Tuesday, September 02, 2008

16 September - satu penantian




Tarikh 16 September kini menjadi sebutan atas beberapa sebab dan yang paling ketara ialah sama ada Malaysia akan menyaksikan perpindahan kuasa pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudahpun mula berunding dengan ahli-ahli Dewan Rakyat BN termasuk UMNO. Tujuan rundingan tersebut bukan lagi rahsia tetapi pengetahuan umum, iaitu untuk beralih angin kepada PR. Kepada pemimpin BN, ia adalah perbuatan berpaling tadah.

Persoalannya, berjayakah Anwar dalam usaha yang disifat oleh PM Abdullah Ahmad sebagai satu bentuk rampasan kuasa, membentuk sebuah pentadbiran atau kerajaan baru menggantikan BN?

Saya tidak menolak kemungkinannya berlandaskan perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku terutama di Sarawak dan Sabah. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa rakyat Bumiputera Sarawak terutama masyarakat majoriti Iban sudah lama kepingin untuk melihat seorang tokoh politik Iban menjadi Ketua Menteri. Begitu juga di Sabah, masyarakat Kadazandusun ingin seorang daripada mereka menjadi Ketua Menteri. Faktor ketua menteri di kedua-dua negeri itu menjadi titik tolak kepada sokongan yang bakal diterima oleh Anwar.

Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencuba sistem giliran ketua menteri di Sabah tetapi jelas ia satu kegagalan. Kerajaan Persekutuan seharusnya lebih peka akan hasrat dan kehendak warga Sabah mahupun Sarawak. Faktor inilah yang menjadi daya tarikan kepada ahli-ahli politik di kedua-dua negeri untuk memihak kepada Anwar.

Kenapa 16 September?

Sebagai seorang ahli politik yang licik, Anwar bijak bermain dengan perasaan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu memperolehi kemerdekaan melalui Malaysia pada 16 September 1963, bukan 31 Ogos 1957. Yang merdeka pada 31 Ogos ialah Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Malaysia, sebuah persekutuan yang diperluaskan dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak, terbentuk pada 16 September. Malaysia adalah sebuah negara baru dan tidak lagi bergelar Malaya, oleh itu tanggal 31 Ogos tidak boleh dijadikan sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Malaysia.

Dengan memilih tarikh itu, Anwar sekurang-kurangnya cuba memberi persamaan dan hak sama rata antara Malaya, Sabah dan Sarawak. Anwar juga menunjukkan bahawa, jika terbentuk, kerajaan PR akan memberi layanan yang adil kepada Sabah dan Sarawak dan tidak memaksa kedua-dua negeri itu mengikut telunjuk Putrajaya. Faktor ini diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Saya juga tidak akan terperanjat sekiranya tiga parti komponen BN di Malaya akan turut bertukar angin sebelum hujung tahun ini. Suara-suara yang dengan jelas memperlihatkan arah haluan itu sudahpun kedengaran. Tiga buah parti yang saya maksudkan adalah Gerakan, MCA dan PPP. Sekiranya ia berlaku, maka terkuburlah BN dan berakhirlah penguasaan dan mungkin hayat UMNO.

15 comments:

Anonymous said...

Mungkin ada betoi teori RPK dalam blognya.

Mungkin DSAI dah ada dah cukup orang nak melompat....

Tapi kalau cukup nak melompat pun, tapi tak cukup majoriti Melayu dalam kerajaan majoriti mudah, susah jugak nak menjamin kedudukan orang Melayu...
Kalau macam tu, akan dituduh pula oleh UMNO yg kerajaan baru tuh tak melindungi hak Melayu....

Jadi, mesti ada juga MP orang Melayu yang melompat untuk memudahkan membentuk kerajaan yang mempunyai majoriti MP Melayu.....

Kalau MP Melayu dari BN, sudah tentu dari parti UMNO.

Tapi siapa?

Anonymous said...

Tak semestinya ambik MP Melayu dari UMNO.

Ada jugak MP melayu dan lain lain dari Sabah dan Sarawak aper...

mn said...

Tuan Syed,

1. UMNO akan sakit selagi Anwar Ibrahim sihat.

2. Tetapi UMNO belum tentu sihat jika Anwar Ibrahim sakit.

3. Jika hari ini BN mempunyai 14 buah parti kompenan, tidak mustahil tiba-tiba selepas ini BN mungkin hanya tinggal 3 buah parti sahaja. Manakala Pakatan Rakyat pula mempunyai 14 buah parti kompenan.

Anonymous said...

Salam Tuan Syed

Orang yang lompat-lompat parti ni (jika ada) memang tak gentleman dan pengecut lagi hopeless. Kalau tak boleh deliver, berhenti sajalah jadi ahli politik. Apa guna duduk depan kalau tak boleh bercakap dan tidak diendahkan. Kalau tak setuju dengan pemimpin, pakatlah ramai-ramai dan gulingkan dia. Tetapi bukan main lompat sana lompat sini.

Disgusting.

Jadilah gentleman, jadilah budiman.

- The Last Malay

Anonymous said...

16 September-satu penantian, satu permainan, satu kebodohan, satu penipuan yang tiada kesudahan oleh Anwar....

Anonymous said...

dalam politik macam-macam boleh jadi.mungkin rancangan Anwar ini akan berjaya dan mungkin tak berjaya.mungkin UMNO lemah ketika ini tapi siapa tahu UMNO mungkin kuat semula nanti?.

sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dunia politik.sekarang ini banyak serangan yang dilakukan terhadap UMNO/BN oleh Pakatan Rakyat.kiranya boleh dikatakan UMNO/BN cuma retak menanti belah.tapi tidak mustahil UMNO/BN ada perancangan mereka sendiri bagi memperkukuh parti.

Bung Karno said...

Pak Habib,

Anwar bukan sahaja nak jadi PM tetapi juga mahu memulakan satu legasi baru.

Benar 16 Sep dipilih untuk menyamaratakan keriangan sambutan hari malaysia, tetapi tujuan Anwar lebih kepada menulis semual sejarah dan menindakkan perjuangan UMNO, MCA dan MIC dalam mendapat kemerdekaan dpd British.

Anwar mahu memulakan satu legasi dengan cara 'dismantle social, political, dan economic structure' yang telah ujud.

Perkara-perkara seperti :
1. Cadangan 16 September,
2. 10% Uitm dibuka kepada bukan Melayu,
3. pemberian tanah kepada sekolah swasta Cina di Perak (yang mana mendapat bantuan kewangan dpd masyarakat Cina kaya-raya),
4. ladang babi terbesar, sistem tender terbuka,
5. pemansuhan DEB,

Adalah sebahagian dpd agenda Anwar
untuk meruntuhkan struktur sedia ada.

Ia juga taktik untuk mengambarkan bahawa UMNO adalah pejuang perkauman, sedangkan UMNO memegang AMANAH untuk menjaga hak yang telah termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui oleh semua kaum sebelum diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tidak dinafikan Anwar masih punya banyak agenda untuk selaras niat memegang kuasa sebagai PM. Dan pada ketika di mana soal moral tidak penting dalam kepimpinan, akan ada Ahli Parlimen yang akan melompat kerana kuasa, harta dan kesenangan diri.

Begitu pun kegopohan, keangkuhan dan kerakusan mungkin harga yang akan dibayar oleh rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu.

Anonymous said...

Pak Syed,

Pada saya salah seorang generasi muda di negara ini berpendapat perjuangan anwar itu bukanlah sepenuhnya untuk orang melayu.. tetapi hanya untuk dirinya sendiri, anwar ada dendam dia sendiri... kalaulah dia yang naik jadi PM saya tidak tahu apa akan jadi kepada anak bangsa saya akan datang...

Kami gen muda sekrang ini sangat bimbang dengan permainan politik Malaysia.... Pak Lah yang tidak mahu mengalah dan Anwar yang penuh dengan agenda.. bagi kami Tun M tetap yang terbaik walaupun beliau di kecam hebat oleh mereka yang tidak suka dengannya...

Tolong lah Pak Lah, kami generasi muda tidak mahu anak bangsa kami akan datang hidup melarat di bumi sendiri..
Tolonglah Anwar, kami juga tidak mahu pemimpin yang hanya 'naik' untuk melunaskan dendam kesumatnya dan yang hanya tahu mencari salah orang lain....

Anonymous said...

Saya baru lepaih dgr tazkirah Ramdahan drp seorang Ustaz yg agak excited jugak utk tengok perubahan PRU Mac lalu.

Tp td on the sidelines, beliau menyesali kenapa pemimpin2 dan org Melayu/Islam merelakan diri mrk di kotak-katikkan. Beliau berpendapat sepatutnya PAS dan UMNO bersatu tubuh kerajaan di Selangor...

Anonymous said...

Ahli-ahli konspirasi 1998 kebanyakannya dah tiada dalam kabinet. Yang tinggal hanya Najib dan dua tiga kerat yang tinggal nyawa-nyawa ikan. tunggu la nasib hangpa lepas ni.

Anonymous said...

Banyak lagi diantara kamu masih berfikiran perkauman. Kononnya kalau DSAI membentuk kerajaan dengan kekurangan majoriti melayu, melayu akan kehilangan kedudukan di Malaysia. Semua melayu yang berfikiran sempit ini adalah golongan yang fikiran mereka telah diracuni oleh umno putera yang suka memain peranan perkauman untuk mendapat sokongan orang melayu.
Mengapa umnoputera suka memain peranan perkauman, sebabnya untuk menutup kekotoran rasuah dan salah laku pentakbiran mereka selama ini.
Cuba lihat kerajaan negeri Perak, majority exco kerajaan Perak adalah bukan melayu, tetapi MB tetap orang melayu.
Orang orang bukan melayu tidak berniat merampas hak hak orang melayu, tetapi apa yang mereka mahu adalah kerajaan yang adil saksama kepada kesemua rakyat Malaysia, bersih dari rasuah dan pentakbiran yang cekap. Kesemua ini tidak dapat ditunaikan oleh umnoputera sekarang menyebabkan orang orang bukan melayu dan segolongan orang melayu terpaksa mengalih sokongan mereka kepada DSAI dan Pakatan Rakyat.
Jangan kamu semua lupa, DSAI juga seorang melayu dan mengapa orang orang bukan melayu boleh menyokong beliau dan menentang umnoputera.
Orang orang bukan melayu juga faham bahawa negara Malaysia ini adalah tanah melayu dimana pentakbiran kerajaan mestilah orang melayu, pernahkah kamu dengar orang bukan melayu bercakap tentang mahukan PM dari bangsa mereka sendiri. Askar dan polis majoritinya orang melayu, macam mana bangsa bangsa lain nak rampas kuasa. Jadi saya tak faham sampai hari ini melayu masih lagi takut kehilangan kuasa di Malaysia.
Kita seharusnya bersatu tak kira kaum untuk menolak kerajaan yang berasuah, yang suka mengapi apikan sentiman perkauman dan pentakbiran yang lemah untuk kesejahteraan negara Malaysia.

Anonymous said...

169 bagi sesetengah bolg sama spt Yellow Tsunami Project. Ini jelas dalam

http://almuslimin2.blogspot.com/2008/09/anwar-guna-mathematic-untuk-rampas.html

Sementara itu seorang lagi blogger menyatakan usah terlebih kagum. Petikan...

Faktor Dato' Seri Anwar.

Nama Dato' Seri Anwar Ibrahim kian harum dan mekar dihati rakyat selari dengan harapan mereka yang mahukan UMNO dan BN tumbang tergadah membaham lumpur hanyir sepadan kekejian dan kemungkaran yang pernah mereka lakukan selama ini. Namanya dijulang dan disebut merata tempat. Dada akhbar pastinya tidak ketinggalan merakam pelbagai aksi Dato' Seri Anwar , termasuklah Harakah daily dan Harakah cetak cukup setia melaporkan setiap detik dan aksinya.

Bagus lah begitu . Bermula saat kemenangan beliau di Permatang Pauh , langkah di orak dengan penuh gaya ke pintu Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya . Saya turut mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau di Permatang Pauh .

Namun saya juga ingin mengingatkan semua agar kita tetap bersederhana dalam mengkagumi Dato' Seri Anwar Ibrahim yang tidak saya sangkal akan kewibawaannya. Cuma keterlaluan itu adalah sangat tidak baik dalam jua pekerjaan kita .

Saiyidina Omar al Khattab rha. sewaktu baginda menjadi Amirul Mukminin , pernah memecat Saiyidina Khalid al Walid yang sedang berperang di medan tanpa sebarang salah mahupun silap , malah Saiyidina Khalid mempunyai track rekod yang cemerlang di medan perang. Sering pulang membawa kemenangan .

Tindakan Saiyidina Omar al Khattab dipertikai oleh para sahabat Rhm. yang lain tetapi akhirnya dijelaskan oleh baginda Amirul Mukminin bahawa tindakannya adalah berasaskan rasa bimbang akan tergugatnya aqidah para sahabat kerana terlalu mengkagumi Saiyidina Khalid yang terlalu hebat di medan sehingga dianggap punca kemenangan . ( sedang aqidah para sahabat tentu sahaja hebat dan mantap tanpa ragu ). Baginda bimbang kekaguman itu membawa syirik sehingga lupa bahawa kemenangan adalah ketentuan Allah swt.

Dato' Seri Anwar adalah figure malah beliau juga adalah seorang pemimpin yang bergerak dibawah tadbir dan taqdir Ilahi .

Kepada saya , yang penting bukan 16 sept , tetapi perjuangan yang istiqamah dan ikhlas untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi tercinta. Jika Allah swt mentaqdirkan 16 sept sebagai detik kemenangan , alhamdulillah ianya menjadi ujian besar dari Allah untuk terus menguji hambaNya , apakah kita termasuk dikalangan hambaNya yang bersyukur atau sebaliknya kufur wal'iyazubillah .

- Dari ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Sama2lah kita tunggu dan lihat serta berdoa semoga di bulan yg mulia ini negara kita dan rakyatnya terpelihara dari segala keburukan yg nyata mahupun yg kurang jelas.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Alhamdulillah promo tuan yg sudah agak lama mendapat satu suntikan baru hari ini. Matthias Chang dan Akramsyah Sanusi melaporkan dlm blog masing2 Tun Dr M dan Ku Li berganding bahu dalam satu pasukan.

Unknown said...

Alhamdulillah,

inilah barakah Ramadhan. Semoga mendapat sokongan majoriti bahagian UMNO, itupun jika para pemimpin di peringkat bahagian mempunyai tulang belakang untuk menongkah arus paksaan.

oney_chan9 said...

saya tertanya-tanya diri sendiri, kenapalah DSAI teringin sangat nak jadi PM,kenapalah DSNajib pun teringin jadi PM.Adakah niat mereka tulus ikhlas kerana Allah? Atau agenda peribadi? Kalau kerana Allah, pasti ditunjukkan siapa yang benar.Saya tak kisah siapa jadi PM, asalkan mereka Islam dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti Khalifah Ar-Rasyidin. Wallahu'alam.