Tuesday, September 16, 2008

16 September - mungkinkah fakta ketiga berlaku?




Tanggal 16 September memberi pengertian besar kepada negara. Dua peristiwa penting dan bersejarah tercatat pada tarikh tersebut manakala satu lagi belum pasti.


16 September adalah tarikh terbentuknya sebuah negara baru bernama Persekutuan Malaysia. Pada awalnya, cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia itu bermatlamat untuk menggabungkan Persekutuan Malaya dengan Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Tetapi, pada saat-saat menghampiri gagasan itu, Brunei menarik diri.


Persekutuan Malaysia akhirnya dimasyurkan penubuhnnya pada 16 September, 1963 menggabungkan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, penyertaan Singapura dalam Persekutuan tidak kekal lama apabila ia dikeluarkan atau dibebaskan pada tahun 1965.


Tanggal 16 September turut dijadikan tarikh merayakan ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tahun ini, ATM meraykan ulang tahun penubuhannya yang ke-75.


Saya, bagi pihak rakyat Malaysia, merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh anggota ATM atas kesetiaan dan semangat yang amat kental mempertahan dan melindungi negara daripada ancaman musuh. Sejak penubuhannya, ramai anggota yang terkorban kerana mempertahankan negara termasuk semasa Perang Dunia II, zaman darurat, Konfrantasi Indonesia dan semasa bertugas di luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Kita tidak lupa dan tidak seharusnya lupa akan sumbangan dan pengorbanan tentera dari negara-negara sahabat yang turut membantu mempertahankan negara seperti dari United Kingdom, India, Nepal, Fiji, Australia dan New Zealand.


Apakah tanggal 16 September akan turut tercatat dalam sejarah negara membabitkan isu dan perkembangan politik tanah air? Inilah satu peristiwa yang belum pasti menjadi sejarah.

9 comments:

small cap investing said...

wow, very special, i like it.

myspace heart said...

yeah! its much better,

cucupakkasim said...

harap harap tercatat sejarah dalam politik malaysia..

Sukj said...

Tuan Syed,

1. Kalau tak salah saya TEMA Hari ATM pada tahun ini "Komitmen kami keyakinan anda".

2. Namun sebagai seorang yang pernah berada 23 tahun dalam ATM dalam Kor Rejimen Askar Melayu DiRaja, saya masih sangsi dengan "KEKUATAN ANDA MERAGUKAN KAMI".

3. Selamat menyambut hari ATM yang ke-75. Jangan lupa pada bekas-bekas Pegawai dan Anggota kor Rejimen Askar Melayu DiRaja yang telah berjaya memaksa Pengganas Komunis(PKM) meletak senjata pada 26 Nov 1989.

Cucu Tok Selampit said...

Good article. Nice.

Anonymous said...

Terima Kasih kerana mengingati Hari Malaysia,kami di Sarawak dan Sabah menganggap tarikh tersebut lebih penting dari 31 Ogos walaupun ramai yang tak faham atau saja tak nak faham.
Saya cadangkan saudara membaca the Borneo Post online edisi Ahad lalu yang melibatkan temuramah dengan Datuk James Wong, orang lama dalam politik Sarawak yang juga bertanggungjawab secara langsung dengan pemimpin lain dalam pembentukan negara Malaysia. Di dalam temuramah tersebut diterangkan kenapa Sabah dan Sarawak diberi kuasa autonomi imigresen pada ketika itu yang kini diperdebatkan hangat sampai sekarang kerana akibat kuasa autonomi tersebut orang Semenanjung kena pakai paspot masuk ke negeri tersebut. Yang penting sekarang fahami sejarah dan kalau boleh fahami masalah dihadapi oleh masyarakat di Malaysia Timur terutama membabitkan royalti minyak dalam kontek pembangunan luar bandar dan bandar sert pengiktirafan lebih dalam perkhidmatan awam walaupun ada (Datuk Azman Ujang sebagai contoh) namun masih belum mencukupi
Bob From Kuching and proud to be Malaysian

Anonymous said...

Banyak yang dah lupa bahawa rakan Keadilan dalam Parti Keadilan Rakyat, iaitu Partai Sosialis Rakyat Malaysia yang dulunya Partai Rakyat Malaya tidak mengiktiraf Malaysia. Bukan itu saja, mereka adalah konco-konco Sukarno yang MENGANYANG Malaysia. Parti gabungan Anwar Ibrahim ini telah bersubahat dan mengangkat senjata dengan Subandrio dan komunis Aidit untuk menghancurkan Malaysia. Parti Keadilan Rakyat ini tangan mereka berlumuran darah perajurit negara yang terkurban dalam angkara Konfrontasi Sukarno. Puuuuiiih!!..nak sambut hari Malaysia konon!!!!! Dosa Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim dan Syued Husin Ali terhadap rakyat Malaysia terlalu besar untuk dimaafkan!! Mereka adalah waris-waris parti penderhaka bangsa!! Tak usah nak bersendiwara dengan 16 September mu wahai Anwar!!!

Anonymous said...

Salam,

Malaysia Boleh!Anwar tak boleh!amacam motto UMNO yang baru!Anwar ini berperangai macam orang putih khabaq"To Fish in the truble waters"semata-mata ambil kesempatan dari kelemahan pemimpin parti kerajaan.Pak Lah ini bagi mamak dia ini bagui orangnya jadi PM...kita kena akuilah..Tapi kelemahan pada pandangan Mamak ialah tentang 'tripple role'iaitu satu Presiden UMNO,Pengerusi BN dan PM!.Ini yang buatkan dia ini celaru...tak dapat fikiak dengan betul..nak jaga negara kah?.nak jaga parti sendiri kah?atau nak jaga parti pemerintah kah!...mampui.Dia tak tahan tapi degil nak try jugak.Pak Lah..Pak Lah ini bukan pakai try-try macam try baju siap di Emporium Pak lah oi!.Kalau tak larat bawa jean pi Honeymoon saat..lepaskan jawatan...mampui pii dengan jawatan..nikmatilah hidup dengan tenang bukan cari senang!.Biak Najib yang muda sikit itu ambil alih kejab...sekurang-kurang lepaskan satu jawatan untuk sementara...jadi orang kepala batai faham kot Pak lah tak lama lagi nak balik kampung dah!.Apa pun Umno kena pikiak balik tiga jawatan atas satu kepala otak nak pikiaklah kawan-kawan...mampui nak layan depa yang makin lama makin cerdik itu!.Wassalam.
Mamak Penang.

Anonymous said...

Bg saya 16 Sep 2008 Parti Kelentong selamat diasaskan.