Monday, May 05, 2008

Pengurusan Penang Port perlu diganti


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mahu perkhidmatan feri antara Tambatan Raja Tun Uda di sebelah pulau dan Tambatan Sultan Abdul Halim di sebelah tanah besar diberhentikan semat-mata kerana dikata merugikan.


Sebaliknya, Guan Eng yakin perkhidmatan feri yang merupakan ikon Pulau Pinang sebelum Jambatan Pulau Pinang wujud, mesti diteruskan dan berdaya untung sekiranya diurus dan ditadbir dengan baik dan cekap.


Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat itu yakin perkhidmatan feri itu boleh menghasilkan keuntungan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan apa yang diperlukan ialah suntikan baru dalam pengurusan PPSB.


Apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng ada kebenarannya kerana setelah diswastakan, pencapaian pelabuhan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh PPSB tidak memperlihatkan peningkatan seperti yang diharapkan.


Masalah utama ialah orang politik yang dipilih untuk menerajui PPSB dan bukan seorang yang benar-benar ahli atau pakar dalam pengurusan pelabuhan. Inilah antara masalah yang sering dihadapi oleh badan-badan perniagaan atau korporat yang diserahkan kepada orang politik.

5 comments:

HeroHuruHara said...

Diharap Guan Eng juga sedar perlantikan Lee Kah Choon juga mengikut acuan serupa di mana Lee Kah Choon bukan seorang yang mahir dalam bidang strategi ekonomi dan bukan juga seorang pakar bidang pelaburan. Kerajaan P.Pinang tetap melantik Lee Kah Choon...sedangkan di dalam negeri Pulau Pinang ramai sangat yang layak untuk menduduki kerusi tersebut di PDC dan InvestPenang. Atau Guan Eng ada agenda untuk menjaga kepentingan rata-rata Board of Directors ( i'm not sure if most of them coming from root of Gerakan).. dalam MNC yang banyak bertapak di Pulau Pinang. Ketelusan bukan hanya pada satu-satu isu saja Guang Eng tapi perlu menyeluruh.

Anonymous said...

As a Penang boy, I feel that the ferry services should be maintained. It has been a useful and beneficial alternative means of getting oneself to and fro Penang island and the mainland. I agree with the CM on re-assessing the management of the ferry services and maybe look into replacing them with people who are experienced and relevant to the field. It is high time the people get what they deserve; that is a good and respectable ferry service. There is no arguing the need for it. It’s basically a matter of managing it properly so that the commuters get what they pay for.

Unknown said...

The Trader,

Benar kata saudara, semua perlantikan memang ada kaitan politik. Dalam kes Kah Choon, inilah julung-julung kali perlantikan dibuat membabitkan tokoh parti lawan, biasanya orang parti sendiri yang akan dilantik.

Bagaimanapun, saya berpendapat rombakan atau penyusunan semula dalam pentabiran dan pengurusan PPSB adalah perlu.

Bung Karno said...

Habib,

Saya minta izin untuk muatkan keratan berita dalam Malay Mail 6May 2008.

Di bawah tajuk "Ruckus over rising Rulers" ada keratan ini :

At a Press conference, Karpal argued that the palace cannot order the State government to reinstate him and that Nizar was at fault for bowing to pressure.

He said a "disturbing" trend of Rulers interfering in State government business is emerging and cited the recent crisis in Perlis and Trengganu over the appointment of the Mentris Besar, and now in Perak.

" In Selangor too, the pressure is building up, " he said, blaming the weak Federal government as the main reason why rulers are emboldened to "interfere" in executive matters.

"During Mahathir's (former PM Tun Dr Mahathir Mohamad) time, there was no such interference because he would not allow it. In fact, he curbed their powers and removed their immunity.

"The Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) is weak and so the Rulers are cashing in," Karpal said.

Saya macam tak percaya laporan MM ni.

Walaupun benci, tapi Karpal Singh rindu dengan Tun Mahathir !!!!
Dia setuju dg Tun bahawa weak Federal Govt is no good for the country.
MB Perak ni jadi budak belasahan Karpal je.
Paklah ni lemahhhhhhh patut diganti
Tapi Karpal ni dah lawan raja !!!!!

Anuarish said...

MD kepada PPSB sudah terlalu lama menerajui sykt tsbt.hingga dah jadi manggli@kematu, so to speak. Maka,kini bertamabahlah 'blindspot' yg akan melarat menjadi 'glucoma'dan jika tak tukar maka tragedi akan berulang lagi.Apa tidaknya,keadaan feri bocor sana-sini, hal ini pernah ditegur tapi tak dipeduli,kakitangan asyik main sms sambil kerja tengah laut,hisap rokok semasa kerja walaupun ditampal tanda larangan,pegawai-pegawainya melenting bila ditegur dgn baik.Sykt bangga tunjuk 'banner' dapat ISO.Pihak pengurusan tergila-gila mau disenaraikan di bursa saham.

'In a nut shell',inilah mentaliti kepipmpinan melayu, bila nak sedar tak taulah!

Regular Commuter