Tuesday, September 30, 2008

Beberapa kawasan di Pulau Pinang hadapi banjir sempena Aidilfiri






Beberapa kawasan rendah di bahagian pulau Pulau Pinang kini menghadapi banjir berikutan hujan yang turun tanpa henti sejak petang Isnin. Kawasan sekitar perkampungan Caunterhall dan Jalan Perak sudahpun dinaiki air manakala sebahagian Jalan P Ramlee ditutup kepada kenderaan ringan.


Sejak memijak semula bumi Pulau Pinang dua hari lalu, saya khuatir sesetengah masyarakat Islam di bahagian pulau akan berhadapan dengan masalah banjir pada Hari Raya ini. Hujan masih membasahi bumi.

Penduduk di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir seperti Caunterhall, Kampung Rawana dan sekitar perkampungan Sungai Pinang berkemungkinan akan berhari raya dalam keadan banjir.
Sama-samalah kita berdoa agar banjir tidak akan bertambah buruk dan menjejaskan penghidupan seharian para penduduk di kawasan-kawasan brknaan.

Masyarakat Cina menyambut "Nine Emperor Gods"

Selain umat Islam menanti ketibaan Aidilfitri Rabu ini, masyarakat Cina Pulau Pinang sedang menyambut perayaan "Nine Emperor Gods". Beberapa batang jalan yang berdekatan tokong-tokong Cina agak sesak dipenuhi gerai-gerai yang menjual makanan berasaskan sayur-sayuran.

Seperti biasa, jalan-jalan utama di bahagian pulau agak sesak terutama pada sebelah petang. Pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu menyegerakan pengubahan beberapa laluan daripada dua hala kepada sehala untuk mengatasi masalah aliran lalulintas.

Jalan Burma, bermula dari simpang Jalan Pangkor hingga ke simpang Jalan Bagan Jermal-Jalan Gottlieb perlu dijadikan laluan sehala, begitu juga dengan Jalan Kelawai dari simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney hingga ke Jalan bagan Jermal.

Jalan-jalan yang menghubung Jalan Burma dengan Jalan Kelawai juga perlu dijadikan laluan sehala seperti Jalan Edgecumbe, Jalan Jones, Lorong Bangkok, Lorong Leandros dan Lorong Maktab.



4 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Nasib baik di kawasan permatang pauh keadaan masih lagi terkawal, tiada tanda banjir or air naik dilaporkan...

Salam mesra,

Anonymous said...

Sdr Syed Imran,

This tradition of going from house to house for Takbir is good and should be continued.

Salam Aidil Fitri Maaz Zahir & Bathin to you & family.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

p/s: We have met a few times but I don't think you know me. You know my siblings very well though.

LAWYERBUROK said...

Orang Kampong Caunterhall sekarang nama Jalan P.Ramlee dah biasa Hari Raya dalam Banjir (air bah) itu bukan nya soalan nya untuk orang kampong. Yang Penting apa sumbangan NGO yang melaung laungkan untuk perjuangan kepada bangsa melayu dan bumiputera apa bila banjir berlaku. Kerajaan Negeri Pulau Pinang diucapkan terimakasih baru perintah 6 bulan sanggup turun dalam banjir hantar nasi brani kepada penduduk dan hantar makanan semasa sahur. Mana dia yang suara DEB tak nampak muka pun. Mana dia sumbangan untuk mangsa banjir tiada pun. Itu lah masa kepentingan diri guna nama orang kampong sahaja. Pada dulu sampai sekarang tak nak belajar kelemahan sebab tu orang kampong semua marah. maaf zahir batin

cheqPelesit said...

Banjir setiap kali berlaku kawasan banjir tapi dikatakan banjir kilat. Kebanyakan datang hanya tonton pesta banjir ditepi jalanraya bukan nya masuk kampong membantu mangsa yang terlibat kecuali pihak yang bertugas sahaja angkut penduduk. Lepas banjir surut hanya tinggal kesan penyakit saperti peparitan, selut, sampah dan sebagainya terbiar bagitu sahaja. Penting nya bukan semasa banjir tetapi semasa setelah banjir berlalu. Itu lah keadaan sebenarnya berlaku di Pulau Pinang dikawasan Kampong Jalan P.Ramlee, Kebul Lama, Perak Road, Kampong Masjid dan banyak kampong orang melayu/bumiputera. Nak salah kerajaan Baru lima bulan perintah tak boleh sebab kakitangan bertugas orang yang sama dari jabatan yang sama tapi tak tahu la mungkin terikut rentak yang sama.