira tidak dan besar kemungkinan kerjaya politiknya akan turut berkubur tanpa nesan.

6 comments:

Anonymous said...

early exit from Pak Lah?.that might be true but it all depends on Pak Lah actually.if he think he's still capable of doing his job then i bet he's not gonna leave his post far too early.

also he's going to stay if he succedeed to get through all the pressure by Muhyiddin and the gang.

Muhyiddin and the gang just want to move further in UMNO.that's why they put pressure on Pak Lah for early retirement.

Najib on the other hand have to be patient.he's just one step closer to be the next PM.if he support Pak Lah and the power transition while being a decent Finance Minister,then the path is crystal clear for him.

Anonymous said...

"Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak" Samada UMNO berpecah dua atau pun bersatu semula, matlamatnya tetap sama iaitu untuk mendapatkan
"Kunci Pintu Untuk Lombong Emas" Lombong Emas yang saya maksudkan di sini ialah jawatan-jawatan seperti jawatan PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya dan selebihnya.

Mereka menjadi kecoh sekarang bukanya pasal rakyat merana kerana kegawatan ekonomi, kenaikkan harga minyak dan sebagainya tetapi kerana secara peribadi
"perniagaan" mereka tidak untung dengan dengan konsep "perniagaan" Pak Lah di mana mungkin konsep "perniagaan" Pak Lah menguntung pihak-pihak lain yang berkaitan dengan beliau. Itu sahaja jawapannya, bukannya masalah harian yang ditempoh oleh rakyat seperti anda dan saya. Yang seorang tu sibuk sangat pasal nak naikkan anak beliau dan kroni-kroni beliau, yang seorang lagi pulak, sibuk untuk mengekalkan jawatan dan mengukuhkan kedudukan anak hantu (menantu). Yang seorang lagi hendakan jawatan tetapi terpaksa jadi Pak Turut kerana mulut dah kena kunci sebab kesalahan masa lampau,

Bagi satu lagi kelompok pula ialah untuk memastikan ketua-ketua mereka menerajui jawatan-jawatan utama dalam kerajaan kerana ianya akan membuka ruang kepada mereka untuk menjadi kroni dan secara tidak langsung seperti yang terjadi selama 50 tahun yang sudah, mereka akan "dianugerahkan" kontrak-kontrak dan projek-projek supaya yang memberi kontrak dan yang menerima kontrak akan menjadi kaya-raya dengan duit haram.

Kepada sekalian rakyat Malaysia, "tepuk dada tanya selera" adalah mereka yang bergelar pemimpin ini benar-benar prihatin terhadap masalah-masalah yang kita tempohi saban hari???? Kalau kita tidak keluar untuk bekerja maka tidak berasaplah dapur di rumah kita. Fikir fikirkanlah

Anonymous said...

memang akan kubur tanpa nesan.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Apa ni pak tuan syed, boriakah atau ghazal parti UMNO ni?
Macam-macam berlaku ada mesyuarat agung tapi tangguh pemilihan tiga bulan.Apa ni tak ada kerja lainkah UMNO dok asyik mesyuarat saja. Ramai orang UMNO adalah menteri yang patut mentadbir negara yang kini ekonomi semakin meredum. Perlembagaan UMNO jelas bahawa akar umbi berkuasa tetapi MT pula kini buat keputusan untuk akar umbi. terbalik coat.Tidak ada ahli tidak ada pemimpin dan tidak ada parti kini nampakya pemimpin adalah parti dan ahli istimewa kerana buat keputusan tampa rujuk kepada ahli. Pak Lah kalau nak bertanding bertandinglah janganlah dok main wayang hindustan tunjuk muka sedih sana sini buat apa.Be a gentleman umum pendirian so ahli boleh buat keputusan nak calon atau tidak.
Selamat hari raya pak tuan syed dan famili.

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA ...MINAL AIDL WA FA IZIN.....raya kat KL kae balik Kelawai Penag?

Anonymous said...

Tak kan la Najib tu gelojoh, dia dah semakin hampir dengan jawatan 'cepu-emas', rasanya dia tak kan buat apa-apa yang mampu merosakkan peluang dia.
kalau Muhyiddin pula, sebab keadaan dia tak pasti lagi, of course dia akan bersuara lantang selagi dan secepat yang boleh. Maklum la, kalau nama dah disebut-sebut kena maintain kan. Tapi dia ni satu masalah, kaki pengecut.
Cakap lebih tapi bila nak ambil tindakan kecut.
Susah ni kalau dia nak jadi DPM.
Silap-silap kita pun kena main sembunyi-sembunyi selalu.