Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) merayakan ulang tahun penubuhannya yang ke-40 malam ini. Satu majlis yang dinamakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun BERNAMA ke-40 diadakan di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur.
Mengikut jadual, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek akan hadir untuk sama-sama merayakan sambutan ulang tahun BERNAMA.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 dengan menumpang sebuh banglo lama milik kerajaan di Circular Road (kemudian ditukar kepada Jalan Pekeliling dan sekarang Jalan Tun Razak), BERNAMA melalui banyak perubahan sesuai dengan peredaran masa dan pergiliran pusaka dan kuasa.
Saya menjejak kaki ke BERNAMA tiga tahun selepas penubuhannya, iaitu semasa ia berpejabat di Wisma Belia, Lornie Road (kini Jalan Syed Putra). Rakan-rakan seangkatan saya semuanya sudahpun bersara dan ada yang telah meninggal dunia.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-40. Semoga BERNAMA terus mencatat kejayaan dan mengorak langkah menjadi pemain unggul dalam dunia penyiaran berita dan pemberitaan peringkat serantau, benua dan akhirnya antarabangsa.
2 comments:
Tahniah Bernama kerana menyambut ulang tahun penubuhnya ke-40. Seperti mana yang Tuan Syed sebutkan, dalam tempoh 40 tahun itu, Bernama telah melalui banyak perubahan. Perubahan itu adalah sejajar dengan tuntutan semasa. Sebagai orang yang pernah berkhidmat di Bernama, banyak pengalaman berguna dan berharga yang saya perolehi. Untuk mengenal karektor manusia itu, dunia kewartawanan adalah antara tempat terbaik untuk belajar. Tuan Syed antara orangnya yang banyak mengajar saya.
Semoga dengan ulangtahun itu juga akan lahir perubahan2 yang lebih positif dalam kebebasan dan ketelusan laporan media. Di bawah kerajaan sediakala, diharap Bernama juga akan lebih relevan dan melaporkan berita dari semua belah pihak tanpa ada unsur "bias". Insyaallah.
Post a Comment